BAB 5

366 10 0
                                    

Kami berdua masuk ke dalam rumah mak leha selepas memberi salam tadi

" waalaikumusalam mari masuk Mairah , Adriana " pelawa mak leha

Aku dan Adriana mengambil tempat duduk di atas sofa tanpa memandang lelaki yang berada di hadapan kami

Mak leha menghampiri lalu duduk diatas sofa bahagian tepi

" mia , adriana ni anak buah mak leha " ujar mak leha memberi isyarat tangan kepada dua orang lelaki tersebut

Aku dan adriana mendongak memandang dua gerangan lelaki tersebut. Aku terkejut , itu lelaki yang aku langgar pagi tadi ?

Dia juga turut terkejut dengan kehadiranku

"Perempuan takde adab ni ade kat sini ? Inikah wanita yang dikata mak saleha ? " fikiran huzairi

" eh awak lagi ? , nice to meet you again beuty " kata Hakim memulakan perbualan

" tak sangka jugak awak anak buah yang mak leha cakap tu " Adriana senyum tersipu malu

" huzairi , mia ? Taknak perkenalkan diri masing masing ? " ujar mak leha pelik dengan aku , aku dan lelaki tersebut memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang tajam

" nama aku mia umairah binti Baharudin " ujarku tanpa senyuman dihadiahkan

" nama aku Huzairi Asyraf bin Dato syarif " katanya pula memperkenalkan diri

" jangan terkejut , aku anak dato " aku menjeling tajam

" kau anak dato ke , anak sampah pun aku tak kisah " jawabku selamba

Dia merengus geram

" kau ni boleh tak jaga adab sikit dengan orang tua ? , mak dan ayah kau tak ajar ?! " soalannya itu membuatkan aku teringat ayah dan mak . Mak leha panik , aku merenung dia tajam bak pisau

" huzairi , mak dan ayah mia ni dah meninggal , jangan persoalkan dengan perkataan mak dan ayahnya. Baru semalam kematian ayahnya " kata mak leha menasihati Huzairi

" mak leha , mia masuk dapur kejap nak buat air " beritahuku yang sudah mula bangun dari duduk

" eh tak payahlah mia , mak leha dah buat ni ? , minumlah " pelawa mak leha

Aku melepaskan keluhan

" mia taknak minum bekas air lelaki , mia nak minum air sejuk " ujarku terus berlalu pergi ke dapur

" tu lah kamu Huzairi , lain kali mulut jangan lancang !? " marah mak leha pada huzairi

" dah dia kurang ajar mak leha , kenelah perli sikit " huzairi tersengih kerang busuk

" ish kamu ni , pergilah pujuk dia kat dapur tu ? , mak leha nak keluar kejap " kata mak leha. Mak leha mencari kelibat Adriana dan Hakim namun tiada

" mana pula dua ekor ayam ni merayap " fikir mak leha keluar ke depan pintu rumah. Lalu ternampaklah dua ekor ayam yang sedang tersengih sengih

Huzairi sudah pun berlalu ke dapur , bukan ingin meminta maaf tetapi menyakitkan hati

Sedang aku membancuh air oren satu jak buat diriku dan Adriana , tiba tiba satu nafas yang hangat meniup telingaku. Aku terkejut terus menoleh. Kelihatan Huzairi sedang mahu kenekan aku

Aku menyambung kacau air tersebut dan muka beriak tenang. Asalkan jantung berdebar kerana aku dan berduaan di dalam dapur

" ape kau nak ? " soalku perlahan. Mataku masih lagi tetumpu pada air itu

" aku cuba nak tanya , ayah kau mati sebab ape ? " soalnya. Aku berhenti , terus menoleh dengan pandangan tajam

" bukan urusan kau kan ? , jadi jangan semak dalam kehidupan aku , takde life ? " aku menjeling maut pada dia. Mengacau air tersebut kembali

MIA UMAIRAHWhere stories live. Discover now