36. NYEA? BETUL KE?

5.1K 431 10
                                    

  Dua lubang mengembang apabila terasa sesuatu seperti gatal. Jari-jemari merayap lalu meneyeh perlahan bumbung dua lubang. Setelah lega dan hilang rasa gatal, tangannya dialih menindih ke muka. Hidung mancung merah dek tenyehan tadi.

Badan berkalih ke kanan, tetapi ada sesuatu yang melilit di pingangnya. Dalam keadaan bingung dan mamai, mata dibuka perlahan. Tangan seseorang telah menjadi tatapan mata. Dia menoleh ke sisi.

Kyra sedang tidur dengan nyenyak menjadi tatapan mata. Nyea memerhati dengan riak kosong. Dalam kepala, enjin otaknya sedang berkerja dengan keras, menghadam dengan apa yang dilihat sekarang.

Buat seketika ... Dia merenung wajah Kyra. Lama. Seolah-olah dia tidak kenal! Muka wanita itu seakan penat. Tiba-tiba mata bulatnya mengerlip .

Nyea seperti baru tersedar dari sesuatu. Segaris senyuman terukir cantik di bibirnya. Perlahan dia mengiring ke kanan sebelum merapatkan diri ke, Kyra.

"Nyea dah balik ke?" ujarnya sendirian. Tangannya diletakan pada pipi mulus Kyra dengan perlahan. Sempat dia mencubit, dan sengihan mula melebar di wajahnya.

Dia benar-benar dapat merasa pipi Kyra. Ini bermakna dia sudah balik! Hatinya menjerit kegirangan. Kakinya seperti mahu menari saja masa ini! Mahu menjerit, takut Kyra terjaga dari lena pula nanti.

Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Tubuh langsing Kyra dipeluk dari sisi. Kelopak mata terturun perlahan ke bawah. Dia agak mesti Kyra ni risau gila nak mati sewaktu dia hilang.

Kyra memang begitu. Dia seorang yang tegas. Ada masa dia marah bagai singa dan ada masa Nyea diterlalu manjakan! Kyra menjaga Nyea bagai menatang minyak yang penuh. Jika luka sedikit di kulit Nyea pasti dia akan berubah panik.

Meskipun Kyra hanya penjaga, Nyea dilayan seperti ahli keluarga. Dia boleh jadi ibu, dia boleh jadi seperti bapa dan kadangkala dia boleh jadi seorang kakak. Kyra beri segala-galanya dengan cukup. Hidupnya terasa lengkap! Nyea bersyukur sangat kerana adanya Kyra di sisi.

   Desiran hujan kedengaran turun dengan lebat. Bunyi guruh bersahut-sahutan kuat. Nyea kembali membuka mata akibat terkejut dek dentuman petir. Kyra masih lagi dalam lena. Tubuh digerakan sedikit ke depan lalu mengeratkan lagi pelukan di pingang Kyra. Tidak lama kemudian, Nyea lena kembali dihanyut mimpi.

SETELAH menjejakan kaki ke tanah, langkah diaturkan menuju ke arah kelas. Mata-mata yang tertumpu padanya membuatkan dia rasa tidak selesa. Pelajar akademi asyik melihat sedari tadi.

Riben akademi diperkemaskan sedikit, mengusir rasa tidak selesa yang melanda dirinya. Anak tangga didaki laju tanpa menoleh depan, kiri dan kanan. Sedar tak sedar dia merempuh seseorang setelah tiba di tangga terakhir.

"Aduh! "

"Maaf, Nyea? Kau ke!"

Belum sempat dia mahu mengangkat muka. Jari runcing, menarik lengannya ke dalam dakapan. Tubuhnya dipeluk erat. Nyea terkaku buat sesaat.

"God! Ini betul-betul kau bukan?" ujar gadis berambut separas bahu. Air mata sudah bertakung di tubir, lantas wajah disembamkan ke bahu.

"Hahaha ... akulah ni. Aku dah balik. Fyira lepaskan aku ... Boleh mati tak bernafas aku tahu tak?"

Terus saja dakapan dileraikan. Jari mengesat laju air mata yang tumpah. Tersenyum lebar dia melihat gadis dihadapannya.

"Ahli Elite tak beritahu apa-apa pun pasal kau."

Fyira berkata dengan tidak puas hati tatkala mereka berdua melepasi kelas pangkat satu. Bahu diangkat sebagai balasan soalan Fyira.

Saat mereka lalu mahu melepasi kelas pangkat tiga, Victoria kebetulan mahu masuk kelas. Wajah berpaling ke sisi berserta pakej mulut tergangga besar. Nyea hanya buat bodoh dan tidak nampak.  

Bam!

Victoria jatuh terduduk di atas lantai dek terlangar pintu kelasnya. Fyira terpandang tanpa sengaja sudah menahan gelak manakala gadis disebelahnya mengekek ketawa.

Gadis rambut merah jambu mencerlung tajam tatkala mata mereka bertembung tepat ke dalam anak mata masing-masing. Situasi tegang dapat dirasai. Victoria semacam mahu naik angin.

Belum sempat saki-baki ketawa dihabiskan lagi, Fyira sudah merentap tangan Nyea lalu dibawa beredar dari situ.

"Bodoh, muka cantik tak guna bila jalan langgar pintu." Nyea berdekah ketawa selepas menghabiskan ayat. Fyira hanya mengeleng kepala. Mulut bukan main!

Kakinya laju melangkah tatkala pintu kelas dibuka. Semua pelajar menoleh dengan riak terkejut dan tidak percaya. Dengan semangat membara, Nyea menjerit "Selamat pagi" dengan lantang.

Selamba badak dia berjalan sambil melompat-lompat sehingga menimbulkan rasa hairan kepada yang melihat. Gembira betul dia ni.

Fyira menarik kerusinya ke sisi menghadap Nyea apabila gadis itu melabuhkan punggung. Aron berdiri lalu menarik kerusi mendekati Fyira.

"Betul ke ini, Nyea?" bisik Aron kepada Fyira sebaik sahaja dia duduk.

"Betullah ni. Habis kau fikir siapa?"

"Tak ada yang bawa akhbar pun tentang dia balik?"

"Ha ah ... Ahli Elite pun tak ada cakap apa-apa. Mr. Dell pon sama. Aku terserampak dia dekat tangga tadi."

"Kau tak rasa dia pelik?"

Sebuah buku mendarat kemas di atas kepala Aron. Fyira menarik muka ke belakang. Lelaki itu terkejut lantas kerusi terjungkit sedikit dan dia jatuh terlentang ke belakang. Pelajar kelas itu mula meledakan tawa. Riuh sekejap kelas itu.

"Hello? Kau fikir aku tak dengar apa yang kau cakapkan? Ha, padan muka!" sebijik penumbuk di awang-awangkan ke udara, gayanya seperti mahu pukul orang.

Aron bangun setelah dibantu oleh Fyira. Kerusi diperbetulkan seraya kembali duduk.

"Maaflah ... Lupa kau ada dekat situ. Adui, sakit tahu tak?"

Nyea tersengih kemudian lidah terjelir mengejek, Aron. Lelaki itu hanya menarik muka ketat, tidak mahu melebih.

"Nyea macam mana kau balik?" Fyira menyoal serius. Aron mengangguk laju, mahukan jawapan yang sama.

"Semua risaukan kau. Kami cari diserata tempat dekat kawasan sungai tahu?"

Nyea terdiam sejenak mendengar soalan Fyira dan Aron. Tangan kiri menongkat dagu. Wajah mereka dipandang dengan silih berganti. Helaan nafas dilepaskan.

"Kalau aku cerita ni, mesti susah nak percaya."

"Cerita apa?" tanya Fyira lagi.

"Hmm ...."

"Cepatlah Nyea! Aku nak dengar ni! Macam mana kau balik!" Aron mendesak dengan suara yang lantang. Pelajar lain beralih pandangan dan menunjukan minat kepada mereka. Nyea menjengilkan mata mahu menelan Aron. Kecoh!

"Okay, ceritanya macam ni ...." Ramai pelajar berkumpul di sekeliling. Fyira mendekatkan lagi mukanya dan begitu juga dengan Aron. "

"Ah! Tak payahlah nanti semua tak nak percaya!" sambung Nyea. Masing-masing menayangkan muka tidak puas hati. Helaan nafas kecewa kedengaran ditelinga Nyea.

"Ceritalah, Nyea ." Fyira memujuk.

"Sekejap lagi dah masuk waktu pembelajaran.  Aku nak tahu sangat ni." balasan Aron disahut pelajar yang lain. Mereka mensetujui kata-kata Aron.

"Okay, aku cerita tapi ini rahsia untuk kelas ini je. Setuju? Janji?"

Mereka semua berpandangan diantara satu sama lain. Nyea menanti balasan dari mereka. Tidak lama itu, mereka setuju dan mengikat janji dengan Nyea.

"Sebenarnya ... Aku ...."

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu terbuka. Ayat Nyea berakhir di situ. Pelajar lain semua memandang ke arah pintu termasuklah Nyea. Air liur diteguk perlahan. Harez tercegat bersama rotan di muka pintu!

"Sekarang ini waktu saya! Kenapa tidak pergi ke, Colloseo! Kamu semua di denda! " bagaikan terkena panahan petir, mereka semua terkedu. Aduh, bagaimana pula mereka boleh lupa!




Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum