DENDAM DAN CINTA 41

Start from the beginning
                                    

" Gatal! " Alya tersenyum malu.

" Biy memang gatal! Tapi biy gatal dengan isteri biy je tau.. " ujar Aydan sambil tersengih.

" Hm yela tu.. " Alya menggeleng perlahan.

Aydan mencapai tangan isterinya lalu dicium sekilas.

" I love you.. " ucap Aydan sambil matanya memandang tepat wajah isterinya.

" Awak! Tengok depan! " Alya gelisah apabila Aydan masih lagi merenungnya dan mereka semakin hampir dengan lampu isyarat yang sedang merah.

" Awak! " jerit Alya namun Aydan masih lagi memandangnya sambil mengorak senyuman nakal. Sebaik sahaja Audi hitam itu sampai di lampu isyarat, Aydan menekan brek mengejut dengan matanya masih setia memandang Alya disisi.

" Awak.. Don't do that again! Saya rasa macam nak mati tahu tak! " keluh Alya sambil bersandar. Peluh merenik di dahi walaupun air cond dipasang. Aydan ketawa kecil.

" Biy ada banyak kebolehan yang sayang tak tahu.. Contohnya macam ni.. " Aydan menukar gear apabila lampu isyarat bertukar hijau. Stereng dipusing kasar dan bunyi tayar bergeser dengan tar nyaring kedengaran. Aydan membelok ke kanan sambil membuat drift.

" Biy! " terpacul panggilan itu dari mulut Alya. Aydan tersengih sebelum kembali memandu secara berhemah.

" Apadia sayang? Panggil lagi please.. " pinta Aydan. Alya memuncung.

" Bawak lah elok-ii. Awak nak mati ke hah? " wajah Alya mulai kendur.

" Alaa.. Sikit aje ni.. " Aydan menggenggam erat tangan Alya yang berpeluh dingin.

" Sikit tak sikit! Jangan buat dah.. " Alya memberi arahan. Hampir tercabut jantungnya sebentar tadi. Aydan membawa tangan Alya yang dipegangnya ke tempat privatenya.

" Selagi tangan sayang kat sini.. Biy akan pandu dengan berhemah! " Aydan mengenyit matanya sambil melorek senyuman nakal.

Alya hanya akur meskipun dia berasa malu. Argh lantaklah asalkan dia tak buat macam tadi!

~ • Aryan & Daniaa • ~

" Waa pandainya Abang Ann! " puji Daniaa apabila melihat Aydan melakukan aksi drift. Aryan merengus kasar.

" Panggil dia Ann cukuplah! " Aryan tidak berpuas hati.

" Alaa kalau jeles, bagitahu! " Daniaa tersenyum. Kepala dilentokkan pada bahu Aryan.

" Gila tak jeles? Aku tunggu dan sayang kau dari dulu kot tapi orang lain yang dapat abang.. " protes Aryan.

" Alolo.. Relax okayy! " Daniaa memegang jaw line Aryan sambil menggerakkannya ke kiri dan kanan sambil tergelak. Aryan hanya memuncung.

" Yan.. " panggil Daniaa apabila Aryan hanya mendiamkan diri.

" Erm.. "

" Saya dah bersedia nak jadi isteri awak.. Saya terima lamaran awak.. " ucap Daniaa sambil menayang jarinya yang cantik tersarung sebentuk cincin emas putih yang bertakhtakan 3 butir berlian kecil.

Aryan menoleh. Serta merta bibirnya mengorak senyuman.

~ • flashback • ~

" Will you marry me? " Aryan melutut di hadapan Daniaa sambil menunjukkan sebentuk cincin yang terletak elok di dalam kotak baldu merah.

Daniaa terkelu.

" Answer me.. " ujar Aryan apabila Daniaa tidak memberikan sebarang tindak balas.

" Awak.. " Daniaa menarik Aryan supaya berdiri semula.

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now