viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.

Start from the beginning
                                    

Terdapat juga seorang PD sedang merakam mereka bersama camcorder di tangan. Mungkin ingin menghasilkan video untuk di sebalik tabir bagi drama 1-4-3.

"Kau tengok, kau tengok tu... Ah... Park Jimin.", kaki Yeoreum mengeras di tempat dia berdiri. Dia tidak berani menoleh ataupun bergerak dari tempatnya berdiri. Terdapat suara staf bersembang dekat sahaja dengan tempatnya berdiri.

"Ya... Aku perhati je dia. Mesra bukan main dengan Seulgi.", kedengaran meluat benar suara staf itu bercakap. Yeoreum meneguk liurnya. Mahu atau tidak, dia secara tidak sengaja telah manadah telinganya untuk mendengar dengan lebih lanjut.

"Ada ke perempuan yang dia tak mesra? Nasib dia tak kebas staf perempuan je.", suara staf lagi seorang berkata.

"Kesian dekat Seulgi. Dia tu memanglah baik, jadi dia mesra dengan semua orang. Jangan dia termasuk perangkap Jimin tu dahlah."

Pandangan Yeoreum kembali mengarah kepada Seulgi dan Jimin yang kini sedang dirakam babak mereka makan bersama di kafeteria sekolah. Bibir Yeoreum ketap dengan kuat, resah. Dia pula yang rasa ingin marah, tetapi Yeoreum hanya berdiam diri.

Jimin, kau bukan macam tu, kan?

•••

Akhirnya, penggambaran pada hari itu telah tamat ketika waktu hampir lewat petang. Yeoreum menundukkan badannya kepada staf di sekelilingnya. Yeoreum mengeliatkan badannya yang lenguh setelah waktu penggambaran yang sangat panjang.

Tangan Yeoreum mengurut bahunya dan meregangkan lehernya. Taehyung dari jauh tersenyum ke arahnya dan Yeoreum tersenyum kembali. Skrip drama dan pensil yang dipegang ditangan disimpan ke dalam beg galas mini yang dibawa oleh Yeoreum.

Botol air mineral dibuka penutupnya lalu airnya dteguk. Ah, tak sabar mahu balik rumah! Mahu mendarat di atas katil yang empuk... Lapar...

"Yeoreum! Han Yeoreum!", ada suara yang memanggilnya. Badan Yeoreum terus menoleh. Kelihatan Ahreum sedang berlari anak ke arahnya.

"Akak? Kenapa?", tanpa berkata apa-apa, Ahreum terus mencapai lengan Yeoreum lalu meletakkan sebuah telefon bimbit ke atas tapak tangan Yeoreum. Dahi Yeoreum berkerut.

"Ini telefon Jimin. Dia tertinggal dalam dressing room. Tolong pulangkan dekat dia, ya? Dia mesti bising kalau telefon dia hilang. Yeoreum tolong bagi dekat dia, ya? Dia ada dekat bangunan BigHit Entertainment sekarang, ada mesyuarat katanya. Tolong ya, Yeoreum? Akak ada kecemasan sekarang.", dengan tergesa-gesa Ahreum berkata. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip.

"Tapi, akak一"

"Tolong akak ya, Yeoreum?", tangan Ahreum menepuk lembut tangan Yeoreum. Kemudian, Ahreum terus berjalan pergi meninggalkan Yeoreum yang terpinga-pinga.

"Macam mana... Aku nak masuk BigHit...", keluh Yeoreum sendiri. Pandangannya jatuh pada tapak tangannya. Bukan sahaja iPhone XR milik Jimin, tetapi kad pekerja milik Ahreum juga berada diatas tapak tangannya.

Yeoreum menghentakkan kakinya ke atas lantai. "Ah! Kenapa aku pula yang kena hantar telefon dia?", rungut Yeoreum, jelas suaranya kedengaran malas. Pipinya dikembungkan, tangannya membetulkan kedudukan tali beg diatas bahu dengan kasar.

Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku pijak-pijak sahaja iPhone XR ini sehingga berkecai. Ini sudah kali kedua dia terpaksa terlibat dengan Jimin semata-mata iPhone XR tak guna ini.

"Woi, iPhone XR, kau memang benci aku eh?", ujar Yeoreum sambil memandang telefon bimbit itu di atas tangannya. Mamat tu kan banyak duit, belilah sahaja iPhone XR yang baru. Kalau hilang pun, macamlah dia tak ada duit mahu beli yang baru?

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now