xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.

Start from the beginning
                                    

Tiba-tiba, dia terasa bahunya dicuit. Yeoreum menoleh lalu wajah Jimin mendekat dengan wajahnya membuatkan Yeoreum tersentak.

"Kau okay tak?", soal Jimin dengan volum yang agak kuat untuk menandingi muzik yang berdentum. Matanya memandang tepat mata Yeoreum. Nada suaranya jelas kedengaran risau.

Yeoreum hanya mampu mengangguk kecil sambil bibir menampal senyuman.

"Betul ni?", soal Jimin lagi. Yeoreum hanya mengangguk lagi. Kemudian, Jimin melepaskan sebuah keluhan sebelum memandang sekeliling, seolah-olah mencari sesuatu.

Tangannya mencapai tangan Yeoreum. "Kita keluar kejap.", Jimin memberi cadangan. Yeoreum hanya mampu menurut kerana mindanya tidak mampu memproses apa-apa sekarang.

"Jimin... Aku okaylah...", ujar Yeoreum perlahan apabila mereka tiba di luar bangunan itu. Jimin mendudukkan Yeoreum diatas sebuah bangku. Tiba-tiba, Yeoreum menutup matanya dengan erat kerana peningnya datang kembali.

"Kau pening ke?", tanya Jimin. Dia menyerahkan sebotol air mineral kepada Yeoreum. "Minum ni.", Yeoreum pun mencapai botol air mineral itu lalu meneguknya. "Nak Panadol? Aku ada bawa."

Pantas kepala Yeoreum menggeleng. "Tak apa. Nanti hilanglah.", balas Yeoreum.

"Kau nak pergi makan dulu tak?", ujar Jimin. Dahi Yeoreum berkerut.

"Shooting?"

"Shooting dah lama habis, cik Han Yeoreum. Kau yang tak sedar.", balas Jimin. Yeoreum kelihatan keliru membuatkan Jimin menggelengkan kepalanya.

"Jom. Kau nak makan apa?"

•••

Mulut Yeoreum ternganga kecil apabila melihat dimana mereka kini. "Kau tunggu apa lagi? Masuklah, parking kereta.", kata Jimin sambil menjuihkan mulut ke arah pagar yang terbuka. Yeoreum hanya mampu menurut sebelum memarkirkan Lexus LC 500 itu di garaj berhadapan rumah banglo dua tingkat milik Jimin.

Enjin dimatikan dengan perlahan, minda Yeoreum masih tidak mengerti kenapa dia disuruh memandu ke sini. Tiba-tiba, bunyi tingkap diketuk membuatkan Yeoreum tersedar. Jimin memberi isyarat supaya Yeoreum turun.

Yeoreum pun menanggalkan tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta. Mereka berjalan beriringan ke dalam rumah banglo itu.

"Tapi... Bukan kau kata kita nak pergi makan ke?", tanya Yeoreum. Jimin menganggukkan kepalanya.

"Memang kita nak pergi makan pun." ujar Jimin. Yeoreum menggaru keningnya.

"Tapi... Ini rumah kau. Bukan tempat makan."

"Ini je tempat makan paling senyap yang boleh aku fikirkan.", balas Jimin. Dia menghempaskan badan ke atas sofa di ruang tamu. iPhone XR ditarik keluar dari dalam poket seluar jeans. Yeoreum turut duduk diatas sofa, mindanya masih tidak mengerti akan ayat Jimin.

"Apa maksud kau dengan tempat makan paling senyap?"

"Kau nak makan apa?", jelas Jimin tidak menjawab pertanyaan Yeoreum, pandangannya fokus kepada skrin telefon bimbit, jari laju menaip dan menyeret skrin. "Pizza? Eh... Kita baru makan pizza.", ujar Jimin sendiri.

"Pesanlah kau nak makan apa.", Jimin tersenyum ke arah Yeoreum. Pandangan Yeoreum alih buat seketika, berfikir.

"Burger King?", ujar Yeoreum dengan teragak-agak.

"Call.", ujar Jimin. Dia mula menaip sesuatu dan menekan skrin. "Nanti dia delivery.", kata Jimin sambil menayang skrin telefon bimbitnya kepada Yeoreum.

Yeoreum masih tidak mengerti. "Kenapa kita pesan delivery? Kita boleh je makan dekat luar...", tanya Yeoreum. Jimin tersenyum segaris ke arah Yeoreum.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now