39. LAGI SATU HARI

5K 411 31
                                    

Dedaun pintu dihempas kuat lantas ia dikunci sepantas kilat. Tubuh disandarkan ada pintu. Dellson meletakan Nyea di atas sofa ruang tamu. Mata gadis itu membundar melihatnya. Fyira melabuhkan punggung di sisi. Anne menyandarkan badan pada dinding. Keadaan menjadi hening sehinggalah  Kyra menarik nafas sebelum berlalu pergi.

Tidak lama kemudian, dia kembali membawa ubat ditangan. Kyra duduk melutut berhadapan Nyea. Tanpa sebarang patah perkataan yang keluar, buku lali Nyea dipegang. Kesakitan meresap menusuk ke dalam urat saraf tatkala Kyra memicit bahagian sakit. Nyea hanya mampu menjerit!

"Okay, cerita apa yang jadi." tanya Kyra kepada Dellson. Lelaki itu membentulkan kedudukan mata, seraya melirikan padangan kearah Anne.

"Mereka sudah tahu siapa Nyea. Raja pari-pari putih melakukan pemeriksaan terhadap semua pelajar. Kawalan disana sungguh ketat. Kami terpaksa meredah keluar dari akademi." terang Dellson ringkas, cukup difahami oleh Kyra.

Mendengar ulasan lelaki itu, jari Kyra terus mengurut dahi. Tidak tahu dia mahu memberi reaksi apa. Dia kehilangan kata-kata. Sungguh dia tidak menyangka ini semua akan terjadi. Nyea memerhati Kyra dari sisi. Dalam hati dia menjadi serba salah kerana telah menyusahkan ramai pihak.

"Nyea minta maaf." ucap Nyea secara tiba-tiba. Kepala tertunduk ke bawah. Kaki berbalut menjadi tatapan mata.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Fyira menyoal. Belakang badan Nyea digosok perlahan.

"Sebab dah banyak menyusahkan semua pihak." dia terkenangkan semasa dia hilang tempoh hari. Baru saja dia balik, datang lagi satu bala!

"Tak ... Nyea ... Ini bukan salah kamu. Kita pun tidak jangka benda ini akan berlaku. Dalam hal ini tak ada siapa yang salah." Kyra mengusap kepala Nyea. Sebelah tangan lagi nengengam jari Nyea. Senyuman terlakar diwajahnya.

Dellson bersandar pada dinding. Kaca mata dibuka perlahan. Mereka dipandang satu persatu sebelum berkata. "Aku rasa dah sampai masa untuk bawa dia ke sana."

"Hmm ... Aku pun fikir macam itu juga ...."

Gadis berambut kuning tepinga-pinga mendengar ayat mereka berdua. Dia dirundung rasa pelik! Tidak faham apa yang mereka cakapkan.

Pintu diketuk bertalu-talu menyentakan mereka semua. Mereka berbalas pandangan sesama sendiri. Ketukan itu semakin lama semakin kuat! Adakah kedudukan mereka ini telah diketahui? Hal ini, mereka teragak-agak mahu membuka pintu.

"Hey! Bukalah pintu! Ini akulah!" pekik Harez diluar. Helaan nafas lega meniti di bibir mereka. Anne berjalan ke arah pintu, tombol dipulas dan terpacul wajah Harez di sebalik dedaun pintu.

"Ada yang mengekori?"

"Tak Anne, aku dah uruskan semuanya. Tapi kita tak boleh duduk di sini lama-lama."

"Jangan cakap yang kita akan ...."

"Ya, Kyra! Kita akan bergerak balik ke sana. Tapi macam mana dengan Fyira? Aku rasa dia mungkin ditangkap juga."

Nyea meneguk air liur berkali-kali apabila mendengar ayat Dellson. Okay, dia tidak mengerti apa yang mereka bualkan sekarang ini. Mereka mahu balik ke mana sebenarnya ni? Dia menoleh ke sisi. Perbincangan tanpa tajuk di antara mereka menjadikan Fyira juga terpinga-pinga.

"Bawak dia." celah Kyra.

"What?"

Balas Anne dan Dellson hampir serentak manakala Harez hanya mengerut dahi. Fyira tercengang. Jika bawa Fyira ke sana adakah mereka di sana akan terima kehadiran gadis itu?  Kemungkinan besar ya dan tidak! Perempuan itu mengalihkan pandangan ke tempat lain dikala  mata bertentangan.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Onde histórias criam vida. Descubra agora