15

1.4K 14 0
                                    

Dalam usaha untuk mengambil hati Min semula, Enoy melakukan pelbagai cara untuk memenangi hati Min. Enoy sering menemani Min untuk kemana sahaja. Pendek kata Enoy akan selalu ada untuk Min. Min percaya Enoy sangat jujur orangnya namun apakan daya, dia tidak boleh mencintai Enoy. Dia sudah mencuba untuk membuang perasaannya terhadap lelaki, namun tidak lah dia termampu.

Enoy sanggup merubah kehidupannya yang tenang menjadi seorang yang sosial, dia sehinggakan sanggup untuk memasuki kelab bersama Min. Apabila Min mengajaknya. Namun dia tidak pernah menyentuh air kencing setan. Cuma Min sahaja yang minum dan sanngup meneguk air kencing setan itu. Enoy cuma mahu menjaga Min namun apakan daya Enoy dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan nafsu dan keinginan Min.
Kehidupan mereka di Kuala Lumpur bagaikan tiada agama. Min hanyut dan begitu juga Enoy. Semata-mata kerana cinta Enoy sanggup menukar kehidupan sosialnya.

Di rumah Min, Min tinggal bersama dengan anak ikannya atau pasangan homoseksualnya. Pada awalnya Enoy tidak dapat menghidu perbuatan Min namun selepas diceritakan oleh jiran-jiaran apartment yang selalu mendengar jeritan dan suara yang tidak menyenangkan keluar dari apartment Min Enoy menjadi tertanya-tanya sehinggalah Enoy membuat kunci pendua rumah Min.

Selepas mendapat berita daripada jiran-jiran. Enoy mengambil keputusan untuk menyerbu rumah Min yang kononya tinggal bersama-sama teman rumahnya itu. Enoy memasuki rumah tersebut sambil mendengar bunyi dua lelaki garau yang pelik. Alangkah terkejutnya Enoy melihat Min orang yang dia sayang dan cinta itu sedang tidur dengan seorang lagi lelaki. Enoy terus lari keluar dan membawa diri.

Kekecewaan Enoy tidak dapat dibendung lagi. Maka terbongkarlah rahsia bahawa mengapa selama ini Min tidak pernah jatuh cinta dengan Enoy. Enoy sangat faham sekarang.

Deringan demi deringan keluar dari telefon bimbit Enoy. Tertera nama Min di telefon bimbitnya. Dia tidak mengangkat panggilan daripada Min. Dia tidak tahu mahu memberikan riaksi apa selepas perkara yang dilihatnya tempoh hari. Enoy menyembunyikan diri dan diam tanpa sebarang pesanan yang ditinggalkan. Min menjadi semakin risau kerana Enoy adalah satu-satunya sahabat sejatinya yang boleh dia mengadu nasib. Min kehilangan teman sejatinya akibat nafsu songsangnya.

Se-hingga Hitam KelamWhere stories live. Discover now