"Astagfirullahalazim Raykal! Kenapa dengan kepala kamu tu" Soal Tengku Hakim dengan nada terkejut. Tengku Raykal berjalan lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Tadi.."

"Tadi apa?" Kata Tengku Rayyan sambil memeluk tubuh. Encik Kamil memdekatkan lagi kedudukannya dengan Tengku Raykal kerana mahu dengar cerita dari lelaki itu.

"Tadi ada itik kejar Aykal. Pastu Aykal lari la tak ingat dunia. Last-last kena langgar pokok" Tengku Raykal mengaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum. Muka orang disitu sudah berubah. Tengku Hakim menggelengkan kepala.'anak sapa la ni?'

Amelia menatang dulang yang berisi cawan. Dia meletakkan satu persatu cawan dihadapan semua orang disitu. Tengku Raykal memandang Amelia sambil tersenyum.

"Ehem..ehem..jaga sikit mata kau tu. Belum sah lagi" Perli Tengku Rayyan. Nampaknya dia sudah tertangkap.

Tiba -tiba Donald datang masuk ke rumah. Sekarang kedudukkannya diantara Tengku Rayyan dan Tengku Raykal. Mereka berdua disitu terkejut lalu mengangkat kaki diatas sofa. Encik Kamil yang berada di tengah turut menjadi mangsa pelukan mereka berdua . Donald berjalan dengan terkedek-kedek kearah orang disitu.

Tiba-tiba Donald menjerit bila dia terasa dirinya terampung. Aina Sofea membuat muka garang sambil memandang Donald. Itik itu menundukkan kepala tanda kesal. Tengku Rayyan dan sepupunya melepaskan rangkulan dari tubuh Encik Kamil. Tengku Hakim mengelengkan kepala sambil menutup wajahnya akibat malu dengan perbuatan anaknya. Encik Kamil memperbetulkan kedudukan sambil berdehem.

"Apa tujuan Tengku Hakim datang kesini ye?" Lembut sahaja nada yang diberikan. Tengku Rayuan dan Tengku Raykal sudah menundukkan kepala mereka akibat malu.

"Ouh..terlupa. Kami datang kemari membawa hajat yang besar, kami ingin menyunting bunga di taman. Satu bunga, Encik Kamil dah hadiahkan kepada anak saudara saya iaitu Rayyan. Dan saya dapat tahu satu lagi bunga belum ada sesiapa yang punya. Jadi kami disini ingin menyunting bunga yang belum berpunya, Amelia. Untuk anak kami Raykal" Panjang lebar mukadimah yang diberi oleh Tengku Hakim.

"Kalau macam tu baik kita tanya tuan badan sendiri. Sebab pasal jodoh ni kami bagi 100℅ dekat diorang untuk membuat keputusan sendiri. Kejap saya panggilkan Amelia. Lia!!"

Amelia berjalan perlahan-lahan mendekati abahnya. Semua mata disitu terpaku melihat Amelia.

"Macam mana?" Soalan yang cukup pendek.

"Kalau abah bagi 100℅ keputusan kat tangan Lia. Lia bagi 200℅ kat tangan akak"

Aina Sofea yang sedang minum air tersedak. Geram pulak dengan sikap Amelia. Gadis itu yang nak kawin, apa kena mengena dengan dirinya. Akhirnya dia terpaksa keluar dari dapur dan menghadap mereka semua. Tengku Rayyan menyimpulkan senyman bila melihat muka cemberut dari isterinya.

Aina Sofea melihat raut wajah Tengku Raykal. Mungkin lelaki itu takut kalau pinangannya ini dutolak oleh dirinya.

"Akak terima Raykal jadi adik ipar akak. Ini jawapan akak jadi kau tak boleh tolak ye adikku yang tersayang. Aina Sofea menepuk bahu Amelia dan berlalu pergi. Amelia membontoti kakaknya dengan perasaan malu. Akhirnya mereka bergelak ketawa di ruang tamu. Donald berjalan kearah Tengku Hakim lalu melabuhkan punggungnya di  tepi kaki lelaki tua. Tengku Hakim hanya membiarkan sahaja. 'Nasibla aku ni macho' bangga Tengku Hakim.

************
Angin malam meniup lembut di wajah aku. Suasana di kampung memang cukup aman dari bandar metropolitan tu. Dengan pelahan-lahan aku meluaskan lagi tingkap kamar aku itu. Kepala aku dongakkan melihat bintang-bintang yang berkelip di angkasa. Tapi kegusaran menerpa perasaan aku.

Sesekali mata aku dikerlingkan melihat Tengku Rayyan yang sedang tidur lena. Aku takut kalau Tengku Rayyan tak dapat terima anak aku ni. Aku meletakkan tangan di perut lalu mengusap dengan lembut. Ya Allah apa yang patut aku buat sekarang?. Aku meraup rambut panjang aku dengan kasar.

Flashback..

Aku berhadapan dengan Doktor Syahira. Di tangannya mempunyai result tentang kehamilan aku. Tengku Rayyan tak dapat teman aku buat check up sebab dia ada meeting penting. Tiba-tiba dada aku berdegup laju. Kenapa aku rasa macam ada perkara buruk akan berlaku?. Ya Allah.

"Puan Aina..kesihatan puan sihat"

"Alhamdullilah" Doktor Syahira tersenyum nipis.

"Tapi baby awak tak" Doktor Syahira menarik nafas.

"Ap..apa maksud doktor" Mata aku mula berair. Doktor Syahira seperti serba salah untuk memberitahu aku tentang baby aku ni.

"Baby awak akan lahir dalam keadaan cacat Puan Aina" Aku pejamkan mata. Ya Allah sungguh berat ujian Mu ini.

"Dok...doktor tipu saya..anak saya sihat"

"Puan Aina, maafkan saya."

Endflshback..

Tiba-tiba ada sepasang tangan melingkari di pingang. Cepat-cepat aku mengelap air mata. Aku mengalihkan badan aku menghadap lelaki itu.

"Sayang..kenapa sayang buka tingkap ni? Kesian anak papa ni mesti dia tengah sejuk" Tengku Rayyan menundukkan pandangannya melihat perut aku. Dia melabuhkan ciuman lembut disitu. Tengku Rayyan menarik tangan aku lalu membaringkan di atas katil.

Tengku Rayyan menongkatkan kepala dengan matanya melihat wajah mulus aku. Dia mengusap bibir aku lalu mencium bibir aku dengan lembut.

"Abang..kalau anak kita dilahirkan dengan tak sempurna abang terima tak?" Dahi lelaki itu berkerut.

"Apa sayang cakap macam tu. Kalau benda tu jadi betul macam mana?. Dah jangan mengarut lagi!" Ada nada marah disitu.

"Abang, soalan ni tak mengarut abang..kita tak tahu samaada.."

"SOFEA!! Cukup! Sudah! Jangan cakap benda bukan-bukan la!" Tengku Rayyan melepaskan pelukan lalu dia berpaling tubuhnya kearah lain.

Mata aku sudah mengenang. 'Abang, saya tak cakap benda bukan-bukan la. Benda ini betul terjadi. Saya nak awak terima anak kita ni seadanya. Saya nak jawapan dari abang'. Tidur aku ditemani dengan tangisan airmata. Aku cuma mahukan yang terbaik untuk bakal anak aku. Mungkin ini satu ujian dari Nya. Ya Allah lembutkan hati lelaki ini.

Aiyokk Tengku Rayyan dah merajuk!!

Gemuk VS Mafia (Complete)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora