Banglo Hutan Semenanjung

487 1 0
                                    

  Asyraf merenung sebuah banglo besar di hadapan dia, rasanya banglo ini sudah lama tapi kenapa kelihatan moden sahaja? Omar melihat Asyraf sedang bingung. Biasalah, kes kali ini sangat susah ditafsirkan oleh mereka berdua walaupun mereka inspektor pakar. Mungkin ini ialah kes paranormal? Kalau ya mungkin mereka terpaksa bersilat dengan makhluk halus yang entah jenis apa, bangsa apa, keturunan apa. Omar menghela nafas dalam-dalam lalu lepas perlahan-lahan sambil menunggu Asyraf membuat keputusannya. Asyraf mulakan bicara "Kau rasa ini perbuatan manusia atau-" "Jangan. Bahaya. Sekarang ni malam kalau dia mai kacau aku tak tahu. Aku lari lintang-pukang dulu nanti..." Omar terus membalas kata Asyraf tanpa menunggu Asyraf habis bercakap. Bukannya takut, tapi mereka tiada persediaan sekarang ni, hanya ingin melihat sekeliling dahulu untuk mendapat sedikit maklumat.

  "Haha... Takut? Alaa... Mereka bukan makan kita pun. Sekadar takut-takutkan kita je. Jom ah balik!" Asyraf geli hati melihat perangai Omar. Lelaki bukan penakut, tetapi berani! Ini tak. Macam manalah dia boleh jadi inspektor pakar kalau benda paranormal pun takut. "Hishh... Kita dah la tak ada persediaan yang lengkap pastu hang nak aku lari masuk banglo tu jerit 'Hoi iblis! Mai lah kacau aku!' Memang orang gila aje buat macam tu." Marah Omar kerana Asyraf memperlekehkan dia. "Kalau hang berani buatlah! Aku balik dulu. Tu, kawan hang tunggu." Asyraf menguji kesabaran Omar. Omar cuma membelakangi Asyraf lalu menuju ke kereta. Diam. "Alala... Merajuk. Ok-ok aku tak kacau hang dah." Asyraf membuat sekali lagi imbasan. Tiba-tiba Asyraf ternampak satu susuk tubuh sedang melihat dia. Asyraf lari ketakutan menuju ke kereta lalu terus pandu keluar dari kawasan hutan itu. "Eik? Tadi hang yang acting berani tapi tiba-tiba muka pucat? Hmph... Lagi teruk daripada aku rupanya." Omar gembira kerana dia telah memenangi pertandingan tersebut.

***

  "Inspektor Hashim, kami sudah lihat kawasan kejadian yang inspektor suruh kami pantau. Banglo mewah dan klasik tapi dalam rekod menunjukkan banglo ini sudah berdiri gah selama 50 tahun. Sangat luas dan menarik kes kali ini ya, inspektor?" Asyraf lapor apa yang dilihatnya sebagai ketua kumpulan untuk penyiasatan kali ini. "Sebab itu saya serahkan kes ini kepada kumpulan kamu. Saya harapkan kamu dapat selesaikan kes ini secepat mungkin kerana banyak lagi kes yang perlu diselesaikan. Dan pastikan kamu dapatkan info tentang kes ini di kaunter untuk memudahkan penyiasatan." Inspektor Hashim terus menuju ke biliknya setelah habis perjumpaan dengan Asyraf. Asyraf menuju ke kaunter seperti yang diarahkan oleh inspektor dan mengambil fail berserta beberapa kertas A4 didalamnya yang mengandungi info tentang kes yang perlu diselesaikan olehnya. Selesai melihat Asyraf terus membuat perjumpaan dengan ahli kumpulannya iaitu Omar, penolongnya, Adil dan Ilyas, ahli yang baru mendaftar.

  "Apa pendapat korang pasal kes kali ini?" Asyraf menyoal ahlinya seperti biasa. "Aku rasa kita patut buat tinjauan dalam banglo itu. Mana tahu kita dapat banyak tips lagi? Entah-entah kes paranormal?" Adil menjawab dengan gembiranya. "Ish... janganlah cakap macam itu. Benda itu bukan calang-calang lawan tahu tak?" Ilyas membalas. "Yang penting kita usaha dan selebihnya kita serahkan kepada Tuhan" Omar menutup bicara mereka dengan tazkirah ringkas. Semua pandang Omar dengan muka sinis. "Kau ini Omar, tadi takut sekarang nak berani pulak? Apa cerita ini?" Muka Asyraf menjadi serious. "Itu cerita lain. End of story." Omar cuba menenangkan semua. Semuanya terdiam selepas Omar selesai bercakap. Mereka semua tahu kes kali ini bukan senang seperti kes sebelum ini. Lagi-lagi polis yang baru mendaftar iaitu Adil dan Ilyas kerana mereka belum cukup pengalaman untuk menanangi kes seperti itu.

***

  "Ok, kita berpecah dua kumpulan. Ilyas dengan aku Kumpulan A. Omar dengan Adil Kumpulan B. Kumpulan A masuk dalam dan mencari mayat. Kumpulan B jaga kami daripada belakang dan bertindak jika perlu. Faham? Asyraf menyuara. Semua mengangguk tanda faham. Mereka mula bergerak mengikut strategi Asyraf. Setakat ini tiada apa-apa yang terjadi. Asyraf dan Ilyas dapat kumpulkan 5 mayat seperti dalam rekod. Tugas mereka hampir selesai. Ketika mereka ingin keluar daripada banglo tersebut, muncul satu bayang berlari pantas di hadapan mereka. "Tak mungkin, sekarang siang kut..." Asyraf bisik kepada Ilyas. "Siapa di sana? Munculkan diri!" Asyraf menjerit. "KALAU BERANI MARILAH SINI HAHA" Suara itu menyahut. Asyraf membuat isyarat kepada Omar dan Adil supaya bersedia. Mereka mula membuka skrin fon dan terus ke ayat suci al-Quran. "Baiklah! Aku sahut!" Asyraf menyahut dengan marahnya. Asyraf melangkah masuk ke sebuah bilik dan...

***

  "Janganlah serang aku... Taubat! Aku takkan buat dah... Please?" Seorang pemuda merayu sambil menangis kepada Asyraf supaya bebaskan dia. 'Ish...Badan macam lelaki tapi lembut macam perempuan. Patutlah senang tumpas.' Asyraf bisik dalam hatinya. "Bagus, Asyraf. Tapi macam mana awak tahu itu bukan benda lain?" Omar menyoal. "Senang. Dia lembik haha." Pemuda itu bernama Meon dan dia hanya ada banglo itu sebagai peninggalan arwah ibu dan ayahnya. Hartanya yang lain semua diambil oleh adik-beradik bapanya yang kedekut. Jadi dia terus melakukan jenayah melalui tangkap dan bawa lari. Kebanyakkan mangsanya adalah daripada golongan orang sederhana. "Jadi, boleh cerita balik apa yang berlaku tadi? Hehe... Sorry terlepas." Adil bertanya. "Hmm... boleh."

  Imbas kembali... "KALAU BERANI MARILAH SINI HAHA" Suara itu menyahut. Asyraf membuat isyarat kepada Omar dan Adil supaya bersedia. Mereka mula membuka skrin fon dan terus ke ayat suci al-Quran. "Baiklah! Aku sahut!" Asyraf menyahut dengan marahnya. Asyraf melangkah masuk ke sebuah bilik dan...*Puk* "Aduh!" *Gedebuk* Meon rebah di lantai kerana terlanggar pintu yang dibuka Asyraf sebentar tadi. Asyraf hanya diam menahan gelak. Akhirnya dia tidak dapat bertahan lalu gelak sepuas hatinya. Asyraf terus gari Meon dan heretnya keluar daripada banglo itu dengan bantuan Ilyas. Omar dan Adil yang melihat daripada belakang hairan...  "Itulah ceritanya... Best tak cerita tadi? Boleh buat wayang. Haha..." Asyraf gelak. Semua yang mendengar cerita tersebut terus gelak. Hari ini ialah hari yang melucukan bagi mereka.

***

  "Syabas! Anda semua berjaya menyelesaikan kes ini dengan cepat dan kemas. Saya sangat bangga dengan anda semua. Adakah kes ini terlalu sukar untuk anda?" Inspektor Hashim bertanya dengan riangnya. Semua saling berpandangan antara satu sama lain. Semuanya faham akan isyarat masing-masing. "Sangat... Sangat susah, Inspektor." Balas Asyraf tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Yang pentingnya sekarang Inspektor, kita dah selesaikan satu kes dan dapat mempercepatkan tempoh selesaikan kes lain." Omar berkata. "Baiklah. Ini adalah kes seterusnya buat anda semua khas daripada saya." Inspektor Hashim menghulurkan sepucuk sampul kepada Asyraf. Asyraf membukanya dan terus melompat keriangan. "Apa dia, Asyraf? Bagitahulah kami semua." Omar bertanya. "Kes kita yang seterusnya adalah di... Cameron Highlands! Bercuti selama 3 hari 2 malam di sana selepas selesainya kes itu!" Asyraf menjerit kegembiraan. Semua turut gembira mendengar khabar tersebut.

Cerpen MelayuWhere stories live. Discover now