04 ❦ skirt and heels

2.4K 352 29
                                    

너의 눈은 예쁘다.
your eyes are so beautiful.

❦ ❦ ❦


2 minggu berlalu dan sepanjang 2 minggu itu, Jihyo menjalankan tugas dia sebagai seorang pelayan dengan sangat baik dan kadangkala dia juga memasak.

Dia malah sering mendapat pujian dari Jimin dan rakan sekerjanya yang lain. Dan yang paling Jihyo legakan adalah,

Sepanjang 2 minggu dia bekerja disana, dia tidak pernah terserempak dengan anak boss mereka. Jeon Jungkook.

" Jihyo! tolong saya sekejap? saya perlu hantar pinggan ni semua ke dapur, awak ambil order ya? "

Jihyo sekadar mengangguk. Sempat dia memperkemaskan ikatan rambutnya sebelum dia keluar dari kawasan rehat pekerja.

" encik dan cik nak minum apa? "
Soal Jihyo kepada satu pasangan kekasih. Setelah dia mengambil pesanan mereka, pantas dia menuju kearah kaunter.

Namun mungkin kerana langkahnya yang terlalu tergesa-gesa menyebabkan dia tidak sengaja terlanggar seseorang.

Akibatnya, dia jatuh terduduk.

" auch! "

" jalan tu lain kali elok-elok lah. ni macam lari dari penjenayah aje "
Perli satu suara garau.

Terus Jihyo mendongakkan kepalanya. Mahu melihat siapa yang telah melanggarnya.

" dari awak tenung saya, baik awak berdiri sekarang. ramai pandang awak tu "
Seloroh lelaki kacak itu.

Pantas Jihyo cuba untuk berdiri namun gagal. Kakinya sudah terkehel. Ialah, jatuh secara mengejut semasa memakai kasut tumit tinggi.

Pastinya perit.

Baru sahaja Jihyo mahu merungut, tubuhnya ditarik lembut lelaki yang telah melanggarnya.

" saya tolong awak "

Sebelah lengan kekarnya memaut pinggang Jihyo manakala sebelah lagi memegang lengan kiri gadis cantik itu.

" terima kasih, Tuan Jungkook "
Kata Jihyo setelah dia didukdukkan Jungkook diatas sebuah kerusi didalam bilik staff.

Jungkook sekadar berdehem. Mata nakalnya kemudian memerhati Jihyo dari atas hingga ke bawah.

Disitulah dimana dia terperasankan sesuatu.

" your eyes are so beautiful but your thigh is prettier "
Jungkook tersenyum sinis.

" huh? "

" skirt awak dibelah kanan tu, terkoyak. nampak peha awak, cik "
Kata Jungkook datar.

Sempat matanya memandang lagi peha Jihyo yang terdedah. Makin memerah lah pipi gadis cantik itu.

" yah! jangan lah pandang! "

" ter "

" ya lah, jangan pandang dah! "

" baik-baik! "

Jungkook mengalihkan pandangan nya dengan tawa yang tertahan. Gadis pelayan itu benar-benar mencuit hati nakalnya.

" nah, nanti dah betulkan skirt terkoyak tu, pulangkan balik pada saya "
Jungkook menghulurkan blazer hitamnya kepada Jihyo.

Dia kemudian meninggalkan Jihyo seorang diri. Langsung tidak cuba untuk membantu Jihyo yang sudah terkehel.





TO BE CONTINUED

❦ TO BE CONTINUED ❦

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C] CASANOVATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang