BAB 1

566 11 0
                                    

Bunyi nyaring dari loceng mengejutkan aku dari mimpi , aku bangun sambil menggosok gosok mataku , aku melihat jam sekilas , hmm sudah faham , aku akan bangun tepat pukul 5 pagi

Aku bangun keluar dari bilik berlalu ke bilik air , rumah aku ni bukan banglo atau flat , tetapi rumah kondo Aliff putri yang dibeli oleh arwah ibu dulu , lupa nak kenalkan diri , nama aku Mia Umairah orang biasa panggil maira atau mia , aku seorang yang agak selekeh sedikit dan paling buat aku teruja seseorang meluahkan perasaan dia terhadap aku , iaitu Haezril Hakimi atau dikenali sebagai Kimi

Setelah melihat diriku dari cermin , aku mengeluh melihat wajahku yang dipenuhi dengan jerawat , aku menjeling cermin berlalu keluar dari tandas tersebut , aku berlalu ke bilik ayah kau iaitu Encik Baharrudin.

Aku membuka pintu perlahan , takut ayah aku terjaga , ayah aku sudah tidak boleh bangun , dia sudah tua dan sekarang uzur , ianya tak menyusahkan aku , aku ikhlas menolong ayah aku yang telah membesarkan aku sehingga kini , ibu meninggalkan disebabkan kanser payu dara tahap 4 , rupanya selama ini dia tidak memberitahu tentang penyakitnya , dia tak mahu aku sedih.

Aku duduk di birai katil menggongcang sedikit badan ayahku. Aku melihat ayah menggeliat membuka matanya perlahan lahan memandang wajahku

" Kenapa Mia kejutkan ayah ? " tanya Ayah cuba untuk bangun dan duduk

" Ayah sekarang baru pukul berapa yah , Mia cuma nak tanya ayah nak ape ape tak ? " soalku kembali

Ayah menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu

" Eh ayah jangan macam ni ? Makanlah dulu , Mia nak sediakan baju dan pergi sekolah ni ? Betul ayah taknak makan ? " kataku yang mula ingin bangun , kepalaku menunduk sedikit merenung ayah yang sedang duduk itu

" kalau macam tu , ayah cuma nak makan roti dan jem , lepastu Mia pergilah sekolah ayah ok , Mia ade duit tak ? " soal ayah. Aku tersenyum

" takpe ayah , semalam baru dapat gaji , lagi berapa bulan je nak Spm " jawabku senyuman manis dihadiahkan untuk ayah

" ok lah , cepat siapkan , nanti lambat sayang " ayah tersenyum , aku juga turut tersenyum keluar dari bilik

Aku berlalu ke dapur , peti ais yang berada di tepi dinding aku dekati , membuka peti sejuk tersebut lalu mengambil jem yang berperisa blueberry

Kemudian aku mencapai roti , lalu buatlah roti untuk ayah. Setelah siap aku membawa pinggan dan secawan gelas air menuju ke bilik ayahku

Aku membuka pintu perlahan lahan melihat ayah masih termenung , aku meletakkan pinggan tersebut di atas meja yang berada di tepi katil. Ayah menoleh melihat makanan yang baru aku buat

"  terima kasih nak , untung siapa dapat anak ayah ni , dahlah cantik ikut arwah ibu tambahkan pula pandai memasak " puji ayah seraya itu dia mulakan dengan mengambil secawan gelas kaca lalu diteguk olehnya. Muka ku merona merah apabila diuji begitu , aku bukannya terer sangat , biasa biasa je

"  ala comel je anak ayah ni ? Dahlah kamu pergi sekolah sana , nanti lambat pulak , spm pun nak dekat sayang "

Ayah berkata perlahan menasihati aku

"  ok ayah , ayah hati hati kat rumah , nanti Mia suruh orang sebelah ni tengok tengokkan ayah nanti , mak leha "

"  takpelah , ayah  boleh duduk rumah seorang , mia jangan risau , ayah ok dalam rumah "

"  Tak boleh macam tu ayah , nanti mak leha tolong tengok tengokkan ayah , mia taknak hilang sesiapa lagi "

" ayah dah tua mia , bila ayah dah takde nanti jangan sedih , teruskan hidup sayang "

Aku duduk lalu memeluk erat badan ayah sambil mengangis

"  ayah jangan cakap macam tu , mia tak suka " kataku dalam suara serak basah kerana menangis , cukuplah ibuku dibuang dalam keluarganya sendiri kerana ingin berkahwin dengan ayah , ibu tidak mendapat apa apa harta , yang cuma hanya sebuah kedai butik yang diusahakan nya sendiri dan menggunakan duitnya sendiri

Aku meleraikan pelukan. Merenung anak mata ayah dalam dalam

" dahlah , anak ayah kan pandai , pergilah sekolah " aku mengangguk lalu bangun dari katil keluar dari bilik ayah , aku hanya sempat mendengar keluhan kecil dari mulut ayah sebelum aku jalan menuju ke bilikku

Setelah aku menyiapkan diri pada pukul 6.30 pagi , aku keluar dari bilik lalu ke bilik ayah , menyalam tangan ayah. Ayah menggosok kepalaku lembut sebelum mencium tangan ayah

"  belajar rajin rajin sayang , ayah yakin mia boleh jaga butik kasayangan mama tu "design M"

Aku mengangguk berlalu keluar dari bilik menuju ke pintu keluar masuk rumah , di rak kasut , aku mengambilnya lalu memakai , selesai sahaja aku memakai kasut , aku keluar menutup pagar , jiran sebelah mula menyapaku dengan lembut

"  mia awal sekolah ? " sapa Mak leha memandangku atas bawah

"  mana ade awal mak leha , mula sekolah pukul 7 ? Sempat ke ? " balasku membuat muka comel

"  la ? Mula sekolah pukul 7 ke ? Kenapa lambat sangat pergi sekolah ?"

"Saya nak kene cepatlah ni mak leha ?! Assalammualaikum , jangan lupa mak leha tengok tengokkan ayah , nanti jadi macam hari tu dia jatuh kerusi roda  " aku membetulkan beg sekolah ku

"  Waalaikummusalam , iyalah nanti mak leha tengok tengokkan ayah kamu tu "

" terima kasih mak leha " ujarku senyum melambai kearahnya lalu menunggu butang lift. Setelah buka , aku masuk , masih dapat lagi lihat wajah mak leha sambil melambai. Aku membalas lambainya tersenyum manis kearahnya sebelum pintu lift tertutup

Keluar dari lift , aku berlalu ke pagar besar , aku selalu ke sekolah akan jalan kaki , bukan jauh pun kan ?

Sampai di sekolah , seseorang istimewa kawan baikku iaitu , Adriana sedang duduk berdekatan dengan pagar sekolah bukan diluar pondok bas , aku tersenyum

" mia umairah !! " jeritnya lantang menaikkan tangannya melambai aku. Aku menghampiri

" kau ni kenapa tak masuk dewan ? Tunggu aku ? "

"  aku waiting kau , lagipun cikgu belum sampai kat dewan tu " balas Adriana

" ouh , ape lagi jomlah masuk ? Nak tunggu sini ke macam mana ? " tanyaku mengerut dahi

" ih kau ni ? Aku tunggu kau , kau marah pulak ? Apa sal ? " Adriana membuat gaya merajuk "comel" Adriana seorang merangkap kawan baik aku , dia juga seorang  yang cantik dan kaya , dia seorang sahaja ingin berkawan denganku

"  sorrylah , weyh jomlah masuk ? "

Kami berdua masuk kedewan , meletakkan beg ditepi dinding dewan , aku menyelongkar begku ingin mencari buku untuk catat ape yang cikgu terangkan

Aku mula masuk ke dalam dewan bersama sama dengan Adriana . Ramai lelaki menengok kami berdua , ye bukan aku yang dipandang tetapi Adriana , aku menunduk lalu duduk bersebelahan dengan Adriana . Adriana pelik dengan diriku

" kenapa dengan kau ni ? " tanya Adriana menangangkat kening ala ziana zain

Pantas aku menggeleng

" eh takde lah , dahlah , tengok depan , tak pasal ii nanti kene bangun macam minggu lepas "

" oklah " mata Adriana fokus kedepan lalu mula mencatat

Dari situlah , mataku melirik kearah lelaki yang meminta kapel dengan aku , ya itu Haezrill Hakimi seorang lelaki yang mempunyai raut wajah yang kacak , aku perasaan dia macam tengah berbual tetapi dengan siapa ? Kemudian mata kami bertentangan , dia senyum kearahku , aku hanya membalas senyuman nipis sebelum fokus kehadapan. Mataku tak berhenti melihat dia , dia macam rancak berbual sambil senyum ketawa dalam keadaan senyap dengan seorang lelaki atau perempuan aku tidak pasti.

Aku mengendahkan Haezrill lalu mencatat kehadapan.

MIA UMAIRAHWhere stories live. Discover now