70. PERANG : LELAKI BERJUBAH HITAM.

Start from the beginning
                                    

Tanpa menghiraukan adiknya Lilith pergi bersama separuh tentera pari-pari. Lessie hanya memerhati kakaknya pergi. Setelah itu, baru dia bergerak untuk menolong, Calvin.

Lilith terbang menjunam. Jika serangan jarak jauh tidak memberi kesan maka dia tiada pilihan lain. Dia kena serang dari jarak yang dekat! Manusia berjubah hitam mengunakan mantera batal magis. Segala serangan magis tidak akan berkesan langsung! Sebelum mereka serang rakan-rakannya yang lain lebih baik dia bertindak dulu. Jadi dia terpaksa berlawan hanya mengunakan pisau belati.

Kakinya menerajang salah seorang berjubah hitam. Lelaki itu jatuh terlentang. Lilith terduduk di atas tubuh lelaki itu lalu menikam tepat pada dada. Mengelupur lelaki itu sebelum mati!

Lilith menarik jubah lelaki di sebelah kiri dan kanan dengab serentak. Dia menghantuk kepala mereka berdua sebelum menghempaskan ke tanah. Pisau belati bermain di tangan. Dia berlari dan menerjah lelaki dihadapannya. Tangannya lincah mengelar leher lelaki itu. Darah merah terperecik ke muka

Bila rasa musuh berada di belakang cepat-cepat dia menoleh. Lilith laju menyepak dari sisi mengenai kepala. Lelaki itu berganjak ke tepi. Kepala digerakan sedikit. Kedengaran lelaki itu mendecit! Nampaknya yang ini tidak seperti yang lain. Kelihatan berbadan besar dan agak kuat sedikit.

"Kenapa dia tak jatuh." Lilith berlari bertentangan. Sesampai sahaja dia terus meluncur di bawah kelengkang lelaki itu. Sepantas kilat dia terus menikam belakang kepala. Lelaki itu terkaku dan jatuh seperti patung.

Nafas Lilith keluar dan masuk dengan kencang. Tercungap-cungap dia kepenatan. Manusia berjubah hitam masih lagi ramai. Tentera pari-pari bersama denganya tadi masih lagi bertarung nyawa.

Secara tiba-tiba rambutnya ditarik dengan kasar dari belakang! Lilith tersentak! Tidak sempat mahu bertindak, leher dicekik! Lilith tercungap mencari nafas. Pisau sudah terlepas dari tangan. Anak mata terbuntang melihat lelaki tersebut. Kerudung yang menutupi kepala dibuka perlahan.

"Adakah kau masih ingat aku? Lilith?" Lelaki bertutup sebelah mata menyoal dengan nada berbisik. Tetapi cukup untuk gadis itu dengar dengan jelas.

"Kau ... si ... si ... Siapa?" kaki Lilith tergapai-gapai. Lelaki itu mendekatkan Lilith ke mukanya. Wajah merah padam gadis itu dipandang dengan penuh rasa dendam!

"Kaulah punca ... Argh!" tanpa sedar kaki Lilith telah menerajang perutnya. Tubuh terseret dalam jarak dua puluh langkah.

Lilith terduduk bersimpuh. Dia mengurut leher seraya terbatuk-batuk! Lehernya bagaikan mahu patah! Mujur dia masih ada lagi tenaga. Setelah kembali normal, dia berdiri tegak. Lelaki itu sedang terkial-kial mahu bangun.

Bagaimana lelaki itu kenal dia? Sedangkan dia tidak kenal langsung dengan lelaki itu! Jumpa pun tidak!

"Cis, kau memang betul-betul cari pasal!" lelaki itu menjerit lalu mengalakan kedua tapak tangan ke depan. Bebola unggu terkumpul dan dipancarkan ke arah Lilith!

"Huh? Magis?" lagi sekali Lilith terkejut. Manusia sudah mampu mempelajari magis? Macam sukar hendak dipercayai. Mereka sudah pandai mengunakan magis!

Lilith hanya mengelak serangan tanpa membalas. Sedang kakinya laju bergerak dari serangan, entah macam mana kakinya terseliuh. Dia terjatuh. Masa yang ada ini diambil kesempatan oleh lelaki itu.

Sekali lagi leher gadis itu dicekik. Lilith dijulang ke udara. Lelaki itu tersengih sinis. "Aku tak sangka yang aku akan jumpa kau balik."

"Er ... ergh ... Kau si ... siapa? A ... aku tak ke ... Kenal kau!" Lilith menyoal dengan nada tersekat-sekat. Bahagian leher mahu patah dia rasakan! Dia tidak mampu untuk berlawan lagi dalam keadaan kaki yang sakit!

"Kau lupa? Kau yang buat mata aku buta sebelah, lima tahun yang lalu!" cengkaman leher dikuatkan lagi. Mata Lilith terbuntang!

"Kau datang ketika aku sedang buat kerja. Aku fikir kau hanya gadis lemah. Rupanya aku tersalah sangka." dia membuka penutup mata. Wajahnya bertukar lagi bengis!

Berderau darah Lilith!

Baru dia ingat! Lelaki inilah yang pernah menceroboh kerajaan pari-pari dan membuat kecoh. Bertindak memukul pari-pari lain tanpa sebab, tanpa belas kasihan dan merompak pada setiap malam.

Mulut Lilith tergangga kerana mahu bersuara. Suaranya tersekat dikerongkong. Ruang pernafasan juga semakin sempit. Dia kekurangan oksigen! Jantungnya mengepam laju kini kian lemah.

"Ini balasan kau!"

Kelopak mata Lilith perlahan-lahan jatuh ke bawah....








Lilith!!!😲tidakk! Sian Lessie nanti😭

Btw, how? Best ke chapter kali ini? Harap korang enjoy😂 walaupun tak seberapa. Lol.
Tunggu next chapter ya😘


















Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now