xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.

Start from the beginning
                                    

my boyfriend took this pic. he's really the worst

Tanpa dapat ditahan, Yeoreum melepaskan sebuah keluhan. Perasaan cemburu berapi-api dalam hati. Tengok, Choi Aera pun flex dekat aku yang masih solo. Geram betul.

Tak sangka juga Aera dapat boyfriend terlebih dahulu dari aku. Huhu.

Tanpa ditunggu-tunggu, Yeoreum menghantar mesej kepada Jimin.

Han Yeoreum
tawaran kau masih valid ke?
i'll be your girlfriend

•••

Pau
let's start then
bila kelas kau habis?
aku ambil kau dekat universiti

Membuntang Yeoreum membaca mesej yang dihantar oleh Jimin. "Gila betul一", Yeoreum hampir menyumpah seranah di dalam dewan kuliah yang bergema dengan suara pensyarah mengajar. Pantas tangan mengatup mulut sambil kepala menoleh ke kiri dan ke kanan, nasib tiada yang perasan.

Han Yeoreum
akhirnya
fius otak kau memang dah rosak

Zzt! Tidak sampai seminit, mesejnya dibalas.

Pau
kau kan girlfriend aku sekarang

Han Yeoreum
aku tak nak mati awal sebab kena bunuh dengan peminat kau so no thanks
aku datang dekat kau
kau dekat mana?

Pau
datang bighit ent

•••

Anti Musim Sejuk
aku dah sampai depan bighit ent
mana kau

Jimin memerhatikan Yeoreum dari jauh yang memeluk tubuh sambil menjongket-jongketkan kakinya. Matanya melata, mencari kelibat Jimin. Namun, dia langsung tidak sedar Jimin sedang memerhatikan segala gerak-gerinya.

Park Jimin
pusing belakang

Dahi Yeorem berkerut tetapi kepalanya tetap ditoleh tanpa banyak soal. Kelihatan Jimin yang memakai pakaian serba hitam menutup sebahagian wajahnya dengan mafla berwarna senada. Jimin mengangkat tangan tanda sapaan, Yeoreum dapat lihat mata jejaka itu bertukar menjadi bentuk bulan sabit.

Perkara itu membuatkan jiwa Yeoreum berasa hangat tiba-tiba dalam kedinginan musim sejuk ini.

Yeoreum mengayun kaki ke arah Jimin. "Jom.", ajak Jimin apabila Yeoreum sudah berada di sisinya. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bangunan BigHit Entertainment.

Apabila mereka sudah masuk ke dalam sebuah studio dan menyelesakan diri, Jimin memandang raut wajah Yeoreum. Mata Yeoreum leka memandang sekeliling, ini kali pertama dia masuk ke dalam studio.

"Wah... Ini studio kau ke?", dengan kagum Yeoreum bertanya.

"Kau juga cakap aku pandai produce lagu. Logik ke produser tak ada studio sendiri?"

Yeoreum tergelak, ada betulnya juga. Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke dalam sebuah studio sepanjang 23 tahun kehidupannya, juga kali pertama dia bertandang ke studio milik Jimin.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now