Bab 10

22.9K 1.2K 38
                                    

"Maggie apa nak beli ni" steven memandang ke arah Adelia

"Beli je lah apa-apa, asalkan pedas"

"beli samyang je lah" kata Steven selamba

"Eh samyang jangan! Nanti tak sembuh diorang tu"

Steven hanya ketawa kecil. Matanya tertuju pada maggie yang pelbagai jenis.

"aduh! "

Tiba-tiba Adelia memegang perutnya.

"Kenapa ni? " steven memandang ke arah Adelia dengan muka terkejut

"Perut ni memulaslah, awak tunggu sini ya, saya nak ke tandas kejap" sebaik sahaja Adelia habis bercakap, dia pantas berlalu mencari tandas.

Steven hanya mengangguk.

******
Adelia keluar dari tandas lalu menuju semula ke kedai itu. Matanya menyilau mencari Steven yang tetiba menghilang.

"Mana steven ni, kan aku suruh dia tunggu sini, ish budak ni! " Adelia membebel sendiri. Tiba-tiba...

"hmpphhh"

Adelia meronta ronta apabila mulutnya ditekup oleh seseorang dari belakang. Dia cuba untuk membuka kain yang menutup mulutnya, dia terhidu sesuatu pada kain itu dan kemudian tidak sedarkan diri.

*****

"Mana Adelia ni" Steven mencari-cari kelibatan Adelia namun tidak kelihatan.

Sebantar tadi dia pergi membeli air sekejap tetapi setelah dia kembali Adelia masih belum kelihatan.

"Call je lah" Steven mengeluarkan Iphonenya lalu menghubungi Adelia.

Tut.. Tut..

"Hello Adelia u kat mana ni? Masih kat tandas ke? Cepat lah sikit, tak beli lagi ni"

"Hello bro, kau cari siapa? Kau salah nombor ke? "

Steven terkejut apabila mendengar suara di sebelah sana.

"Kau siapa hah?!Adelia mana!?!"

"Adelia? Siapa tu? " orang di sebelah sana ketawa sinis

"Hoi! Adelia mana?! "

"Perempuan ni ke kau cari kejap ehh"

Nafas Steven turun naik menahan geram. Kalau Chris tau ni mesti mengamuk habis!

"Arhh!! Steven tolong saya!! Diorang culik saya!! Ste... Arhh!! Sakit lah bodoh!! " kedengaran jeritan Adelia dari corong telefonnya

"Kau jangan nak apa-apakan dia!"

"Tak janji! Bye!! "

Tut..

Steven meraup wajahnya dengan kasar. Wajahnya yang sering selamba bertukar menjadi bengis.

'nak buat macam mana ni!?!'

Steven menuju ke arah keretanya lalu memecut laju menuju ke banglo Chris. Sebaik sahaja sampai di banglo, steven terus meluru ke arah Chris, Ian,Kelvin,Kevin dan Walter.

"Aku ada nak beritahu ni! "

"Nak cakap apa? Ke nak tanya? Oh ya aku baru je balik dari pejabat yang kau blah je tak tunggu aku kenapa?bahlul!" jerit ian. Dia ni tak ada kerja lain ke selain menjerit?

"Bukan! "

"Maggie kitorang mana? " soal Chris yang sedikit pun tidak menyedari akan Adelia.

"Ni lagi penting dari maggie korang tu!"

Sweet Mr MafiaWhere stories live. Discover now