+19+

1.2K 173 28
                                    

"Yoo Sunghyun... explain sekarang" arah appa tegas.

WEH APA NI?! AKU TAK BUAT APA-APA PUN!!

"Excuse me! Dia yang peluk Sunghyun dulu ok! Lepastu dia dodoikan Sung! Kita apa lagi tertidur la" terang aku lalu menyalah Soonyoung.

Memang salah dia pun.

"Hah? kita ke yang buat?" Soal Soonyoung polos.

Eh engko ni jangan buat-buat innocent sangat la!!

"Eh kau jangan buat tak tahu ek!!"

"Soonyoung.." tiba-tiba omma memegang bahu Soonyoung.

Ni dah kenapa ni?

"Soonyoung, nak kahwin dengan Sunghyun ke? Sebab tu kamu nak tidur dengan dia?" Aku dah jatuh terduduk.

Soalan apa yang omma bagi ni?!! Namjoon nak campak mana omma?!!

"Omma!!" Panggilku keras.

"Aip diam! Omma tanya je tak payah la kecut" aku memuncungkan bibir, kalau ye pun nak tanya jangan la tanya soalan bukan-bukan.

"Hah kahwin? Bukan ke Sunghyun noona dah ada pakwe? Mana boleh rembat hak orang tak baik" jawab Soonyoung jujur.

Tiba-tiba aku rasa geli dengan ayat yang dia cakap tu. Bukan rasa terharu tapi rasa menyampah.

"Ok lulus" kata abang aku tiba-tiba.

"Heh?? Apa yang lulus?" Aku memandang abang aku pelik.

"Lulus jadi adik ipar aku" aku terus memukul kepala dia.

KUANGHAJOR PUNYA ABANG!!

"Arghhh!! Sakitlah sesungut!!!"

"Sesungut kau kata kat aku?! Eh ingat sikit aku ni adik kau!!!"

"Tak!! Kau tu just anak angkat je!! Omma ambil kau kat tepi jamban!! Kau apa tahu!!"

"HAH NI SETAN!!" Aku memukulnya bertubi-tubi.

Manakala appa menarik Soonyoung pergi ke tempat lain, tak nak bagi dia nampak babysitternya ni perangai macam hantu.

Pak! Pak!

Aku dengan abang aku mula duduk diam kadang kala kami mengusap kepala yang terasa benjol akibat dipukul omma menggunakan kerusi.

Padu woo dia pukul.

"Asal jumpa je gaduh! Cuba la jaga perangai sikit! Soonyoung kan ada kat rumah ni! Jaga adab depan tetamu boleh tak?!" Omma mencekak pinggang.

"Haish pening la, anak baru je dua orang dah huru-hara" omma memicit pilipisnya. Tiba-tiba aku rasa bersalah.

"Mianhei omma.. sebab selalu gaduh dengan hyung, yang ni Sunghyun janji takkan gaduh dengan hyung lagi" aku menjeling Kihyun.

"Oppa la oppa"

"Shadap man" abang aku menggulingkan biji mata. Meluat la tu.

"Hmm yelah tapi jangan nak janji sangat bukannya tepati pun janji korang tu" aku memeluk omma, hiks kita dah jadi anak solehah.

"Alorh omma nak peluk juga...." rengek abang aku persis budak 5 tahun.

"Alolo meh sini meh" abang aku terus memeluk omma erat.

Tiba-tiba terbuat drama jejak kasih.

"Hiks.. hiks.." tiba-tiba kami bertiga terdengar satu bunyi seperti tangisan seseorang.

Siapa pula yang menangis ni.

Kami bertiga memandang dapur, kelihatan appa yang sedang sibuk mengusap belakang Soonyoung bagi menghentikan lelaki itu menangis.

Lahh dia rupanya yang menangis.

"Ahh S-soonyoung... kenapa ni?" Aku menghampirinya.

"Hiks.. rindu omma!! Huwahhh nak omma!!!" Raung Soonyoung, makin teruk la dia menangis.

Inilah akibatnya bila buat drama jejak kasih tak pandang kiri, kanan, atas, bawah.

"Soonyoung.. jangan la menangis, semalam omma kamu call dia kata yang lusa dia balik" omma cuba memujuk Soonyoung.

Terus berhenti menangis dia.

"Yeahhh!! Omma balik lusa!!" Soonyoung melompat teruja+riang. Nasib baik tak bergegor rumah ni.

"Aik bukan mak cik Kwon balik minggu depan ke? Kenapa dia tak bagitau Sung?" Soal aku hairan.

"Dia ada call kamu la tapi tak berjawab, telan telefon ke apa kamu ni?" Perli omma.

Aku mengetuk kepala aku, ni mesti kes semalam bateri telefon aku habis.

"Hehe sorry la omma, semalam bateri telefon habis"

"Hmmm yelah, kamu berdua makan tengah hari kat sini dulu la lepastu baru balik" ujar omma.

Tiba-tiba muka Soonyoung jadi muram. Ni dah kenapa ni?

"Alorh Soonyoung baru je nak bermalam kat sini" kata Soonyoung sedih.

"Jangan nak mengada la hanat"

Aku menjeling Soonyoung dan dia membalas jelingan aku. Wahh dah pandai ye mamat ni.

"Dah jangan gaduh, lain kali jelah Soonyoung bermalam kat sini ok?" Sekali lagi Soonyoung termakan dengan pujukan omma.

Awww thanks omma kerana pujuk dia, nanti Soonyoung belanja omma gula-gula kapas muehehehe.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now