BAB 4

29.3K 1.6K 136
                                    

Tidak menunggu masa yang lama, aku berlari sepantas yang boleh menuju ke belakang stadium. Wajah benci dan marahku jelas terpamer dari kerutan yang terukir di wajah aku ketika ini. Dalam seumur hidup aku, inilah kali pertama aku dipermainkan dan ditipu bulat-bulat oleh seseorang. Huh!!

Cerdik betul otak penipu dia itu kan?! Sanggup guna nama Faliq semata-mata nak aku datang tengok dia bermain. Pfft..

Dia fikir dia siapa? Sepupu aku? Kawan baik aku? Or maybe.. lelaki kiriman Tuhan untuk aku?

Annoying betul!

Tiba sahaja di bilik persalinan belakang dewan, aku terus menolak pintu kuat. Semua mata-mata yang berada di dalam nya sudah terkebil-kebil tatap aku. Mana taknya, tak ada angin.. tak ada ribut, tiba- tiba saja menerobos masuk bilik persalinan ni.

Erm.. bilik persalinan lelaki pula itu?!!

"Kau buat apa kat sini Rafa?!" tegur salah seorang pemain yang ketika itu hanya menyarung singlet sahaja di tubuh nya. Dia juga salah seorang coursemate aku.

Aku langsung tak pedulikan keadaan mereka ketika itu. Fokus aku cuma satu.. Aku nak cari si pemain 10 yang dah berani buat hal dengan aku.

Tak cukup dengan surat hari itu, follow instagram aku dan sekarang.. kirim surat palsu dengan aku?! Huh!! Dia ni memang jenis lelaki psiko eiyh?! Semua urusan hidup aku dia nak kacau.

"Mana pemain 10? Aku nak jumpa dia." tegasku dengan raut bengang.

Terus saja mereka berpandangan satu sama lain sebelum senyum penuh tersirat mereka terukir. "Ada urusan apa nak jumpa dia?"

"Adalah. Kau bagitau aje aku mana dia?" nadaku cuba aku datarkan. Tak mahu terbawa emosi sangat.

"Kalau taknak bagitau, kau nak buat apa?" usik salah seorang dari mereka. Nampaknya, diorang nak ajak 'bermain'.

Tapi itulah, aku tak ada mood nak melayan permainan usik-mengusik diorang itu.

Aku gigit bibir sebelum senyum sinisku terukir. Mataku meralit mereka yang ada satu persatu. "Aku masuk, aku cari dia sampai dapat dalam ni juga!" ujarku sedikit mengugut.

Mendengarkan apa yang aku katakan, mereka semua malah ketawa. Tak terusik langsung ketakutan dan kegerunan dalam jiwa mereka. Mungkin mereka fikir, aku tak berani nak buat benda alah itu. Yalah, aku kan perempuan!

"Aku tak main-main. Jangan cabar aku." masih aku tegas pada bicaraku. Tawa mereka semua, aku pandang sepi.

Adam, coursemate aku cuba meredakan tawanya. "Fine, aku taknak tengok kau buat hal kat sini Rafa. Cuma, pemain 10 yang kau cari itu tak ada kat sini sekarang. Dia ada kat PKU (Pusat Kesihatan Universiti) sekarang ini untuk dapatkan rawatan."

Aku mendengus halus. "Kan bagus dari awal bagi kerjasama. Tak adalah aku panas hati tengok korang semua." mulut cabulku melontar bicara.

Rafa dan ayat pedas memang berpisah tiada.

Adam tarik sengih sementara yang lain sudah memerli aku dengan tawa mereka. Namun, aku buat tak peduli.

"Sorry lah tapi kalau aku boleh tahu. Kau ada hal apa nak jumpa Burn?" soalan Adam tuju pada aku.

Serentak itu alis keningku menjongket. " Burn?"

"Pemain 10 yang kau cari itulah. Orang panggil dia Burn." jelas Adam melihat kan aku terpinga mendengar nama baru itu.

Terus, aku berdecit sinis. Aku ingat hebat sangatlah orang yang tipu aku ni tapi nampaknya nama pun tak segerun mana. Burn? Pfft.. dah serupa nama hero movie Bendul aje, kutuk ku dalam hati.

Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED]Where stories live. Discover now