Prolog

90 9 10
                                    

'Maksud nama kau kesabaran dan kesabaran kau tu adalah aku'

Kata kata itu sering kali bermain di benak fikirannya semenjak dua menjak ini. Mungkin rindu pada si dia tapi berhak ke dia untuk berasa rindu?

Kalau boleh di undurkan masa dia mahu meminta maaf atas kesilapannya tapi apakan daya dia hanya lah insan biasa. Angin yang bertiup mengingatkan sabrina akan peristiwa lalu, hatinya pedih mengenang kesalahannya semua berpunca dari ego yang tinggi.

"Dah lah tu tenung langit tak sakit ke tengkuk kau asyik mendongak je kerjanya" ujar Suraya yang berbaur gurauan, niatnya hanya mahu meredakan kesedihan sahabatnya itu.

"Eh, bila kau sampai suraya?" Soal sabrina sedikit terkejut dengan kehadiran suraya. Entah berapa lama suraya berada di situ pun dia tak pasti.

"Baru je sampai....erm sab kau tak nak jenguk kubur arwah ke?"

"Ikutkan memang aku nak sangat jenguk tapi layak ke aku?" Keluhan berat di lepaskan sebelum menyambung semula "suraya kau rasa layak ke aku jenguk arwah lepas apa yang aku buat dekat dia selama ni? Banyak dosa aku dekat dia, haritu aku nak minta maaf tapi haritu juga lah dia pergi buat selamanya" Matanya mulai berair. Rasa kecewa yang tak mampu diluahkan kecewa dengan diri sendiri. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Kalau lah dia lebih berperikemanusiaan, kalau lah dia lebih prihatin terhadap keadaan sekeliling mesti semua ni takkan jadi. Semua masalah ni berpunca daripada dirinya. Sabrina tekad dia mesti perbetulkan semua kesalahannya mungkin dengan cara tu hati dia boleh tenang sikit dan tak terus terbeban dengan rasa bersalah sepanjang hayatnya.

'Dan punca kemarahan kau juga adalah aku ' Senyuman mulai merekah di bibir mulusnya. Sekali lagi kata kata si dia bermain di fikiran.

"Uit mengelamun pulak dia ni, woi makcik jom lah balik tak baik duduk lama lama kat pantai ni sorang sorang pulak tu" Ujar suraya selepas itu dia bingkas bangun dari duduknya dan berjalan ke arah kereta yang di parking tak jauh dari situ.

Bukan suraya tak tahu apa yang sedang bermain diminda kawan baiknya, sejak peristiwa tersebut sabrina banyak mengelamun susah nak tengok dia senyum lagi lagi ketawa. Semoga semuanya cepat pulih dan kembali kepada asal sungguh dia tak sanggup tengok kawannya jadi macam tu lagi, cukup lah derita yang selama ni sabrina tanggung. Kadang masa dan ruang tak mencukupi untuk merawat hati yang terluka.

SABRINAWhere stories live. Discover now