omc 12 - from her 💜

Start from the beginning
                                    

" Ini Jungkook, anak Ajjuma "

" Ini Jungkook, anak Ajjuma "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"aaah.. ha ha.."

Saat pandangan mereka bertemu Yeri hanya mampu tersenyum mahu tak mahu sahaja. Otaknya mula berasa cemas, memang Puan Jo pernah cerita pasal pekerjaan suami dan anaknya ini tapi dia tidak tahu pula anak Puan Jo itu lelaki. Dan satu pertanyaan yang terbuku di hatinya,

Siapa sebenarnya Puan Jo? Keluarga ini?

Rumah yang ditumpanginya ini boleh dikatakan besar tambah lagi rumah ini 2 tingkat. Dengan cara pakaian dan percakapan Suami dan anak Puan Jo yang agak lembut dan penuh tersirat pasal pekerjaan mereka membuat Yeri keliru.

" nak makan dulu ke nak rehat terus? Ibu dengan Yeri ada buatkan kuih"

" erm, Jungkook mandi dulu lepastu baru makan"

"Ayah pun sama"

Yeri hanya tersenyum dan Puan Jo pula meminta diri untuk menemani si suami. Kini Yeri hanya mampu terdiam saat ada seorang wanita 30-an yang baru dia jumpa tadi mengangkat luggage milik anak lelaki itu naik ke bilik di tingkat atas. Yeri yang sudah di tinggal bersendirian mula berlari ke dapur, menyambung kembali kerjanya tadi.

"bibik jah,.. "

"iye? "

" apa pekerja suami Puan Jo? "

Hampir 3 tahun berkenalan, Yeri sejujurnya masih tidak mengenali jirannya ini. Apa yang dia tahu Puan Jo mempunyai pusat asuhan kanak² di kawasan ini dan suami serta anaknya kerja diluar. Bila ada perayaan, Puan Jo yang akan ketempat suami dan anak. Yeri yang memang tidak suka bertanya kerana takut jawapan tersebut dapat membuat si penjawab sedih seperti dirinya, dia mendiamkan diri. Jika Puan Jo ingin cerita, dia akan dengar. Tapi kali ini, dia ingin tahu.

" bibik tak seberapa tahu, tapi dia salah seorang orang besar di syarikat Hyundai"

--

"ye ke yang ni, kan salah rumah macam mana? "

"tekan jelah, lepastu tanya dia kenal Park Jimin ke tak "

Dua saudara ini akhirnya sampai ke flat yang mana Jimin menyuruh mereka pergi. Awalnya Irene dan Jisoo ingin pergi 3 hari selepas perjumpaan mereka tapi Jimin tidak putus² mengingatkan mereka untuk datang. Kerana terlalu rimas dengan mesej dari Jimin mereka datang juga.

Loceng rumah itu ditekan, kedua-duanya cuak takut salah rumah dan satu lagi mereka tidak tahu siapa yang mereka akan jumpa. Beberapa saat selepas itu, pintu rumah itu dibuka. Jisoo dan Irene yang awalnya takut kini terkejut sehinggakan menutup mulut.

"Seulgi.. "

Jisoo bersuara. Seulgi juga turut terkejut apatah lagi kini dia sedang mendukung Minji. Jisoo dan Irene, mereka pernah keluar bersama dulu dan lepak bersama dirumah orang tua Jimin. Tidak begitu rapat tapi jika bertemu, mengalahkan kawan baik.

one more chance +pjmksgWhere stories live. Discover now