"Kau rasa happy tak kalau dia ada dengan kau?" Soal Wani lagi.

Humaira mengangguk lagi.

"Kau rindu dia tak kalau kau takde bersemuka dengan dia walaupun sehari?"

Soalan Wani tu membuat Humaira terdiam.

Sahabat-sahabatnya pula sudah tersengih dengan sahabat mereka seorang ni.

Humaira berfikir. Ya, memang dia rindu akan Danial tu.

Rindu bercakap dengan dia, rindu bergurau senda dengan dia, rindu bergelak tawa dengannya, rindu bila Danial mengusiknya...

Dup dap dup dap.

Jantung Humaira berdegup laju. Pipi pun mula memerah.

Hanya kerana teringatkan seorang lelaki yang bernama Muhammad Danial Rayyan.

"Rindu..." Akhirnya Humaira membalas dengan nada melirih.

Wani terus menepuk tangannya kuat. "Sah! Maira! Kau dah jatuh cinta dengan diaaaa!" Ujar Wani gembira?

"Weeiii our youngest dah jatuh cinta laaahh!" Kata Naurah dengan nada terharu.

Our youngest? Hehe,Humaira adalah yang paling muda antara mereka bertujuh ehe.

"Awww our Maira is in love~" Kata Hafiyah lagi dan mencubit pipi gebu Humaira yang sudah merah tu.

Humaira pula masih mencerna apa yang dikatakan oleh sahabat-sahabatnya ni.

Aku jatuh cinta?

Dengan Danial?

Aku cintakan Danial?

So inilah perasaan cinta?

Wow.

»

Sudah seminggu lebih Danial dan Humaira tidak bertegur sapa.

Bukan apa, dua-dua malu.

Tapi rindu.

Humaira pagi ni bercadang nak pergi jogging. Macam dah lama dia tak berjogging dan bersenam. Terperap je dalam rumah dan dalam bilik.

Dia menukar pakaian tidurnya kepada pakaian yang selalu dipakainya untuk berjogging.

Lepas memakai kasut sukannya,dia pun mula berjogging keluar dari halaman rumahnya sehinggalah ke taman perumahannya tu.

Sampai je kat sana,dia berhenti dan duduk pada bangku yang selalu dia duduki.

Humaira menarik nafas bagi menghidu angin pagi yang menenangkan ni.

Ada juga beberapa orang di taman ni pada pagi ni.

"Rajin pula orang hari ni..." Gumam Humaira lalu memandang ke arah kolam kecil depan tu.

Tak ada yang berubah pada taman ni dari empat tahun yang lalu.

Tiba-tiba ada seseorang lelaki duduk bersamanya pada bangku tu.

Terus Humaira menoleh.

Dub dab dub dab.

Macam menyesal lah pula toleh.

Humaira terus berkira-kira untuk untuk bangun dan pergi dari situ, tapi sempat lelaki tu merentap lengan baju Humaira tu sampai dia tak jadi nak bangun.

"Can't you stop running away from me?" Soal Danial dengan nada lembut. Pegangannya pada lengan baju Humaira dilepaskan.

Humaira memejamkan matanya dan mengetap bibirnya, berharap jantungnya berdegup dengan normal.

Hadirnya CintaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon