27

395 21 0
                                    

Masa lalu...

Kita tidak boleh kembalikan ia semula
Tetapi untuk apa kita menoleh ke belakang hanya untuk membetulkan salah dan silap kita.

Sedangkan kita boleh CIPTA dan UKIR perkara yang indah bagai sang pelangi untuk masa depan yang mendatang.

Percayalah bahawa masa lalu itu merupakan UJIAN kita.

Manakala masa depan pula ialah KEJAYAAN yang kita peroleh dari UJIAN yang kita tempuhi pada masa lampau.

Takdir tuhan itu indah.
Tak semestinya masa lampau kita gelap,masa depan kita turut begitu.

Ia bergantung dengan kehendak diri kita sendiri.Sama ada kita sama ada mahu memperbaiki diri untuk masa yang mendatang atau tidak.

Pernah dengar ayat ni kan👇

Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
dan
tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan

Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa masa lampau kita yang terlalu buruk, gelap,hitam,pahit untuk dikenang tidak menunjukkan yang masa depan kita juga begitu.


Tulis Dari HatiOù les histoires vivent. Découvrez maintenant