ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.

Start from the beginning
                                    

"Kau takut sampai macam tu sekali ke kalau ada skandal dengan aku?", soal Jimim. Yeoreum memandang ke arah Jimin.

"Ha'ah.", jawab Yeoreum lalu mula menghidupkan enjin kereta, "Tak ingin aku ada skandal dengan kau.", sambungnya. Setelah memakai tali pinggang keledar, Yeoreum pun mula memandu keluar daripada tempat parkir kereta itu.

"Pergi jelah makan piza. Bukan kau suka piza ke?", ujar Jimin. Yeoreum menjeling sedikit ke arah jejaka di sebelahnya.

Sejujurnya, dia agak rasa terganggu apabila Jimin masih ingat akan makanan kegemarannya walaupun enam tahun sudah berlalu sejak kali terakhir mereka berjumpa. Emosinya terasa terganggu.

"Ini bermaksud kau dah tak benci aku lagi kan?", tanya Jimin.

"Aku masih tak suka kau, okay. Jangan nak perasan.", balas Yeoreum. Jimin memandang ke arah Yeoreum.

"Apa yang perlu aku buat supaya kau tak benci aku, Han Yeoreum?", seperti perlahan sahaja nada suara Jimin bertanya. Yeoreum mengetap bibirnya.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang boleh kau buat supaya aku dah tak benci kau. Tapi, Jimin, aku tak benci kau. Jauh sekali.

Aku cuma nak jauhkan diri aku dari kau. Tapi, kenapa kerapkali kau seperti magnet yang menarik aku bersama kau?

"Ambil lesen memandu.", jawab Yeoreum, jawapan itu spontan keluar dari mulutnya. Kening Jimin terjongket, tidak menyangka jawapan daripada Yeoreum.

"Lesen memandu?", soal Jimin. Yeoreum mengangguk.

"Buat apa kau beli kereta mahal tapi tak ada lesen kereta. Bunyi macam membazir je. Risau tahu tak kalau peminat kau tahu kau tak ada lesen kereta?", balas Yeoreum dengan panjang lebar.

"Peminat aku ke... Kau yang risau kalau aku tak ada lesen memandu sebenarnya?", senyap, tiada jawapan daripada Yeoreum. Yeoreum terbatuk kecil.

"Kenapa kau tak ambil lesen memandu?"

"Aku dah ambil... Tapi aku gagal."

"Alah... Biasalah kalau gagal."

"Tiga kali aku gagal."

"Tiga kali?!", suara Yeoreum bertanya seperti tidak percaya. Jimin hanya menjongketkan bahunya.

"Kau berapa kali kena ambil lesen memandu?", tanya Jimin pula.

"Aku? Sekali je.", seolah-olah berlagak pula kedengaran suara Yeoreum berkata. Jimin tiba-tiba menyesal apabila menanyakan soalan itu.

"Kalau macam tu... Kau ajarlah aku macam mana nak lulus ambil lesen.", kata Jimin. Yeoreum menjulingkan matanya.

"Eh, tak kuasa aku.", ujar Yeoreum, jelas tidak mahu mengajar Jimin, "Bukannya kau tak reti bawa kereta. Hati-hati sahajalah bila ambil ujian tu.", sengaja Yeoreum berdalih. Memang tak kuasa dia mahu mengajar Jimin pula.

Akhirnya, mereka tiba di hadapan PizzaHut. Yeoreum menanggalkan tali pinggang keledarnya tetapi Jimin hanya memandang ke luar tingkap. "Kita makan dekat sini?", Jimin bertanya.

Tajam mata Yeoreum menjeling Jimin. "Kau juga kata nak makan piza tadi.", dengan geram Yeoreum berkata. Jimin melepaskan sebuah keluhan sebelum menaip sesuatu di atas GPS. Kening Yeoreum berkerut.

Setelah selesai menaip, Jimin kembali bersandar pada tempat duduknya sambil memeluk tubuh. "Jalan.", ujar Jimin, nadanya seolah-olah mengarah Yeoreum. Yeoreum mengepal penumbuknya, mentang-mentanglah aku yang memandu, sedap sahaja dia mengarah.

Enjin kereta yang sudah mati kembali dihidupkan. Lexus LC 500 itu mula dipandu ke arah tempat yang ditaip oleh Jimin.

Jari Jimin mula menghidupkan radio sebelum audio mula berkumandang memenuhi ruang kereta mewah itu.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now