너 내가 필요한 모든 것.
you're everything i need.❦ ❦ ❦
“ Jungkook, come on man! this is europe. you can do more than you did at korea! ”
Joshua menepuk perlahan bahu JungkookDia kemudian meneguk lagi secawan wine berjenama. Tetapi matanya tidak lepas memandang Jungkook.
Rakan baiknya itu seakan akan sedang menghadapi masalah yang tidak juga selesai.
“ hey, dah 2 bulan kau macam ni! ajak aku ke kelab tapi tak minum dan tak layan perempuan perempuan yang cuba dekat dengan kau. kau kenapa? ”
Akhirnya Joshua bertanya. Bengang pula rasanya apabila hanya dia seorang yang berseronok.
Jungkook mengeluh perlahan.
“ aku tak ada mood, Josh. lagipula, aku ajak kau ke eropah ni untuk sambung belajar ”
Balas Jungkook malas.“ tapi kau juga yang ajak aku ke kelab ni ”
“ sebab aku dah tak tahu mana lagi nak pergi selain duduk di kampus ”
“ Jeon, kau sedar tak yang kau sedang berubah? ”
Sebelah kening Jungkook terangkat mendengar soalan Joshua itu. Berubah? Rasanya dia sama sahaja seperti dulu.
“ jangan merepek, Josh ”
“ alright, tunjukkan aku kasanova berjaya tu ” Joshua menarik senyuman sinis. Dia tahu Jungkook pantang dicabar.
Tidak sampai beberapa minit, Jungkook sudah mendekati seorang wanita berpakaian menjolok mata.
Dan wanita seksi itu, dengan mudah memasuki perangkap Jeon Jungkook.
❦ ❦ ❦
“ Taehyung! ”
Taehyung tersenyum sebelum menarik tubuh genit Jihyo kedalam dakapan hangatnya.
“ awak okay harini? ”
Soal Taehyung lembut. Jihyo tersenyum samar sebelum mengangguk.Dia dan lelaki kacak itu sudah semakin rapat setelah Jihyo meluahkan segala kejadian yang belaku diantara dia dan Jungkook.
“ dia masih tak balas text dan angkat call awak, hm? ”
Taehyung menyoal lagi.Jihyo kekal tersenyum.
“ dia dah tukar nombor. tengokla Tae, dia betul betul tak sukakan saya langsung ”
“ dia cuma takut ”
“ maksud awak? ”
“ dia takut dia akan sakit lagi— sebab terlalu sayang pada seorang perempuan ”
Mendengar kata kata Taehyung itu, fikiran Jihyo kembali melayang terkenangkan kata kata Jungkook kepadanya sebelum ini.
“ saya takkan pernah jatuh cinta pada awak. sebab jatuh tu— sakit ”
“ habis kenapa dia ada ramai teman wanita? ”
Jihyo menyoal lagi.“ sebab dia nak balas dendam. tapi saya tahu, cara dia tu salah. kan? ”
Jihyo sekadar mengangguk. Dia kemudian mendongak apabila Taehyung bertindak menyerabutkan rambutnya.
“ awak rindu dia, ya? ”
Soal Taehyung kemudian tersenyum. Jihyo melarikan pandangan nya.“ tak ”
Nafi Jihyo walhal dia tahu yang Taehyung sudah dapat mengagak yang dia sedang menipu.“ percaya lah, Jungkook dah lepaskan seseorang yang tak patut dia lepaskan. dia mesti akan menyesal nanti ”
Taehyung cuba memujuk.Jihyo berdecit perlahan.
“ dia kan Jeon Jungkook? ramai lagi perempuan lain yang tergila gilakan dia. yang lebih baik dari saya ”
Taehyung mengeluh perlahan mendengar respon Jihyo itu.
❦ TO BE CONTINUED ❦
![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. the heat is yet to come 👀

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] CASANOVA
Fanfiction" dasar lelaki kasanova. poyo! " " cinta kasanova daripada seorang lelaki kasanova macam aku " A Jeon Jungkook Fanfiction start: 26/1/19 end: 26/2/19 cover by: @CHERRYLUCY