Okay. Aku ada baca satu bebenang ni pasal buat kajian dulu sebelum tulis fanfic. Jadi aku pun teringat kat seorang penulis ni.
Macam ni ceritanya, hari tu aku bengang dengan dia sebab style dia menulis sama dengan style kawan aku. Kali ni aku nak cerita yang dia ni punyalah 'malas' nak buat 'research' pasal satu negara ni sampaikan ada orang komen dia punya ff ada banyak sangat kesalahan dari segi fakta negara tu. Nak tau dia balas apa? Dia balas macam ni, 'ini kan fanfiction, fakta tak penting pun'.
Aku tak kisahlah kau punya English berterabur ke apa ke...masalahnya sekarang ni kau dah jadi sama macam kawan aku tu, ff kau makin lama makin bosan sebab kau asyik tulis pasal orang yang sama berulang kali. Okay itu masalah aku.
Kau kalau tak suka orang bash kau, kau tu kalau tulis ff, fakta kena betul. Contohlah kau buat ff pasal orang Korea yang tinggal di negara Korea, latar belakang tempat mestilah Korea kan? Kena kaji tempat dia macam mana, budaya dia macam mana apa semua tu. Ni kau main tulis ikut suka kau je.
Sebenarnya yang aku paling bengang kat bahagian sistem pentadbiran. Dah tau negara yang kau pilih jadi latar belakang tempat tu guna sistem raja, yang kau nak tulis pasal presiden tu buat apa? Yang lain tu aku takde masalah sangat.
Yang bagusnya pasal dia ni, dia tulis berdasarkan pengalaman dia sendiri.
Aku adalah jugak baca beberapa ff yang ada beberapa kesalahan fakta. Tapi yang itu aku tak kisah sangat sebab aku tegur diorang boleh terima lagi, alasan yang diorang bagi pun aku boleh terima. Tapi yang seorang ni, aku tak boleh terima alasan dia yang mengatakan bahawa ia hanya sebuah fanfiction, tak perlu semak fakta. Lantak dialah. Lagipun aku dapat tau dia buat ff pun asalnya tak 'check' asal-usul 'fictional character' yang dia selalu guna tu.
Aku membebel macam ni macamlah aku tak buat benda tu. Aku pun tak buat 'research' sangat. Aku buat ff berdasarkan apa yang aku baca dan nampak. Aku tak berimaginasi sangat memandangkan aku punya tahap imaginasi agak terbatas (aku pun baru sedar pasal ni). Dia punya tahap imaginasi tu aku tak boleh nak bayangkan. Ada je idea dia. Cuma sekali tu jelah ada satu ff tu dia tak boleh nak sambung sebab dia takde idea, yang lain semua dia boleh habiskan.
Okay, ada satu perkara yang aku kena ingatkan pada diri sendiri. Benda ni tak wajib, tapi ada yang harus, ada yang tak digalakkan. Itu sahaja.
-tamat-
YOU ARE READING
random plot | 미미
RandomBeautiful cover by @CHERRYLUCY Some plot ideas that popped out from my brain but I'm too lazy and not in the mood to write them. Note: This is a random book for tags, rants and whatever. published: 160711 completed: idk when
