erm

9 2 1
                                        

Okay. I just decided to write this rubbish because of some reasons. Hmm the rest will be in Malay.

What is depression? Dalam bahasa Melayu, ia dipanggil kemurungan. Tapi aku sendiri tak tau sama ada aku ni pernah kemurungan ataupun tak.

Kalau setakat stress masa belajar dulu tu biasalah. Tapi itu semua dah berlalu, aku pun dah tamat diploma dan sekarang ni aku dah kerja. Baru sebulan kerja pun dah stress jugaklah.

Kejap. Aku bukan nak cerita pasal ni, aku nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Pasal tabiat buruk aku yang aku tak boleh nak kikis sejak kecik lagi.

1. Aku suka cakap sorg2. Dari dulu lagi sampailah sekarang ni umur dah nak masuk 23 (tahun 2018). Walaupun sekarang ni aku dah takde kawan khayalan tu lagi dah tapi benda tu dah jadi habit. Benda ni menyusahkan aku tapi ada sebab kenapa aku takleh berhenti cakap sorg2.

2. Aku suka lari dalam rumah, tak tau kenapa. Tapi memang dari dulu lagi pun, daripada kecik sampailah sekarang. Lepas tu bila aku tengah jalan2 tetiba aku lari. Kawan aku pun pandang aku pelik yelah dahlah pakai baju kurung lepas tu pakai kasut yang tumit dia agak tinggi jugaklah.

Cerita dia mcm ni...sebab apa aku takleh berhenti buat no 1 dgn 2 tu sebab tahap imaginasi aku. Aku berangan kuat sangat agaknya. Bila aku dah fikirkan sesuatu perkara, secara spontannya kaki aku terus berlari atau terus luahkan tanpa fikir panjang. Pasal no 1 tu...aku boleh je cari orang tapi masalahnya aku akan rasa orang akan bosan dengar aku bercerita panjang tak sudah2. Sudahnya aku cakap jelah sorg2. Bukan semua orang ada minat yang sama dengan kita kan. Tapi kedua-dua benda tu la cara paling berkesan masa aku tengah ada mood nak belajar, cuma aku benci bila ada yang kacau aku tengah semangat belajar.

Masa aku tadika dulu aku takde kawan, tapi aku takdelah rasa 'lonely' sangat...nasib baiklah aku ada adik-adik. Bila masuk sekolah rendah barulah ada kawan. Aku pernah la jadi mangsa buli masa sekolah rendah dulu cuma itu sebab aku sendiri cari pasal, padanlah dengan muka aku ahaha. Masa sekolah menengah pulak...keadaan taklah teruk sangat pun.

Masa aku dekat politeknik dulu, ada 2 jenis ubat yang kalau aku takde ubat tu, aku akan rasa hidup aku sengsara.

- Ubat resdung (malam2 hingus aku mesti meleleh, tapi aku makan ubat ni setiap pagi sebelum nak ke kelas sebab makmal komputer ada aircond dan aku tak tahan sejuk lepas tu mulalah asyik nak bersin je).

- Coklat minda (bagi aku dia macam anti-depression. bila aku makan aku tak rasa tertekan sangat. bila aku tak makan untuk jangka masa lama aku akan rasa tertekan yang amat sangat dengan assignment berlambak lagi masa tu, tapi sekarang aku dah tak makan dah lepas habis belajar ni).

Masa mula2 aku masuk asrama, memang aku menangis la (ni perkara biasa iaitu 'homesick' yelah dah 18 tahun duduk dengan keluarga kan) lepas tu 2 tahun kemudian aku nangis lagi sebab stress dengan roommate. Lepas tu tahun lepas aku nangis lagi sebab aku tak sempurnakan assignment yang pensyarah bagi. Salah seorang ex-roommate aku pernah bagitau aku yang aku ni bila buat kerja suka membebel. Dia kata 'biarlah kau nak membebel apa pun asal kerja kau siap' sebab masa aku sekolah dulu aku tak pernah buat kerja sekolah.

Dulu biasanya kalau aku stress aku post kat FB. Sampai makcik aku risau masa dia baca apa yang aku post kat FB tu. Sekarang aku dah jarang post kat FB sebab aku stress baca post sepupu aku yang entah apa-apa dan menyakitkan hati serta tak matang, sedangkan aku nak berubah jadi lebih matang. Padahal sepupu aku tu lagi tua drpd aku.

Bila aku rasa aku sendirian, aku akan mula teringatkan orang yang dah banyak sokong aku dari belakang. Mak dengan abah aku, nenek aku, adik-adik aku, kawan2 aku...serta saudara-mara yang lainnya.

Eh bila cerita ni nak habis? Okay. Sebagai manusia memang tak lepas daripada masalah tapi sebagai orang yang beragama mestilah sentiasa berdoa kepada Tuhan tak kiralah agama apa sekalipun. Selagi ada kepercayaan kepada Tuhan, semua kesukaran akan menjadi senang.

What I want is just a good listener. Seseorang yang boleh tahan dengan bebelan. Aku suka mengutuk jadi kalau nak kutuk balik tu agak2 la memandangkan aku mewarisi bakat debat drpd mak aku. Sampai sekarang aku masih mencari orang yang boleh hilangkan rasa bosan aku. Person in real life.

Aku selalu fikir pasal 'penyakit' aku ni, sejak aku dapat tau aku ni 'sakit'. Sebenarnya tak sakit mana pun. Tak mengganggu pembelajaran aku pun, aku seorang pelajar yang biasa saja.

Kalau boleh aku tak nak berubah. Tapi itulah, tak seiring dengan usia. Umur dah 20 lebih tapi perangai dan penampilan luaran masih macam kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, setiap tekanan tu ada jalan penyelesaiannya. Yang paling penting ialah percaya pada diri sendiri.

I'm actually afraid of death. The thoughts of dying hurts me. But everyone will die someday. Sometimes I feel that I didn't live well enough, but some other times when I looked back, I think my life has been pretty good. But still. I don't know what will happen to me in the future.

#akutaktauapabendaakutulisni

To be continued? Or the end?

random plot | 미미Where stories live. Discover now