5

4.1K 22 1
                                    

Kereta satria neo merah milik Amir masuk dan di parkir elok di banglo milik En. Firdaus dan Puan Maya. Dia melihat ramai orang di rumahnya. Tak kan bapak buat function tengah-tengah hari mcm nih buang tabiat agaknya orang tua nih. Tak bagitahu aku pon. Desis Amir di dalam hati. Dia melangkah masuk dengan berhati-hati dengan rasa sedikir hairan. Alangkah terkejutnya Amir apabila sekujur mayat kaku di tengah rumah dan terdapat Maya, ibu tirinya di sebelah mayat tersebut. Ibu tirinya itu segera mendapatkan Amir, dia memeluk dan menangis di depan Amir. Amir kaku dan tidak terungkap apa-apa dari mulutnya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya.

“mama call tadi tapi tak berjawab, mama call kawan-kawan Amir jugak, diorang ckp diorang tak nampak Amir.” Ibunya sambil teresak-esak menerangkan segalanya.

Pada pagi hari kejadian, Amir keluar awal sehingga tidak sempat bersarapan bersama keluarganya sebagai tanda protest terhadap bapanya yang pentingkan diri-sendiri. Selalunya amir tidak akan missed untuk bangun dan bersarapan dengan bapa dan ibunya. Itu adalah rule keluarga mereka. Tetapi hari ini Amir tidak. Bapa Amir ditemui mati dalam tidur.

Pada pagi tersebut, Maya mengejutkan bapanya untuk solat subuh seperti biasa, tetapi bapanya tidak bangun, dia tidak syak apa-apa. Maya terus ke dapur untuk siapkan sarapan. Selepas menyiapkan sarapan, maya naik ke bilik dan melihat En. Firdaus belum bangun juga dan pada saat itulah dia mengetahui En. Firdaus telah hilang nyawa dari badannya. Amir terduduk di hadapan pintu, rasa bersalah menyelubungi hati nuraninya. Dia melangkah longlai ke hadapan mayat yang terbujur kaku, menitis air mata Amir sebaik sahaja Maya membuka kain penutup dan terpampang wajah bapanya yang luhur dan bersih. Dia menahan sebak, bukan kerana sebak bapanya pergi begitu sahaja, tetapi sebak kerana dia tidak sempat meminta ampun dan maaf kepada bapanya selepas pertengkaran hebat semalam.

“macam mana bapa boleh pergi begitu sahaja mama?” Pertanyaan Amir membuatkan Maya tersentak.

“mama pun tak tahu la Amir. Semalam bapak Amir mengadu sakit kepala, mama urutkan kepala bapak dan selepas itu dia terus tidur, pagi tadi mama kejutkan dia tak bangun-bangun” kata-kata maya sedikit ragu-ragu terdengar oleh amir.

“tak pe lah amir, orang dah nak pergi, biarkan dia pergi dengan tenang.” Maya memberikan statement pasrah.

“yer lah mama” Amir mengangguk lemah.

Amir mengambil surah yasin dan membacanya di sebelah mayat bapanya, dia masih lagi rasa bersalah dan sedih dengan pemergian bapanya. Kini dia anak yatim piatu dan akan keseorangan. Kesedihan Amir tidak lagi tertanggung oleh dirinya. Setelah selesai bacaan yasin, Amir duduk berteleku memandang telefon. Dia ingin menghubungi Min memandangkan Min tidak mengetahui soal kematian bapanya.

Min sampai tepat pada masa dimana jenazah akan dimandi dan dikafankan. Sebaik sahaja Min sampai, Amir terus lari mendapatkan Min.

“bapak aku dah tak de Min. aku menyesal melawan cakap dia. Tak sangka dia pergi begitu sahaja. Dia pergi terlalu cepat, belum sempat aku nak mintak maaf dekat dia Min.” seperti budak kecil, Amir mengadu kepada Min tentang kematian bapanya dan penyesalannya itu.

“sabarlah Mir. Kau kan ada aku. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Kau boleh rely dengan aku Mir.” Min sedikit sebak ketika menerangkan yang Amir tidak bersendirian.

----------------

Se-hingga Hitam KelamWhere stories live. Discover now