69. PERANG: MANTERA BATAL MAGIS

Start from the beginning
                                    

Letupan meledak! Darah merah dan cebisan daging berterabur! Calvin terus paling ke depan. Tangannya lincah melempar pisau ke depan!

Sehinggalah dia perasaan akan sesuatu ....

"Ayahanda!" pekiknya sekuat hati. Jantungnya berdetak dengan laju. Nafasnya tidak terkawal tatkala melihat ayahandanya diarak tengah-tengah puluhan bala tentera!

Lilith dan Lessie terbang sambil memegang tongkat magis yang bercahaya. Mereka melancarkan tembakan cahaya dari atas.

"Ingat seboleh-boleh elakan serangan ini dari terkena Raja Willys!" pesan Lilith kepada yang lain.

Sedang asyik menembak ke bawah tiba-tiba serangannya itu tadi lenyap. Seperti ditelan. Mereka berdua tersentak! Sekali lagi pasukannya menembak tetapi lebih banyak. Namun perkara yang sama berlaku!

Lilith mengecilkan mata. Dari atas dia melihat tentera manusia berjubah hitam menutupi kepala. Lilith melepaskan satu tembakan lalu memfokuskan penglihatannya. Terbeliak biji matanya melihat serangan itu lenyap begitu sahaja. Lessie memaling muka ke sisi.

"Itu mantera batalkan magis, Lessie."

"Man ... mantera? Mereka tahu cara batalkan magis kita?"

" Ya! Pergi beri isyarat pada Luth untuk melancarkan serangan!"

ANAK mata berwarna kuning bergerak ke kiri dan ke kanan. Telinganya menangkap bunyi letupan-letupan. Jelas dan tidak pekak lagi. Dia mula rasa risau. Tidak tentu arah. Tetapi apakan daya? Dia hanya mampu terbaring.

Mungkin di luar sedang berperang. Keadaan juga dirasakan agak huru-hara sekarang ini.

Jauh di sudut hati ....

Bukan ini yang dia mahukan. Dia tidak mahu berperang. Tidak mahu berlakunya pertumpahan darah. Seboleh-boleh dia mahu elak dari perkara ini berlaku.

"Bonda." Nyea memanggil perlahan sebaik sahaja kelibat itu masuk ke situ. Bekas air diletakkan ke atas meja tepi katil.

"Ada apa-apa ke anakanda?"

"Mereka berperang?"

"Hmm... Kita tiada pilihan lain."

"Kenapa tak buat rundingan? Benda boleh berbincang bukan?"

"Nyea ... Mereka tidak boleh bawa berbincang. Mereka yang serang kita dulu. Tak akan kita hendak berdiam diri?"

Andora mengelap tangan Nyea dengan kain basah. Gadis itu membisu. Selesai mengelap bahagian tangan, kain basah diperah. Ia beralih ke leher Nyea.

"Bonda mahu tukar air sekejap." Andora mengangkat punggung dan mengorak langkah pergi dari situ.

Nyea mengeluh panjang. Macam mana tak risau? Pari-pari lain dan kawannya sedang mengadai nyawa di luar, sedangkan dia tidak boleh berbuat apa-apa langsung!

Dia cuba mengerakan jari tangan. Berkerut-kerut dahinya bila mencuba. Tak kira apa pun dia mesti cuba gerakan badan! Nyea berhenti buat seketika. Nafas ditarik sedalam mungkin mengumpul segala kekuatan dan semangat yang ada.

Terketar-ketar jarinya bergerak lalu mengengam perlahan. Nyea terus tersenyum. Kali ini dia cuba untuk duduk pula.

Setelah lebih sepuluh kali dia cuba barulah dia berjaya untuk duduk. Nyea menjeling pintu. Kelibat bondanya masih tidak muncul. Lama. Mungkin dia ada hal?

Selimut dialih ke tepi. Nyea mengesot sedikit. Dia duduk sebentar di sisi katil. Perlahan-lahan dia turun menjejak bawah. Tetapi dia terus jatuh melurut!

"Adeh, aku kena bangun!" tangan mencapai permukaan meja. Nyea menolak tubuhnya ke atas. Kaki mengigil-gigil berdiri.

"Anakanda!"

Nyea menoleh. Andora sudah terpacak di depan pintu khemah. Cepat-cepat dia mendekati. Bekas air diletakan atas katil.

"Nyea mahu pergi bonda." gadis itu berjalan seperti budak kecil yang baru sahaja berlajar. Setapak-setapak dia melangkah kemudian dia berhenti.

Andora memeluk Nyea "Tolonglah jangan ...."

"Ah ... bonda tak perlu risau. Nyea akan okay."

"Nyea ...."

"Bonda Nyea mahu pergi juga."

Andora merenung anak mata Nyea. Terasa berat mahu membenarkan gadis itu pergi. Mana tidaknya dengan keadaan yang tidak sihat, selepas itu mahu hadap keadaan perang diluar sana lagi!

"Okay, tapi tolong balik dengan selamat."

"Baik bonda."

Nyea mengeluarkan sayap walaupun agak susah di awal tadi. Bulu sayapnya bersinar-sinar. Debu perak berterbangan jatuh ke tanah. Perlahan dia mengepakan sayap lalu dia menujah tubuh naik ke atas!




Chapter terakhir buat tahun 2018😄Fuhh sempat update😂 maaf kalau bosan😣 Terima kasih semua reader yang sabar menunggu cerita ini update😭 Untuk 2019 saya harap saya akan terus aktif balik dan hasilkan cerita yang menarik dari yang lain😂hajahaha. okay gais Happy New Year!😆💕











Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now