Bab 1

151 12 14
                                    

"Wey, boleh cepat sikit tak"

Tangan yang lincah membelek setiap satu novel yang terhidang di hadapan mata serta merta terhenti. Senyum manis di ukir buat si gadis yang sedang bercekak pinggang.

"Kejap - kejap, aku janji ni last" Mata di kelip kelip berulang kali. Berharap si gadis 'tersimpatilah' dengan dirinya. Selepas siap memilih beberapa buah novel yang kena dengan tekaknya, suraya segera membuat bayaran di kaunter. Takut kalau si sabrina ni jadi hantu, siapa yang tak kenal Sabrina Binti Zamril pantang orang lambat sikit mula lah mengamuk

"Kau ni kan kalau mood tak melayang sehari tak boleh ke?" Sabrina menoleh ke arah suraya dengan pandangan tak percaya. Okay serius rasa nak je hempuk kepala suraya dekat dinding, dah lah dia yang lambat balik balik kita juga yang disalahkannya.

Tanpa mengendahkan suraya, pantas kakinya mengorak langkah keluar dari kedai buku dan menuju ke kedai makan yang berhampiran. Punggung dilabuhkan di kerusi, fuh lega dapat duduk daripada tadi berdiri tegak dalam kedai buku mcm patung yang bernyawa.

"Mood swing 5 minutes, again" Ujar suraya sambil tersenyum sinis.

"Nope, this time gonna take 10 hours" Sabrina membalas senyum sinis si kawan. Well, nak sangatkan perli perli amik lah.

Bengkak jugak hati kena kena sound, nampak sangat dia selalu mood swing sampai suraya cakap dia macam tu

"Pulak dah, tak fahamlah kau ni" suraya urut kepala.

Tak tahu nak cakap macam mana lagi sangatlah tak faham, serasa maksud nama sabrina kesabaran bukannya kesukaran nak faham perangai.

"Okay, so tak payah faham!" Cepat cepat sabrina bangun dari duduk terus keluar dari kedai, mood nak makan semua melayang.

Laju dia melangkah ke kereta, dengar dengar jugak suraya panggil tapi di biarkan sepi. Sampai saja ke kereta enjin kereta terus dihidupkan berkira kira juga nak jalan tanpa menunggu suraya tapi nasib sabrina ni baik hati, tunggu juga lah budak lembab tu sampai.

Lepas suraya masuk kereta terus sabrina jalan lantak lah seat belt suraya tak sempat pakai pun.

♨♨♨♨

Petang itu, sedang elok sabrina layan drama melayu tiba tiba ada segunung makanan ringin elok je mendarat depan mata. Toleh kiri, rupa rupanya si suraya ni yelah siapa lagi dalam rumah ni ada diaorang berdua je.

Suraya senyum gedik, huh nak memujuk lah tu tahu pun buat salah.

"Nah aku lanje, maaf yee jangan mogok tau nanti siapa nak masak untuk aku" Suraya kelip kelip mata.

Kena virus kelip kelip ke apa ni, menyampah tengoknya. Tahu lah bulu mata panjang melentik lagi bukan macam dia ni jangan katakan bulu mata, kening pun macam mati segan hidup tak mahu.

"Kau tahu maksud nama kau?" Soal suraya berhati hati. Takut sis kita ni mengamuk pulak. Heheh

"Kesabaran" jawab sabrina sepatah. Macam boleh agak apa yang suraya nak cakap.

"So kalau dah kesabaran tu apa kata kau.." kata katanya terhenti di situ. Semua angkara sabrina yang berani potong kata katanya. Kurang hasam sungguh.

"Well, how about your name? Sebab aku google dan aku tak jumpa" Sabrina berkata selamba. Muka toya di tayang.

"Kau biar betul? Jangan buat hal, apa ni mak ayah aku kasi nama tak ada makna ni" ujar suraya kalut. Sudah nama takde maksud. Patut lah pendirian dia tak tetap rupanya nama dia tak ada maksud. Tulah sibuk sangat cari maksud nama orang, nama sendiri tak tahu apa maksudnya.

Suraya mencapai telefon dan segera mencari pakcik kesayangan a.k.a Mr google. Belek punya belek, skodeng punya skodeng akhirnya jumpa pun. Eh tapi elok je tersidai maksud nama suraya kat google ni. Suraya menjeling sabrina tajam. Sah si sabrina ni kenakan dia ni, fuh panas-panas tak boleh jadi ni.

"Suraya bermaksud cantik" Sabrina menjawab bagi pihak suraya. Senyum penuh makna sabrina tayang. Nak kata manis takde, nak kata minta bukan bukan memang tak lah. Sinis, ya sinis!. Hati yang panas makin panas jadinya.

"Tulah sibuk cari maksud nama orang, nama sendiri tak tahu makna" Sambung sabrina lagi. Dush, sakit teramat sakit. Ohh doktor help me. Rawatlah luka ini.

"Okay lah aku nak pergi solat asar, maksud nama cantik so cantikkan laa akhlak dan ibadahnya yee tata" Sabrina Bangun dan terus masuk ke tandas untuk mengambil air wuduk.

Suraya hanya berdiri kaku di ruang tamu. Hati dah tak rasa panas tapi rasa dihiris hiris dengan setiap bait bicara yang keluar dari mulut sabrina. Serius rasa nak taubat, huhuh

Niat nak sekolah kan sabrina, rupanya diri sendiri yang di sekolahkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SABRINAWhere stories live. Discover now