24 ❦ you and me; together

2.7K 314 45
                                    

하루 만 행복해.
just one day, lets be happy.

❦ ❦ ❦

|| 9:30am..

Jihyo hanya diam. Memerhati tubuhnya yang kini dibaluti gaun putih untuk majlis kahwinnya melalui cermin.

Apabila terdengar pintu bilik kecil untuk mencuba pakaian itu dibuka dari belakang, Jihyo tidak perduli untuk menoleh.

Pasti sahaja yang masuk keruangan itu adalah tunangnya, Namjoon.

so beautiful

Suara berat seorang lelaki menyapa telinga Jihyo. Pantas Jihyo mengangkat wajahnya. Melihat siapa yang sebenarnya berada disitu.

“ Jungkook—? ”

Jihyo kaku bagai patung cendana. Yang memeluknya dari belakang dan suara berat yang dia dengari itu ternyata milik Jungkook.

“ saya sedang bermimpi? ”
Gumam Jihyo perlahan. Namun kerana Jungkook betul betul dibelakangnya, lelaki kacak itu mendengar dengan jelas.

Jungkook tertawa kecil sebelum memusingkan tubuh Jihyo agar menghadapnya.

Sempat Jungkook menelek tubuh Jihyo dari atas sehingga ke bawah. Mengagumi kecantikan Jihyo memakai gaun labuh itu.

“ awak tak bermimpi, sayang ”

Tangan kanan Jungkook menekup lembut pipi Jihyo. Mengusap kulit lembut itu dengan ibu jarinya.

“ setahun lebih saya cuba cari awak.. jumpa pun akhirnya ”
Ungkap Jungkook sebelum tersenyum polos.

“ saya bakal berkahwin. tak manis kita duduk berdua dalam bilik ni ”
Jihyo cuba mengubah topik.

“ saya rindukan awak ”

Suara Jungkook berubah berat. Tangan kirinya menyentuh pinggul Jihyo sebelum memaut pinggang ramping gadis cantik itu.

“ Jungkook— ”

Jihyo mengeluh berat apabila Jungkook menyentuhnya. Kasar tetapi dalam masa yang sama, lembut.

Tidak lama kemudian, bibir mereka bercantum. Membuahkan ciuman hangat, masing masing melepaskan rindu yang sudah lama dipendam.

im gonna make you spend this whole day with me. no excuses ”
Bisik Jungkook setelah ciuman mereka terlerai.







|| 1:30pm..

“ macam mana awak jumpa saya? ”
Soal Jihyo polos sesudah dia dan Jungkook selesai memesan makanan.

“ Namjoon ”

Mata Jihyo sedikit membulat. Apa logiknya Namjoon membantu Jungkook?

Melihatkan wajah Jihyo tampak terkejut, Jungkook mengekeh perlahan.

“ dia tahu yang awak tak dapat lupakan saya jadi— ”

[C] CASANOVAWhere stories live. Discover now