25th

5K 124 1
                                    

Hilman Ridzuan (P.O.V)

   'ARGHHHHHHHH'jerit Hilman kuat sambil menyelerakkan barang-barang di dalam biliknya.

   'Aku akan pastikan kau jadi milik aku balik,Rania.'kata Hilman sinis.

Kemudian,dia menelefon rakannya,Adam yang bekerja dengan Akhyar untuk datang berjumpanya.

***

   'Ada apa bro datang cari aku ni?'tanya Adam sambil mengangkat tangan untuk memesan air.

   'Aku nak kau buat sesuatu untuk aku.'jawab Hilman tanpa memandang muka Adam.

   'Kerja apa?'tanya Adam semula dengan pandangan yang tertanya-tanya.

Hilman mula tersenyum sinis dan memberitahu tentang perancangannya kepada Adam,rakan baiknya.

   'Did you get it?Payment kau jangan risau.Aku akan bayar dengan lumayan lepas kau buat kerja kau dengan betul'kata Hilman.

   'Small matter la bruh'jawab Adam dan tersengih.

Mimi Rania (P.O.V)

Mimi tersedar dari tidurnya lalu bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Lepas sahaja dia membersihkan diri,dia mengejut Akhyar pula untuk bersiap.

Mereka menunaikan Subuh tanpa sebarang bicara.

Mimi bersalaman dengan Akhyar selepas Akhyar habis membaca doa.Namun,Akhyar menggengam tangan Mimi.

   'Hey,mind to tell me about yesterday?'tanya Akhyar lembut.

Mimi hanya menggelengkan kepalanya.Matanya sudah mula berair.

   'Ha tengok tu.Cakap lah.Aku tak sukalah tengok kau menangis.'kata Akhyar kepada Mimi.

Sekali lagi,Mimi memeluk erat Akhyar.Dia sungguh takut jika kehilangan lelaki itu.

   'Kalau kau dah ada hati nak bagitau aku pasal semalam,kau bagitau je lah eh.Aku sanggup dengar'kata Akhyar lalu mencium dahi Mimi.

Mimi terkedu lantas merenung Akhyar.

   'Kenapa?Tak boleh?'tanya Akhyar.

Mimi hanya menggeleng dan berkata,

   'Saya lagi suka kalau awak buat saya macamtu hari-hari.'jawab Mimi.

   'Ooo,gedik eh kau.Siapa yang ajar?'tanya Akhyar kepada Mimi.

Mimi hanya diam dan membiarkan soalan Akhyar tadi berlalu pergi.

***

Akhyar sedang bersiap-siap untuk pergi ke pejabat.

Mimi pula sedang elok terduduk di atas katil sambil memerhatikan Akhyar yang sedang membetulkan tie.Handsome suami aku ni.Hoho.

   'Kau ni dah kenapa tengok aku?'tanya Aryan apabila menyedari Mimi yang memerhatinya dari atas katil.

   'Saje je tengok awak.Kenapa?Tak boleh ke?Okay saya tak tengok dah lepasni.'jawab Mimi.

   'Dah,aku pergi kerja dulu.Duduk rumah elok-elok.Jangan nangis lagi macam semalam.Buruk.Hahahah'kata Akhyar ingin keluar dari biliknya.

   'Lah.Macam tu je ke?Tak sweet langsung laki aku ni.Hampeh'kata Mimi sambil membuat muka.

   'Tak payah nak mengada.Semalam tak puas lagi ke peluk aku?'tanya Akhyar kepada Mimi.

   'Tak.Hehe.'jawab Mimi lalu tersengih.

   'Dah tak payah nak mengada.Cau.'kata Akhyar kepada Mimi.

Dia , JodohkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora