isteri ( 7 )

8.1K 39 0
                                    

Peribahasa melayu ada mengatakan sudah jatuh ditimpa tangga,begitulah boleh diibaratkan keadaan Qis selepas kejadian beberapa hari lepas.
Qis cuba untuk menjalani hidup seperti biasa bersama Qayum,tetapi setiap kali terkenang peristiwa pahit itu,Qis akan menangis.Setiap malam pasti sukar bagi Qis melelapkan matanya.Terbayang-bayang diruangan matanya yang terpejam itu gambar-gambar dan wajah-wajah wanita yang Qayum jadikan sebagai hiburan.

Dalam masa yang sama mata kanan Qis selalu berkedip seakan ada sesuatu.Qis cuba positifkan minda supaya berfikiran secara waras.Dua malam berturut-turut Qis bermimpi yang Qayum memarahinya berkenaan nombor pin.

Malam pertama, "Abang kan dah bagi tahu nombor pin"Jerit Qayum kepada Qis didalam mimpi itu.

Keesokan harinya Qis ligat memikirkan apakah maksud mimpi itu.Qis berbisik pada dirinya sendiri, "kenapa hati rasa tak sedap ni?Mata ni pun belum berhenti berkedip."Air mata yang menjadi teman dengan sendirinya mengalir,seolah-olah memahami Qis yang masih terkesan dengan peritiwa itu.Sedang Qayum seperti tiada perasaan, langsung tidak cuba untuk menenangkan Qis.

Malam kedua Qis bermimpi benda yang sama.Dia terjaga dari tidur seawal jam 3.42 pagi.Pandang ke kanan yang dilihat wajah Qayum sedang lena diulit mimpi agaknya.Sekali lagi Qis bertanya pada diri sendiri, "apa kena mengena no pin dengan aku?Petunjuk apakah ini?"

Sedari tadi Qis masih berjaga,tidak dapat tidur semula setelah terjaga dari mimpi .Tiba-tiba Qis bingkas bangun dengan lagak mencari sesuatu.Qis mencari telefon pintar milik Qayum yang baru.Ya telefon pintar yang Qis tidak dibenarkan pegang.Dia dengan perlahan membuka telefon itu menggunakan nombor pin suaminya seperti didalam mimpinya.

Boleh la, getus Qis dalam hati.Tidak menunggu lama Qis terus mencari tahu apa yang ada,ternyata Qayum masih berhubung dengan perempuan-perempuan seperti di dalam telefon lamanya.Tetapi kali ini didalam apps Wattpadd dan Whatsapp.Hati Qis bagai dihentak dengan penukul besi.Hancur ,luluh ,berderai dan sakit yang teramat sangat.Qis menghantar mesej-mesej itu ke telefon pintar miliknya.Bukan kerana suka, tapi sebagai bukti yang Qayum masih berhubungan dengan perempuan-perempuan itu.Tempoh hari Qis hanya bertanya Qayum dan meminta penjelasan darinya.Tapi kali ini Qis nekad mencari tahu perempuan-perempuan tersebut dengan menghubungi mereka.

Qis langsung tidak tidur sementara menunggu waktu masuk kerja.Dia bersiap dan tidak menghiraukan Qayum pagi itu, terus sahaja memulakan misi mencari dua perempuan yang sering balas membalas mesej di Whatsapp dan Wattpad.Antaranya:

Qis: Awak kenal Qayum?

Perempuan 1: Ye, kenal.

Qis: Sejauh mana hubungan awak dengan Qayum?

Perempuan 1: Tiada hubungan istimewa antara kami.Saya cuma kagum dengan hasil karya Qayum di dalam Wattpad.

Qis: Menghantar mesej yang disimpan awal pagi tadi kepada perempuan itu.Ini bagaimana pula?Awak cakap tiada hubungan istimewa,tapi mesej ni memujuk merayu bersayang-sayang,saling cemburu antara satu sama lain" bersweetheart"bagai?

Perempuan 1:Oh itu dia la (merujuk kepada Qayum). Saya dengan semua kenalan saya ber"good morning".Ayat ini seolah-olah menyalahkan Qayum, yang seperti gatal lebih.

Qis membiarkan perbualan itu mati begitu sahaja.Ini kerana Qis tahu perempuan itu cuba melepasksn diri dengan menyalahkan Qayum.Air mata merembes lagi tanpa henti, sehingga ada antara rakan sekerja Qis perasan yang mata sepet Qis bengkak dan kelihatan sembab.Qis hanya menyatakan tidak dapat tidur semalam.Qis masih mahu melindungi hal berkaitan rumah tangganya dan sikap Qayum yang meragut kepercayaanya secara kejam sekali.

Dengan daya kekuatan mental yang ada, Qis meneruskan misi untuk menghubungi seorang lagi perempuan yang ada bermain mesej bersama Qayum.
Qis menggunakan apps Whatsapp untuk menghubungi perempuan kedua.
Antara ayatnya adalah:

ISTERI (Slowly Update)Where stories live. Discover now