Hanya deruan angin sahaja kedengaran. Fyira sudah jatuh terduduk sambil menekup muka. Lessie, Camelia dan Luth diam membantu. Kyle pula sedang memapah Calvin. Mereka kaku seperti patung.

"Nyea!" raung Keith seraya air mata menitis jatuh pada wajah mulus gadis itu. Suara Keith telah memecah kesunyian yang melanda. Setiap air mata yang jatuh telah membawa keluar segala secebis kenangan yang ada!

       "Hurm... suka hati kaulah... aku sudah penat tahu?"

"Good girl, nak aku temankan kau balik ke?"

"Tak perlu..."

"Okay aku teman!" Balas Keith laju.

"Bila masa aku suruh kau teman! aku cakap tak perlu!" Nyea melirikkan pandangan tidak puas hati. What the hell? aku tak suruh dia teman pun!

"Tadi... aku dengar kau cakap perlu"

"Ish, mana ada!"

"Ada!"

"Ugh! jangan ikut aku!"

"Yep, aku ikut juga!"

Nyea mengemam bibir. Keith tersenyum sumbing seraya menyilangkan tangan ke dada. Dia berlagak santai. Okay, makhluk berambut merah di hadapannya ini memang menyakitkan hati! Rasa nak lempar je ke bawah. Biar pecah berderai! Nyea berhenti lalu pusing menghadap Keith.

"Jangan ikut aku!"

"Okay, aku ikut,"

Keith menatap sayu wajah Nyea. Tiba-tiba dadanya rasa sungguh perit. Sakit! Bila kehilangan insan yang disayangi! Depan mata. Di pangkuan dan di tangannya sendiri, Nyea pergi.

"Nyea jangan tinggalkan aku ... Nyea bangunlah." sayu dia bersuara.

       "Tada! Aku ada, kalau nak ambillah. Aku tak kisah,"Sepotong kek terhidang di hadapan mata. Kek itu sebijik macam tadi! Adakah kek tiruan?

"Sebab benda ni je kau nak menagis?" Sambung Keith lagi sambil tergelak kecil. Dia mengerakan pinggan ke kiri dan ke kanan. Anak mata Nyea bergerak seiring dengan pergerakan yang dilakukan oleh, Keith.

"Keith...m-macam mana kau dapat?"

"Eh, adalah! Kalau kau nak jangan banyak bunyi." Keith tersengih sumbing.

"Hmm...."

"Kau ni, benda macam ni pun nak menangis? lawak betullah. Dah... takpayah nak jadi budak kecil sangatlah." lengan baju Nyea ditarik supaya bergerak sedikit. Perlahan Keith mengelap tubir mata yang berair.

Keith menarik nafas dalam. Rambut merah disisir ke belakang seraya mendongak atas.  Benda putih tiba-tiba jatuh dari langit mengenai wajahnya. Sejuk dan mula mencair. Semakin lama semakin banyak. Seperti hujan renyai yang turun. Namun begitu, Keith tidak peduli. Dirinya masih dipenuhi memori-memori. Teresak-esak dia menagis.

"Ah, kau buat apa dekat dalam bilik aku ni?" badan mengeliat kecil.

"Kepala otak kau bilik! Kita dekat akademi lagi ni. Kau tidur tak ingat dunia. Mimpi apa huh?"

"Erm ... entahlah." mata dipejam kembali. Badan melentok jatuh ke atas sofa. Mujur Keith cepat-cepat bangun. Nyea terlepik di situ. Kelihatan dia sungguh letih.

"Aku rasa kau terlebih tidur ni."ujar Keith sambil menepuk dahi. "Nyea, bangun! Aku nak balik ni."

"Bangunlah! Aku hantar kau balik." kejut Keith lagi. Nyea membalas dengan bunyi dengkuran kecil. "Eii geramnya aku!" sakit jiwa Keith dibuatnya. 

Mutiara jernih kembali tumpah tetapi dia tersenyum teringat secebis memori yang Nyea tinggalkan. Mahu tergelak pun ada tapi dia tidak mampu. Dia hanya mampu menitiskan air mata berharga tika ini. Semangatnya hilang bagai ditiup angin. Separuh jiwanya melayang entah ke mana.

"Hmph! Kau nak buat apa!" Marah Nyea. Mata tajam menikam anak mata merah.

"Apa? apa? aku nak kejutkan kau jelah. Jangan nak fikir bukan-bukan!" bidas Keith dengan nada yang dikawal.

Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Terkebil-kebil lihat sekeliling yang tidak ada pelajar lain. Hanya tinggal mereka berdua saja. "Huh? mana yang lain?"

"Tidur macam nak mati. Padan muka kena tinggal. Mereka semua dah pergi Colloseo. Dah jom."

"Habis itu kenapa kau dekat sini lagi?" suara Nyea bertukar dingin. Muka dipaling ke sisi.

"Kau marah lagi?" Sebakul coklat diletakan di atas meja. Nyea kembali pandang ke depan dan air liur diteguk perlahan. Bersinar mata memandang. Benda paling lemah bila ada di hadapan mata!

"Hm ... apa ni?" soalnya buat tak tahu.

"Buta ke itu kan coklat."

Permukaan tanah hampir dilitupi salji. Apabila salji turun semakin tebal, barulah mereka bergerak mahu pulang kerana cuaca kian sejuk! Puas mereka pujuk Keith supaya balik ke kubu. Tetap Keith tidak mahu. Sampai dia kata sanggup mahu mati kesejukan bersama Nyea di situ!

Keith mengendong tubuh Nyea. Dia agak ketinggalan sedikit ke belakang. Tidak jauh dari depannya ada, Luth. Mereka terbang  pulang ke kubu. Membawa berita gembira dan berita sedih. Riak wajah masing-masing kelihatan muram. Tidak percaya yang mereka kehilangan Raja Willys, Nyea dan ribuan nyawa tentera pari-pari. Benda ini berlaku begitu pantas! Terasa semua ini mimpi!

Dahi berkerut menampakan kedutan. Keith berhenti dari bergerak. Terasa ada yang memegang lengannya. Segera dia memandang tubuh tanpa nyawa Nyea. Ada sesuatu yang memeranjatkan Keith! Tubuh Nyea seperti memegang lengan Keith!

Tetapi kaku!

Keith pusing ke belakang. Bebola mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Mana tahu ada makhluk lain yang mengacau. Namun begitu, tidak ada apa-apa pun di situ. Keith meneguk air liur.

" Hmm ... perasaan aku je rasanya. Tak mungkin Nyea. Sedangkan dia pergi depan mata aku. Nak kata ada yang mengekori siapa je yang tinggal?" tidak mahu berfikir panjang dia meneruskan perjalanannya yang tergendala sebentar tadi. Tanpa dia sedar ada yang memerhati.





"Aku ... aku dah mati?" katanya seraya menadah tapak tangan. Salji putih jatuh menembusi telapak tangan. Sudah terang lagi bersuluh, sah dia sudah mati!


 Sudah terang lagi bersuluh, sah dia sudah mati!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









                                 😢

Maaf saya lambat update untuk chapter ini sebab line lembab macam ciput.
Ingat kn nak buat ni last chapter tapi tak jadi. Okay ada next chapter lagi🙁















Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now