29.FOBIA?

5.1K 438 6
                                    

AIR jernih mengalir tenang. Ikan-ikan berenang mengikut arus air. Ia lari daripada ditangkap dan menjadi makanan pada si pari-pari. Nyea duduk meningung. Mata tertacap pada pari-pari lain. Mereka sedang menangkap ikan di sungai, kecuali dia di sini.

Entah mengapa, dia tidak berani mahu masuk ke dalam sungai. Tidaklah dalam sangat, boleh dikatakan paras pinggang? Dia cuma takut!

Mata dilirikan ke seluruh tempat. Sepuluh pari-pari sedang leka menangkap ikan. Hasil tangkapannya tidaklah terlalu banyak. Bolehlah daripada tak dapat langsung. 

Sambil itu, dia mengira bilangan ahli kumpulannya. Jari tidak berhenti menunding ke arah mereka. Nyea mengerutkan dahi. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena! Nyea kembali mengira.

Jumlah semua sekali sepuluh tetapi sembilan! Ini bermakna salah satu daripada mereka tidak ada! Dia membilang sekali lagi, dengan tidak berpuas hati. Tak akanlah dia tak reti kira pula.

Setelah puas kira tapi tidak cukup, dia terus berdiri dari duduk menimggung. "Mana Fyira?" Nyea menyoal  mereka. Anak mata meliar.

"Dia cakap nak ke sana, sekejap." balas gadis bernama Bella dan disokong oleh rakan yang lain. Semua memandang ke tempat yang ditunjukan.

"Okay, terima kasih! Kamu semua jangan tinggalkan tempat ini. Tunggu aku datang nanti." pesan Nyea dan terus beredar mencari Fyira.

God! Fyira buat apa pergi sana! Setahu Nyea, bukankah tempat itu paling dalam sekali? Tak sepatutnya Fyira ke sana.

DIA meraup muka beberapa kali. Kaki berjalan ke hulu dan ke hilir. Nafas ditarik sedalam mungkin. Violet dihadapan hanya diam memerhati.

"Kau sudah melampau, Violet!" nada suara Fyira meninggi kuat. Rambut depan disisir ke belakang.

"Apa yang aku buat ni betul. Yeah!" bidas Violet. Pandangan Fyira dibalas dengan jelingan.

"Tapi tak akanlah sampai kau mahu rapat dengan Victoria?" 

"Apa salahnya jika aku berkawan dengan dia? Kau cakap, apa yang salah!"

"Hmm, tapi kenapa mesti dia! Bukankah ada ramai lagi? Aku tahu kau marah sangat dekat Nyea!"

Violet menampak ke hadapan dengan muka menahan amarah. Fyira mengundur ke belakang. Wajah Violet kelihatan serius di matanya.

" Lagi bagus daripada berkawan dengan penipu ...." balasnya kedengaran agak sinis. "Pandai betul dia berlakon depan kita. Eh, bukan kita malah semua!" sambungnya lagi.

Fyira terdiam mendengar kata-kata sahabatnya yang satu ini. Rasa sedih mula menyelubungi dirinya. Mahu menangis pun ada, tapi dia tidak pernah tunjuk dekat tempat terbuka. Dia seorang yang suka bersendirian dikala sedih. Dia akan duduk dibilik dan menagis semahu-mahunya!

"Kau ... Dah berubah Violet. Mana diri kau yang dulu? Sampai hati kau tikam belakang, Nyea? Padahal dia sahabat susah dan senang kita! Dia banyak membantu! " Fyira mengudur ke belakang apabila Violet mendekati.

"Yeah, tapi itu dulu dan bukan sekarang! Aku tak dapat terima kenyataan yang dia itu ... Fyira! Hati-hati!" Violet membulatkan mata ke bawah. Gadis itu berdiri di tebing sungai.

Tanpa sempat dia berbuat apa-apa, kaki Fyira terlebih dahulu tergelincir kerana agak lincin sedikit. Fyira terkedu. Tubuhnya melayang ke belakang.

Violet mahu mencapai lengan Fyira tetapi tidak sempat. Gadis berambut pendek jatuh menjunam ke bawah.

"Fyira!" jeritnya cemas. Kelihatan gadis itu sudah tergapai-gapai di bawa arus sungai yang deras. Dia tergamam seketika.

Nak terjun? Violet tak pandai  berenang. Takut dia pula yang lemas! Tepat pada masanya, Nyea pula muncul. Gadis berambut kuning mendekati.

"Nampak, Fyira?"

Violet hanya diam tetapi tangannya menunjuk ke dalam sungai. Seakan faham dia terus berlari mendekati tebing.

"Fyira! Macam mana dia boleh jatuh!" ujarnya cemas. Kelihatan Fyira tergelam timbul di bawa arus air deras.

"Bukan salah aku! Aku tak tahu berenang, aku cari bantuan sekarang!" Violet mula diserang panik. Tak sempat Nyea mahu membalas. Violet sudah lesap mencari kumpulan Elite yang lain.

Kuku digigit. Nyea menanti dengan debaran. Peluh dingin mengalir ditepi dahi. Hatinya resah. Lutut mengeletar bagai mahu tercabut! Air liur diteguk berkali-kali.

Perlukah dia terjun masuk ke dalam sungai itu?

Peristiwa lalu membuatkan dia takut untuk masuk ke dalam sungai, sebab itulah dia tidak turut serta dalam menangkap ikan tadi. 

"Fyira!" jeritnya lagi. Kelibat Fyira sudah tidak nampak dari mata. Dia sudah hilang! Nyea bertambah gelisah. Hatinya bergelora mahu terjun ke sungai ataupun tidak! 

Mata dipejam sambil memekik "Argh! Lantak! Fyira bertahan, aku datang ni!"

Mahu tak mahu dia terpaksa berlari selaju mungkin.  Nyea mengetepikan perasaan fobia yang bertapak dalam dirinya sejak kecil lagi. Dia akan redah! Demi nyawa Fyira!

Air sungai terpercik kuat dek terjunan Nyea. Dia menyelam jauh ke bawah. Hati berdebar-debar. Risau! Mata diliarkan ke serata tempat mencari kelibat Fyira.  Pipi mengembung menahan nafas. Dia harus bertahan! waima nafas tidak mencukupi.

Kelibat Fyira, dia terpandang. Lantas, tangan dan kaki bergerak sepantas mungkin. Tiba beberapa meter dari jarak Fyira, nafas tidak tertahan lagi. Oksigen sudah berkurangan.

Buih-buih keluar dari hidung dan mulut tatkala nafas dihembus. Dada Nyea mula menyempit dan tenaga kian mengurang! Rasa ketakutan terhadap air sungai mula menyelubungi dirinya! Nyea panik!

Apabila menghampiri, cepat-cepat dia mencapai lengan Fyira. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri lagi.

Kepala didongakan ke atas. Biasan cahaya pada permukaan dipandang sebelum kaki ditujah ke atas. Dia berenang dengan mengunakan saki-baki tenaga yang ada. Sebelah tangannya memaut erat tubuh Fyira.

Harapannya supaya cepat sampai ke permukaan kerana dia sudah tidak tahan! Otaknya sudah berfikir macam-macam. Dia takut. Takut teramat sangat peristiwa lalu bakal berulang sekali lagi!

KEITH, Calvin dan Kyle lekas berlari menuju ke sungai. Luth dan si kembar terkejar-kejar mereka bertiga dari belakang. Riak cemas jelas terpapang di wajah mereka. Terkejut juga dia dapat berita ini.

"Violet, kau kata tadi Nyea ada? Mana dia?" Keith menyoal.

"Memang dia ada tadi!  Tak akanlah dia terjun! Dia takut air sungai! Ada fobia!" Violet paling ke sisi. Sungai tenang dipandang sepi.

"Takut air sungai?"

Violet mengangguk laju sebagai tanda balasan persoalan Calvin. Kyle hanya diam membantu.

"Macam mana boleh ada dekat sini? Bukankah dilarang!" Keith tiba-tiba meninggikan suara. Rambut merah diramas kasar. Bahu Violet terhinjut kerana terkejut. Wajah Keith sungguh marah!

"Aku ... aku ...." Violet tertunduk. Dia kehilangan kata-kata. Tidak tahu macam mana mahu menjawab. Dia akui memang salah dia dan Fyira! Kaki gatal sangat mahu ke situ. Macam tak ada tempat lain!

"Sudah, simpan ayat kau Violet, aku nak kau cerita lepas ni. Keith, Kyle ... jom kita pergi cari mereka!"

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now