23rd

4.5K 125 2
                                    

Mimi Rania (P.O.V)

2 minggu kemudian...

Akhyar dan Mimi meneruskan rumah tangga mereka seperti biasa.Cuma hak yang 'itu',Mimi belum bersedia lagi untuk diberikan kepada Akhyar.Akhyar pula tidak memaksa Mimi untuk memberi hak yang sepatutnya dia dapat.Akhyar masih bersikap dingin tetapi jauh di sudut hati dia sudah mula sayangkan isterinya cuma tak tunjuk jelah.Ego Akhyar ni.Haih.

   'Awak,nanti petang saya nak keluar dengan babes tau.'kata Mimi kepada Akhyar.

   'Hm okay.Jangan balik lambat pulak'balas Akhyar sambil bermain dengan game di tangannya.

   'Okay,terima kasih awakkk'balas Mimi sambil memeluk Akhyar.

Akhyar hanya membiarkan perlakuan Mimi.Ye,sepanjang dua minggu perkahwinannya bersama dengan Mimi,dia makin banyak mengetahui tentang perangai Mimi.

Contohnya,dia cerewet jika mengemas.Kalau barang diletakkan kat situ,dekat situ jugalah barang itu perlu diletakkan.Lepastu,marah tak tentu pasal dan akan menjadi manja dalam sekelip mata.Semua itu membuatkan Akhyar makin jatuh cinta kepada Mimi.Tapi,dia belum pernah mengungkapkan kata itu kepada Mimi.

Petang itu,Mimi keluar bersama rakannya.Babes mengambil Mimi di rumah.Akhyar hanya menghantar Mimi menggunakan matanya sahaja.

Masuk sahaja kereta,

   'Omg babesss rinduunyaaa.Sejak kau kahwin ni,jarang sangat kan kita nak jumpa.'kata Efrina sambil membuat muka sedih.

   'Kannnn tulah.Aku kat rumah pun terperuk je tgk drama korea.Akhyar pula kerja.Balik kadang petang,kadang malam.Tu yang aku nak keluar ni dia kasi.Hehe'kata Mimi dengan riak wajah gembira.

   'Ohh,best weh kahwin?Aku tak sabar betullah nak kahwin.HAHAHHA'kata Shuhada pula.

   'Em okayla best jugak.'jawab Mimi.

Mereka terus berborak panjang.Dah lama tak jumpa jadi banyak benda yang ingin diceritakan kepada mereka.

   'Weh dahla jom kita pergi tengok baju nak pakai untuk graduate ni.'ajak Mimi lalu berdiri untuk keluar dari cafe itu.

Shuhada,Efrina dan Humaira hanya akur dan turut berdiri keluar dari cafe itu.

Selesai sahaja mereka memilih baju,mereka pulang.Shuhada menghantar Mimi pulang terlebih dahulu dan kemudiannya menghantar twinnies.

***

Masuk sahaja ke dalam rumah,Mimi ternampak Akhyar sedang tidur di atas sofa.

   'Awakk,saya dah balikkk'kata Mimi sambil bermain-main dengan rambut Akhyar.

   'Sekarang pukul berapa?'tanya Akhyar kepada Mimi dengan muka dingin.

Mimi sudah kecut perut tengok muka Akhyar. Aduh.Cari pasallah kau.

   '10.30'jawab Mimi sepatah.

   'Tadi aku cakap jangan balik lambat kan?Kau ni pekak ke apa?'marah Akhyar kepada Mimi.

Mimi terkedu.Ini kali pertama dalam masa 2 minggu,Akhyar memarahinya.Sebelum ni dia tidak pernah marah,palimg teruk pun cuma beriak dingin.Mimi berkecil hati dengan Akhyar pada malam itu.

Akhyar bangun lalu masuk ke dalam bilik mereka.Mimi hanya memerhati Akhyar yang masuk ke dalam bilik.Setelah menutup tv,Mimi pun naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri.

Satu hari,keluar dengan babes.Fuh,penat.

Mimi masuk ke dalam bilik tanpa memandang Akhyar.Kakinya laju melangkah masuk ke bilik air.

Tidak lama kemudian,Mimi keluar dari bilik air dan menapak ke arah meja solek.Tanpa sedar,Akhar sudah bangun dari katil dan berdiri di belakang Mimi.

Mimi terkejut dan menjarakkan badannya dari Akhyar.

   'Aku minta maaf pasal tadi.'kata Akhyar lembut.

Mimi hanya diam.

   'Aku tak sengaja nak tinggikan suara dekat kau tadi.Siapa suruh kau balik lambat.Aku sensorang tau kat rumah.Bosan.'sambung Akhyar lagi.

   'Habistu selama ni awak kerja,saya duduk sorang-sorang kat rumah.Awak ingat saya tak bosan ke?Elok je saya sambut awak balik rumah depan pintu lagi.Siapkan makanan untuk awak. Ada ke saya tinggikan suara dengan awak?Takde kan?'jawab Mimi.

Akhyar terdiam.Betul juga apa yang dia cakap.

Mimi bangun dan terus naik ke atas katil lalu baring membelakangkan Akhyar.Hatinya sangat sakit apabilanya Akhyar memarahinya tadi.Papa aku pun tak pernah marah aku.

Akhirnya,Mimi tertidur.Akhyar duduk di birai katil dan berbisik sendirian.

   'Hm,i'm so sorry Mimi.Saya betul-betul tak sengaja tadi.'kata Akhyar dan terus baring di sebelah Mimi.

Keesokan paginya,Akhyar bangun awal untuk menyiapkan sarapan.Dia cuba untuk memujuk Mimi agar tidak memarahinya.

Mimi tersedar apabila mendengar bunyi pintu ditutup.Mimi takdelah marah sangat cuma adalah terasa hati sikit.Sekarang,masa dia untuk mengenakan Akhyar pula.Padan muka.

Setelah siap membuat sarapan,Akhyar terus naik ke atas untuk mengejutkan Mimi. Namun, bayangan Mimi sudah pun hilang ke dalam bilik air.

Akhyar menunggu Mimi di bawah untuk mengajaknya makan bersama-sama sebelum dia ke office.

Mendengar derapan kaki orang berjalan,Akhyar sudah pasti itu ialah isterinya.Terus,Akhyar berkata,

   'Good morning.Harini aku ada siapkan breakfast untuk kita.Jom makan?'ajak Akhyar.

Mimi hanya diam dan menuju ke meja dapur.

   'Mimi,sorrylah aku tak sengaja.Aku janji aku tak buat lagi.'kata Akhyar sambil memandang mata Mimi dalam-dalam.

   'Alololo suwitnyaa dia.Hahahahhaha.'Mimi gelak.

Akhyar pula hanya terdiam.

   'Kau tak marahkan aku lagi?'tanya Akhyar kepada Mimi.

Mimi hanya menggelengkan kepalanya.

   'Memanglah saya marah semalam tapi bila saya dengar awak cakap sorang-sorang semalam.Kesian pulak kat suami saya sorang ni.Hahahaha.Siap bangun awal nak buatkan sarapan tau.How sweet of you,Alex Akhyaruddin.HAHAHHA.'kata Mimi lalu tergelak kuat sambil mencubit pipi Akhyar.

   'Dahla tak jadi aku nak makan.Aku pergi kerja dulu.'kata Akhyar lalu ingin keluar pergi ke kerja.

   'Okay awak.Bye.'gelak Mimi sambil melambaikan tangannya.

Selepas Akhyar keluar dari rumah,Mimi terus menghabiskan sarapannya dan meneruskan kerja mengemas rumah.Itulah rutin hariannya sepanjang bergelar isteri kepada Akhyar.Tinggal 2 minggu lagi untuk dia graduate.Sungguh,dia benar-benar tidak sabar menanti hari itu.

Selepas habis mengemas rumah,Mimi melihat drama korea itu dan terus tertidur.Penat sangat.

  

Dia , Jodohkuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن