isteri (2)

25.9K 72 0
                                    

Kelas pertama di minggu pertama selepas orientasi,Qis dengan sedaya upaya cuba menyesuaikan diri dengan cara hidup berasrama, al -maklum la anak bongsu tidak pernah merasa hidup di asrama.Qis ditatang bagai minyak yang penuh di dalam keluarga.Selalunya bangun pagi dikejut oleh ibu yang sangat memanjakan Qis,tetapi di kampus Qis harus bangun sendiri menggunakan jam loceng yang dibekalkan oleh ibunya.Sambil terpisat-pisat membuka mata Qis membebel sendiri pada dirinya, "tu la duduk kat rumah senang mak gerak hang gatai nak masuk Uniten Qis oi,kan dah mendapat."Sambung lagi tu,"tak pa la untuk masa depan cek,kan ku tempuh juga."Lantas Qis bangun bersiap untuk ke kelas.
Qis diberi tugasan untuk kertas kerja pertama bagi kelas MIS atau management information system, ataupun lebih mudah kelas komputer.Oleh kerana Qis seorang yang buta komputer, jadi dia belajar dan menumpukan sepenuh perhatian untuk subjek ini.Qis tidak mempunyai komputer riba seperti sesetengah rakan yang lain.Jadi untuk menyiapkan kertas kerja ini,Qis menghabiskan masa di bilik komputer untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak Uniten.Dalam masa belajar dan menyiapkan tugasan, Qis dan rakan karibnya aimi mencuba aplikasi dalam talian yang popular suatu masa dulu iaitu ekawan.com.
Bermula dengan memilih rakan untuk bersembang dan bertukar- tukar pendapat,Qis berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari kuala kangsar,Perak.Orangnya tinggi tegap dan yang paling mengusik hati perempuan Qis adalah kenalannya itu memakai "spec" mata.Pada mata Qis memakai "spec" mata itu "smart".Ya itu mungkin Qis yang sangat meminati lelaki yang memakai "spec" mata.
............................................................
hahaha...mcm mana kwn2?? bleh ke lg ni....

ISTERI (Slowly Update)Where stories live. Discover now