S2 [1] Pujuk Hud

Começar do início
                                    

"Sama-sama." Aku membalas pelukan Mia.

"Okey, Mia nak packing." Kata Mia. Aku memejamkan mataku.

"Sekejap." Aku mengeratkan pelukanku. Dah lama aku tak peluk Mia.

~°~

Harris mendekati umienya yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Harris buat apa tadi?" Tanya Umie.

"Call dengan Mia umie." Jawab Harris.

"Oh, dah besar agaknya Wallif sekarang ya? Dulu umie ingat dia masih kecil lagi." Kata Umie saat teringat kali terakhir Hud, Mia dan Wallif balik ke kampung bersama.

"Umur Wallif dah 5 tahun sekarang." Jawab Harris lalu tersenyum. Wallif memang rapat dengan Harris dan umie.

Tiba-tiba Harris berdiri dari duduknya.

"Nak pergi mana?" Tanya umie.

"Nak pergi memancing dekat kolam umie." Kata Harris. Memang dia suka sekali memancing jika sudah balik di kampung.

Harris ni sekali di pandang dah macam artis korea. Dulu abahnya adalah lelaki yang paling kacak di kampung. Tidak hairanlah jika Harris juga berwajah kacak seperti arwah ayahnya.

Harris juga seperti Mia. Membesar tanpa seorang ayah. Namun sekali pun Harris tidak pernah mengeluh tentang itu.

Harris tidak pernah melawan cakap umienya kerana ingin wanita itu bahagia.

"Hati-hati." Pesan umie sebelum Harris berlalu pergi.

"Baik umie." Harris pun terus menyalam tangan umienya.

Harris turun ke bawah lalu melihat ke arah Tok Aki yang sedang menyusun pasu bunganya di tepi tangga.

"Assalamualaikum Tok." Harris mendekati Tok Aki lalu menyalam tangan tua Tok Aki.

"Waalaikumsalam Harris." Tok Aki tersenyum gembira.

"Sibuk nampak." Kata Harris lalu tersenyum.

"Tok nak susun pasu bunga ni, lepastu nak kebersihkan halaman rumah esok." Kata Tok Aki. Harris melihat ke arah pangkin yang berada di depan pokok mangga. Banyak daun yang berguguran di atas tanah.

"Esok Harris tolong Tok ya." Kata Harris.

"Tak apalah, Tok boleh buat sendiri." Kata Tok Aki.

"Tok ni, Harris bukannya selalu ada dekat kampung. Sekali-sekala Harri tolong Tok, tak salah kan?" Kata Harris. Tok Aki tergelak kecil.

"Yelah kalau kamu kata macam tu." Kata Tok Aki. Harris hanya tersenyum.

"Kamu nak kemana ni?" Tanya Tok Aki.

"Harris nak memancing dekat kolam ikan umie." Jawab Harris.

"Tok pun nak ikutlah kalau macam tu. Bosan pula dekat rumah ni, baik Tok teman kamu." Kata Tok Aki.

"Boleh juga Tok, tak sunyi Harris nanti." Kata Harris sebelum mereka serentak.

"Kamu tunggu Tok sekejap." Kata Tok Aki lalu naik ke atas rumah untuk mengambil pancingnya. Harris hany menunggu di tangga rumah.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Tok Aki bersama pancingnya.

"Ini pancing legend Tok! Tak pernah sekali pun tak dapat ikan." Kata Tok Aki dengan banggam tergelak Harris dibuatnya.

Dulu Harris dan Tok Aki selalu pergi memancing bersama. Harris lah yang selalu membantu Tok Aki di rumah kerana Tok Aki tinggal sendiri.

Tapi selepas sudah berkerja di KL, Harris sudah jarang balik ke kampung kerana sibuk berkerja.

Namun sesekali Harris akan balik ke kampung untuk menjenguk umie dan Tok Aki.

~°~

Hari ini Hud, Mia dan Harris akan balik ke kampung.

" Mana mama ni Wallif? " Aku melihat ke arah Wallif yang sedang duduk di seat belakang. Dah lama kami tunggu kat dalam kereta ni.

" Mungkin mama terlupa sesuatu. " Jawab Wallif lalu tersenyum. Aku mengusap rambut Wallif.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Mia pergi ke arah kereta bersama sangkar kecil Milo dan Lily.

" Maaf lambat! " Mia membuka pintu kereta belakanhg lalu meletakkan sangkar kecil Milo dan Liky di belakang. Aku dan Wallif mengerutkan dahi.

"Ok dah siap." Kata Mia lalu menutup kembali pintu itu. Selepas itu Mia membuka pintu depan dan masuk ke dalam kereta.

Mia tersenyum gembira. Mungkin kerana Mia happy nak balik kampung.

Wallif melihat ke arah sangkar kecil Milo dan Lily lalu dia terbersin sebanyak dua kali.

"Maaf Wallif." Kata Mia lalu memberi Wallif satu tisu basah. Aku hanya memerhati saja.

"Tak apa mama." Kata Wallif lalu mengelap hidungnya menggunakan tisu basah. Aku melihat ke arah Mia yang masih tersenyum ceria.

Mesti sebab nak jumpa Harris ni.

"Kenapa?" Tanya Mia saat sedar yang aku hanya memerhatinya dari tadi.

"Takde apa." Jawabku sebelum menghidupkan enjin kereta.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Onde histórias criam vida. Descubra agora