BAB 12

25.5K 1.4K 30
                                    

Untuk kesekian kalinya, telefon pintarku berdering namun masih.. langsung tiada tanda-tanda yang aku berikan untuk mengangkat panggilan tersebut. Sambil memeluk lutut, aku tatap skrin telefon pintarku tersebut. Masih, panggilan daripada nombor yang sama. Panggilan daripada Faliq.

Lebam bawah mataku, langsung aku tak pedulikan walaupun hakikatnya, aku memang seorang gadis yang suka mencantikkan diri sendiri. Namun, untuk ketika ini.. bila mana hati aku sedang sarat disakiti, cantik bukan perkara utama bagi aku.

Sehari suntuk aku menangis. Tak cukup sekali, aku menangis untuk kedua kali nya dan seterusnya. Setiap kali terimbau lafaz cinta yang Faliq bisikkan pada aku, setiap kali itulah aku akan dibanjiri air mata. Yurp, bagaimana.. manusia boleh mengatakan cinta sedangkan dia ketika itu dimiliki oleh orang lain.

Aku tak sangka, yang.. aku boleh jadi sebodoh itu untuk percayakan lelaki seperti Faliq. Huh!! Aku berikan sepenuh kepercayaan aku pada dia.. tapi, ini yang dia balas pada aku. Sakit hati?

Setelah hampir lima belas kali telefon pintarku berbunyi tanpa henti, akhir nya ia senyap juga. Tiada lagi deringan berkunjung malah nama Faliq juga tidak lahi terpapar di skrin telefon pintarku. Serentak itu, keluhan lemah ku terlepas.

Perlahan-lahan telefon pintarku, aku angkat dan aku belek. Bibirku aku ketap kejap bila terlihatkan 20 panggilan daripada Faliq dan 38 pesanan whatsapp daripadanya juga. Huh!! Bodoh. Bila hilang, baru nak tergadah?

Selama ni tak reti pula nak mengaku salah!

Aku ketap bibir. Aku beranikan juga diri ku membaca pesanan whatsapp yang Faliq hantar. Aku fikirkan aku takkan menangis tapi sangkaan itu bagaikan di atas angan-angan. Belum pun turun ke mesej yang seterusnya, mataku sudah menghamburkan air mata.

'Jangan hukum Faliq macam ni, Rafa.'

' I still love you. Yes, I memang dah bertunang but.. I masih sayangkan you. Cinta I cuma untuk you, Rafa. Please, trust me..'

'I tak tergamak nak tipu you. I buat semua ini pun bersebab. I masih sayangkan you. Rafa.. please.. jangan buat I macam ni.'

Walaupun berkali kata maaf yang Faliq tulis dalam pesanan itu namun hati aku bagaikan sudah keras untuk menerima kemaafannya itu. Dia dah tipu aku dan dia mainkan perasaan aku.. Huh, perempuan mana aje yang sanggup terima semua itu?

'Faliq, kita break. For now, I taknak tengok muka you lagi. Kita fokus pada hal masing-masing. I'm not yours.'-kirim.

Selepas saja menghantar pesanan whatsapp itu, terus aku menyekat nombor telefon Faliq di aplikasi tersebut dan juga dia telefon pintarku. Setelah itu, kembali aku menyambung tangisan ku.

Huh, ingat mudah untuk aku lafazkan kata putus itu? Huh! Perit.. perit daripada yang sebelum-sebelum ini. Kerana apa yang rasakan pada Faliq adalah sebuah cinta dan bukannya suka. Yurp, itu adalah bezanya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan pada pintu bilikku menyedarkan aku dari lamunanku. Laju saja, air mata yang berbekas di pipi aku sapu lalu aku tundukkan kepalaku di celah lututku. Haih.. taknaklah mama atau papa aku nampak aku nangis. Malu.

Cukuplah, balik tadi mereka nampak aku nangis. Hmm..

"Rafa..?" seruan lembut itu menyapa halwa telingaku. Suara mama.

Namun, aku masih tak mendongak. Aku dapat rasakan jasad mama kini duduk di sebelahku. Tangannya juga sudah mengurut belakangku mahu memujuk. Dan, aku biarkan dia buat begitu.

"Kamu masih menangis lagi ke?"soalan pertamanya terpacul.

Tetapi, aku pilih untuk diam. Tak semena, aku dengar keluhannya. Tangan mya masih mengurut belakang ku.

Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED]Where stories live. Discover now