DENDAM DAN CINTA 47

Start from the beginning
                                    

Aryan berjalan mendekati Daniaa yang sedang bermain air laut.

" Darling.. " panggil Aryan. Daniaa tidak menoleh. Geram dengan Aryan.

Aryan melangkah ke arah Daniaa sebelum mengheret tubuh itu ke dalam air laut yang hijau kebiruan.

" Argh!! " Daniaa terjerit akibat terkejut. Badannya sudah selamat berada di dalam air. Aryan yang turut bersamanya mengukir senyuman sambil meraup rambutnya yang basah ke belakang.

" Apa ni! " bentaknya dengan wajah mencuka. Dia ingin naik semula ke gigi air namun ditegah Aryan.

Aryan meraih pinggang Daniaa lalu diheretnya gadis itu ke kawasan yang lebih dalam. Daniaa sudah kelam kabut. Dia tidak tahu berenang!

" Yan! Yan! Lepas! Nia tak reti berenang! " Daniaa terasa seperti ingin menangis.

" Relax darling.. I'm here. " bisiknya sambil menggigit manja cuping telinga Daniaa. Daniaa mengeliat kerana geli.

" Ish apa ni gigit-ii! " Daniaa cuba meleraikan pegangan Aryan. Terlepas sahaja dari pegangan lelaki itu, dia hilang daya apungan dan hampir tenggelam kelemasan.

" Argh! Yan! " Daniaa menjerit sebelum segera meraih leher Aryan. Aryan meledakkan tawanya. Dia tahu Daniaa tidak tahu berenang. Oleh itu, dia mengambil kesempatan itu untuk mengenakan Daniaa memandangkan Daniaa seorang gadis yang katik.

Daniaa menjeling tajam wajah Aryan sebelum memandang sayu gigi air. Aryan merangkul erat pinggang Daniaa. Mata mereka bertentangan.

Sebelah lagi tangan Aryan mengusap lembut pipi Daniaa. Rambutnya yang terjuntai disisip di telinga.

" My baby girl.. " bisik Aryan.

" My Mr. Bowl! " Daniaa tergelak.

Aryan mencuka. Ini kes Aydan lah ni. Disuruhnya semua orang memanggilnya ' mangkuk '. Ini kerana sewaktu kecil, Aryan terpengaruh dengan filem Mr. Bean. Dia meletakkan mangkuk di atas kepalanya sebelum menggunting mengikut acuan mangkuk itu.

Rambutnya yang berubah bentuk itu mengundang ketawa seisi keluarga. Daniell yang paling ketara mengetawakannya. Setiap kali melihat dirinya, Daniell akan ketawa sehingga senak perut. Aeisya juga begitu namun tidaklah teruk seperti Daniell.

Nasibnya baik kerana hanya Aydan yang pernah menjadi saksi kepada rambut mangkuknya. Adik-ii nya yang lain belum lahir. Hanya ada Ayqal yang masih kecil dan tidak tahu apa-ii.

Seusai setiap adiknya genap 7 tahun, Aydan akan membuka rahsia Aryan sehinggakan keenam enam beradik mereka mengetahui sejarah itu. Aydan turut menunjukkan gambarnya dengan style rambut mangkuk itu kepada semua adik-ii mereka. Gambar itu diambil oleh Daniell kerana ingin dibuat kenangan katanya.

Sampai sekarang Aryan masih geram dengan Aydan. Dia telah pun menyelongkar barang-ii Aydan namun gagal menemui gambar itu untuk dihapuskan. Entah mana disimpan Aydan dia tidak tahu.

Daniaa tahu akan peristiwa itu namun dia tidak pernah melihat gambarnya. Puas dia merayu pada Aydan agar tidak ditunjukkan kepada Daniaa. Nasib baiklah Aydan memahami.

" Stop calling me like that or else.. " Aryan menggantung ayat. Daniaa tersenyum senget.

" Or what? " Daniaa menjongket kening. Aryan hanya mendiamkan diri sambil tersenyum penuh makna.

" Or apa hah mangkuk? " soal Daniaa. Seronok dapat mengusik Aryan. Dia terkejut apabila tiba-ii bibirnya bersentuhan dengan sesuatu yang lembut.

Matanya terkebil kebil memandang Aryan yang baru sahaja meleraikan ciuman mereka.

" Or else.. I will kiss you. " ujar Aryan sambil menjilat bibir bawahnya. Daniaa mengecilkan matanya sebelum merelaikan pautannya pada leher Aryan lalu memukul dada lelaki itu. Rangkulan pada pinggangnya menyebabkan dia selamat daripada lemas.

" Apa ni! Gatal! " bentak Daniaa dengan geram. Aryan ketawa kecil.

" I don't know. My lips just addicted with yours.. " Aryan mengacah ingin meleraikan rangkulan pada pinggang Daniaa.

" Yan! " Daniaa menjerit sebelum memaut semula leher Aryan. Haih apalah nasib badan terbantut.

Aryqn yang tinggi lampai hanya relax kerana kalinya mencapai dasar manakala Daniaa yang rendah separas dada Aryan terpaksa berpaut pada sesuatu.

" Okayy-ii. " Aryan tersengih lalu memaut erat semula pinggang Daniaa.

" Ish jomlah pergi sana! " Daniaa menggoncang bahu Aryan.

" Taknak! "

" Jomlah! " Daniaa melonjak lonjak kakinya di dalam air.

" Kiss aku dulu! " Aryan meminta rasuah.

" Sebelum saya jerit panggil Abang Ann baik awak bawak saya naik! " ugut Daniaa. Serta merta senyuman Aryan hilang.

" Alaa sikit-ii nak mengadu! " Aryan terpaksa membawa Daniaa ke tempat cetek semula.

" Hah pergi lah naik. " ujar Aryan dengan geram. Kelihatan Daniaa tidak naik. Dia kelihatan gelisah.

" Kau dah kenapa? " soal Aryan. Daniaa memandang wajah Aryan sambil memuncung.

" Baju saya putih. Bila basah em.. " Daniaa tidak meneruskan kata-ii nya. Aryan tergelak apabila sudah dapat menangkap maksud Daniaa.

" Okayy kalau macam tu duduk dalam air tu sampai ada orang tolong. Aku taknak tolong! Bubye.. " Aryan terus berlari naik ke darat. Daniaa memandang geram langkah Aryan.

" Yan!! " jerit Daniaa namun tidak dihiraukan Aryan.

Daniaa bersandar pada batu besar di dalam air itu. Dia masih menenggelamkan dirinya di dalam air dan hanya menampakkan bahagian bahu dan ke atas.

" Darling.. Nah.. " Aryan menayang tuala sambil berdiri di gigi air. Kelihatan lelaki itu telah pun menyalin pakaiannya dan merapikan rambut.

Daniaa sekali lagi dilanda dilema. Jika dia pergi kepada Aryan, Aryan tetap akan dapat melihat tubuhnya. Alaaaaa macam mana ni!

" Darling cepatlah. Okayy aku tak tengok. " Aryan seperti dapat membawa akal fikiran Daniaa. Dia pusing ke belakang sambil menutup mata. Daniaa bergerak perlahan lahan ke gigi air namun dia masih berendam di dalam air.

Dia ragu-ii untuk mengambil tuala dari Aryan.

" Darling aku kira sampai 5 ja. Kalau kau tak ambil, aku pusing balik. " ujar Aryan apabila merasakan Daniaa tidak mempercayainya.

" Satu! "

" Dua! "

" Ti.. "

" Papp! "

Daniaa merentap tuala dan terus menutup bahagian atas badannya. Aryan menoleh semula memandang Daniaa.

" Darling.. Pergi tukar baju cepat! Kau nampak aumms! " usik Aryan sambil mengoyak senyuman nakal. Daniaa mengetap bibir sebelum berlalu pergi. Sempat juga dia merempuh kasar baju Aryan sehingga lelaki itu terpusing.

" Hey darling! Main kasar eh.. "

To be continue..

Hey para readers yang disayangi. Sesungguhnya author sangat busy tahun ni. So that author hanya boleh update sekali seminggu. Harap maaf. Lepas SPM baru kita update laju-ii hahaha.

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now