BAB 35

16.4K 492 22
                                    

"Amelia ambil lauk ni letak depan" Amelia akur dengan kata Puan Fatma. Aina Sofea hanya duduk di kerusi dapur tanpa buat apa-apa kerja. Aina Sofea menongkatkan kepalanya. Dia masih terasa hati dengan sikap keluarganya dan Tengku Rayyan. Dia langsung tidak boleh tolong apa-apa di sini. Nak angkat lauk ke meja depan pun tak boleh. Apalah nasib gadis montel itu.

Tengku Rayyan dan Encik Kamil melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Encik Kamil berlalu ke ruang tamu manakala Tengku Rayyan datang kearah isterinya. Monyok saja raut wajah gadis itu.

Tengku Rayyan memandang sekelilingnya. Selepas memastikan tiada sesiapa disitu dia terus memeluk Aina Sofea.

Aina Sofea sudah tahu siapa yang memeluknya. Jadi dia membiarkan saja. Tengku Rayyan mencium pipi tembam Aina Sofea. Geram dia bila melihat wajah gadis itu mencuka. Dicium sekali lagi, masih tiada perubahan. Jadi dia mengambil keputusan untuk mencium Aina Sogea tanpa henti.

"Ehh apa abang ni. Nanti abah dengan ibu nampak la." Tangan Aina Sofea menolak lembut dada bidang lelaki itu.

"Senyum dulu baru abang berhenti cium sayang"

"Hais abang...."

Tengku Rayyan masih tidak berhenti dari mencium pipi Aina Sofea. Aina Sofea bergelutan dengan suaminya.

"Abang!! Akak!! Apa ni? Rosakkan mata Lia je." Jeritan Amelia membuatkan Tengku Rayyan berhenti dengan perbuatannya.

Muka Aina Sofea sudahenjadi kemerah-merahan. Dalam hatinya tak habis-habis marah akan diri sendiri.

"Kau ni mengacau je. Sama macam Raykal." Kata Tengku Rayyan. Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik. Tahu pulak lelaki itu akan perasaan malu. Tadi buat taknak fikir pasal malu.

"Akak kandungan kau dah berapa bulan" Amelia membuka almari dapur lalu mengeluarkan sebotol serbuk nescafe.

"Tak silap aku dah 4 bulan"

"Tapi kenapa perut kau tak menonjol pun"

"Mana la aku tau!" Aina Sofea tahu ada saja adik bongsu itu mahu membahannya.

"Maybe sebab perut kau.."

Puk

"Perut aku apa? Huh" Aina Sofea memberikan jelingan maut untuk adiknya. Amelia mengosok kepala yang sudah benjul akibat Aina Sofea

"Assalamualikum.." Aina Sofea dengan Amelia saling berpandangan. Aina Sofea mengangkat keningnga 2 kali. Amelia mengelengkan kepala lalu mengangkat bahu.

Aina Sofea dan Amelia bergegas menuju ke pintu. Tiga orang lelaki tua yang pakai kopiah berdiri dihadapan mereka. Dalam hati mereka banyak peraoalan yang bertandang.

"Waalaikumussalam. Pakcik ni cari sapa?"

"Eh Pak Ngah!!!!" Aina menoleh ke belakang apabila terdengar ada orang ketiga yang bersuara. Tengku Rayyan mendekati lelaki tersebut. Dia mengambil tangan tua itu lalu mengucupnya.

"Kamu Rayyan. Kamu tak kerja ke harini?" Tengku Rayyan mengambil tempat disebelah Aina Sofea lalu memaut bahu gadis itu. Encik Kamil yang sudah bersiap pakai baju melayu turut menyertai mereka. Encik Kamil menarik tangan Tengku Hakim masuk ke dalam rumah.

Aina Sofea dan Amelia Sudah menghilangkan diri ke dapur. Tengku Rayyan mengambil tempat disebelah bapa mertuanya.

"Raykal mana pakngah?" Soal Tengku Rayyan yang pelik dengan ketidakhadiran sepulunya disitu.

"Ada dalam kereta. Dia kata nanti dia da..." Sebelum sempat Tengku Hakim menghabiskan kat ayat ada suara yang memberikan salam. Tengku Raykal masuk ke dalam rumah dengan tersengih-sengih. Di kepala lelaki itu ada sedikit darah mengalir.

Gemuk VS Mafia (Complete)Where stories live. Discover now