1

1.9K 89 3
                                    

🍃 RAHSIA KEHIDUPAN 🍃

RAHSIANYA:


Bila dah berjaya jangan jadi macam LALANG tetapi jadilah seperti PADI.

Apa maksudnya?

Maksudnya ialah bila kita dah berjaya jangan sesekali bangga dengan apa yang kita kecapi.

Tengoklah lalang semakin dia berisi semakin dia berdiri tegak. Tak seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk

Sedangkan lalang yang berdiri tegak itu tidak memberi kebaikan apa-apa pon kepada kita. Tetapi padi yang menunduk itu merupakan sumber makanan kita.Malahan jika kita diberi pilihan untuk memilih antara LALANG dan PADI sudah pasti kita memilih padi bukan?

Ia sama persis seperti realiti kehidupan.Jika kita berjaya dan sentiasa menunduk (rendah diri) pasti sahaja kita disenangi oleh ramai pihak.

*Apa yang ingin dijelaskan ialah:*

🔹 Setinggi mana pon kita berada sentiasa ingat dibawah.

🔹 Ilmu yang penuh didada tidak memberi erti sekiranya mempunyai sifat riak dan bongkak.

🔹 Sifat rendah diri penting dalam kehidupan.

🍃Jadi kita mesti mempunyai sifat rendah diri dalam diari kehidupan kita sehingga akhir hayat kita👌💕👏🎊🎉🌸🌹🍃

#Karya saya sendiri

Tulis Dari HatiWhere stories live. Discover now