+22+

1.3K 169 37
                                    

<< Hospital >>

Jihoon menjeling Sunghyun tajam sambil mengusap kepalanya yang berbenjol akibat terkena balingan dari Sunghyun. Dia baling cawan gais nasib baik bukan kerusi.

"Woi minta maaf la"

"Tak nak aku minta maaf kat kau, dah kau tuduh aku macam tu memang layak la kena" Sunghyun membuat hidung khinzir, mentang-mentang tahun ni tahun natei pink engko berani biat macam tu ye.

"Aku terkejut la masa tu" backup Jihoon.

"Ahh takde-takde"

Belum sempat Jihoon ingin membalas, seorang doktor perempuan keluar dari wad dan tersenyuk manis kepada mereka berdua.

"Kamu berdua ahli keluarga dia?" Soal doktor itu.

"Saya penjaga dia yang pendek ni kawan dia" ujar Sunghyun dan akhirnya mendapat pijakan kaki sekuat hati dari Jihoon.

"Rasakan ni Sunghyun tak guna!!!" Jerit batin Jihoon.

"Soonyoung hanya mengalamai tekanan sahaja jangan risau esok dia boleh discharge tapi buat masa ni dia kena duduk kat wad dulu" kata doktor itu panjang lebar.

"Ahhh terima kasih doktor"

"Saya minta diri dulu ye dan jangan buat bising sangat" pesan doktor itu sebelum dia pergi menjalankan tugasnya merawat pesakit lain.

"Kau masuk la, aku nak balik esok kerja" Jihoon menilik jam ditangannya. Sudah pukul 12 pagi.

"Hmm yelah thanks tolong aku walaupun sebenarnya kau takde tolong apa-apa pun"

"Eh aku banyak tolong ok!!"

"Nipu ke kerja kau!! Dah pergi balik!! Budak kecil tak elok ada kat luar pagi-pagi macam ni!" Jihoon memandang Sunghyun sedalamnya.

"Eleh tinggi aku dengan kau lebih kurang sama je"

"Tapi tinggi aku dikira paling normal bagi perempuan" balas Sunghyun berdas-das.

"Haish suka hati kau la penat aku nak gaduh dengan kau ni, dah chaw!" Jihoon terus berlalu pergi tanpa mengedahkan jeritan dan lambaian dari Sunghyun.

"Tch sombong -,-" hilang sahaja kelibat Jihoon, Sunghyun masuk ke dalam wad itu. Kelihatan Soonyoung yang tidur di atas katil selepas diberikan ubat sebentar tadi.

Sunghyun duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak hospital, dia memandang wajah Soonyoung dengan lama.

Dia sebenarnya keliru dengan apa sebenarnya yang terjadi petang tadi. Tiba-tiba Soonyoung meracau tanpa sebab.

"J-jangan..." Soonyoung mengerutkan dahinya, dia meracau lagi.

"Hye shh" Sunghyun memegang tangan Soonyoung, cuba menenangkan lelaki itu.

"J-jangan tinggalkan saya.." ujar Soonyoung bersama esak tangisannya.

Sunghyun mengelap air mata Soonyoung yang semakin deras jatuh ke pipi.

"Tak. Saya takkan tinggalkan awak. Dah tidur ye" ujar Sunghyun lembut.

Tiada apa-apa respons dari Soonyoung itu menunjukkan bahawa lelaki itu sudah sambung tidurnya.

Sunghyun menongkat dagunya, dia tak faham dengan perasaannya sekarang ni. Dia macam pernah rasa yang dia pernah berjumpa dengan Soonyoung pada waktu dahulu tapi dia tak ingat.

Dia pasti dia kenal Soonyoung, tetapi entah la dia tak begitu pasti.

"Siapa sebenarnya kau ni Soonyoung?"

+++

<< Amerika >>

"Yeahhhhh lusa balik Korea!!!" Kata seorang lelaki berumur 20-an. Semua bagasinya yang kosong sudah dia sediakan.

"Iyee sabar la, omma tau kamu tak sabar jumpa dia" diusap lembut rambut anaknya yang berwarna coklat itu.

"Omma!! Rambut Soonyoung warna apa? Mana tau sama boleh jadi satu geng" soal lelaki itu riang.

"Rambut dia warna hitam"

"Alah apa ni warna hitam, patutnya warna coklat dah tak jadi satu geng ;-;" lelako itu memuncungkan mulutnya.

"Jangan nak mengada la!!" Pn.Kwon mencubit pipi lelaki itu.

"Tapi kita rindu Soonyoung yang lama"

"Jangan risau Yuri ada bagitau omma yang hyung kamu semakin baik tak lama lagi sembuh la dia" jawab Pn.Kwon cuba mengembirakan anaknya. 

Dia tahu yang anak bongsunya ini lebih sayangkan Soonyoung dari segalanya, maklum la sehati sejiwa la katakan.

"Jadi balik nanti kamu nak bagi dia apa?"

"Mainan!! Dia suka mainan sebab tu orang borong banyak hehew"

"Haish suka hati kamu la janji kamu dengan dia bahagia" Pn.Kwon menggelengkan kepala lalu meninggalkan anak terunanya itu busy mengemas barang.

Dari tengok anak dia mengemas lebih baik masak.

Tn.Kwon mula menghampiri anaknya itu, senyuman manis diberikan.

"Kamu rindu Soonyoung ye?" Soal Tn.Kwon.

"Of course!! Dah berapa bulan orang tak jumpa dia! Busy la katakan" jawab lelaki itu yang masih ralit mengemas mainan yang untuk dibawa balik ke Korea nanti.

"Kamu tak marah kan duduk kat sini seorang diri? Dan omma dengan appa jarang vc kamu" lelaki itu senyum nipis.

"Tak marah cuma terkilan tapi orang faham yang omma dengan appa ada tanggungjawab lagi besar sebab kena jaga Soonyoung jadi orang ok jelah" Tn.Kwon tersenyum mendengar jawapan dari anak bongsunya.

"Takpe nanti balik Korea kita spent time sama-sama dengan Soonyoung"

"Ok appa!! Oh ye siapa yang jaga Soonyoung? Omma kata bukan nurse tapi babysitter" lelaki itu memang mahu bertanya tentang itu tapi tulah asyik lupa je dia sebab teruja nak balik.

"Haah babysitter yang jaga nama dia Yoo Sunghyun" lelaki itu mengangguk faham, dia menyambung balik aktiviti mengemas barang.

'Tak sabarnya nak balik Korea, nanti kita akan berjumpa Kwon Soonyoung' bisik hati lelaki itu dengan kegembiraan yang terpancar di wajahnya itu.

Gambar dia bersama Soonyoung ketika mereka bersekolah menengah ditatap lamanya, tak sabar hendak berjumpa dengan abangnya itu dan juga orang yang dia cari selama ini.



_______

Maafkan seyya kerana lambat update

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now