Punggungdilabuhkan di atas lantai.Sofa punyalah besar dan mahal tapi lantai juga menjadi pilihan hati.Digoncang perlahan bahu Jihye yang sedang tidur.
"Oi,pasal kau turun ni?" perlahan-lahan Jihye membuka kelopak matanya.Dia mengerengkan badan menghadap Taehyung sambil tangan menahan tuala tuam yang hampir jatuh dari dahinya.
"Jihye tengok oppa takde tadi," ujarnya lebih kepada berbisik.
"Dah tau demam sibuk nak turun.Duduk jelah kat atas tu.Kalau kau pengsan lagi takke menyusahkan aku?Bodoh betullah," dia membuang pandang pada screen Tv.
Jihye kembali baringkan badannya di atas sofa.Otaknya ligat berfikir.
Apa maksud bodoh ah?
Semasa di rumah anak yatim dulu tiada pula diajar perkataan tu.Perut yang berkeroncong dipegangnya.
"Oppa Jihye lapar," katanya pada Taehyung yang leka bermain game.
"Jadi?Kau nak apa?Nak suruh aku bersimpati," balasnya tanpa memandang muka Taehyung.
"Oppa tolonglah.Jihye lapar sangat.Dari semalam Jihye tak makan," dia mengelap air mata yang mengalir.Lapar sangat sampai mengalir air mata.Dikuatkan pelukan pada teddy bear kesayangannya,Taetae.
Niat asalnya turun ke bawah untuk mencari makanan tetapi kepalanya tiba-tiba diserang sakit kepala.Taehyung mengeluh.
"Tu ada pizza.Kau makanlah.Kalau kau tak suka boleh je tinggalkan kat situ.Lepastu kau cari makanan sendiri.Aku taknak tolong," bibir dijuih ke arah pizza di atas meja kopi.
"Terima kasih,oppa.Jihye suka sangat pizza.Dulu Cik Cha selalu buat.Kalau Jihye suruh dia mesti akan buat," sungguh dia rindu Cik Cha.
"Taknak tau pun," disambung semula bermain game.Jihye bergerak ke meja kopi lalu membuka kotak pizza tersebut.Haruman pizza mengalir ke rongga hidungnya.Tuala tuam diletakkan di atas meja.Lantas dia mengambil sepotong pizza lalu disuakan di dalam mulut.Gelojoh.Sehinggakan pipinya comot.Lapak sangat gamaknya.
"Kau lapar sangat ke?" Taehyung memandang Jihye dengan dahi dikerutkan. Jihye hanya mengangguk sebagai jawapan.Taehyung merangkak mendekati meja kopi.
"Lebih baik aku makan sekali.Cara kau makan macam kau taknak tinggalkan satu untuk aku," dia mengunyah pizza yang diambilnya tadi.Mereka makan tanpa suara.Senyap.Hanya lagu game sahaja yang berkumandang.
"Kenapa oppa tinggalkan Jihye?" dipandang muka tampan abang angkatnya itu.
"Simple.Aku nak keluar dengan kawan aku,"
"Tapi oppa boleh bawa Jihye sekali kan?" tersembur tawa Taehyung mendengar ayat gadis itu.Nak bawa dia?Memang taklah.
"Dalam mimpi kau jelah.Buat apa aku nak bawa perempuan bodoh macam kau.Beban," kalau ada cili sekarang mau dicilinya mulut celupar Taehyung ni.
Bodoh lagi.Bodoh tu apa?Beban pernah dengar tapi lupa pula maksudnya.
Dia nak tanya Taehyung apa maksudnya tapi takut melenting pula lelaki panas baran itu.
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...
제 8 회
Start from the beginning
