7th

5.4K 123 1
                                    

Mimi Rania (P.O.V)

Dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.Dato' Sri Zaqwan bersuara.

   'Papa berkenan la dengan si Akhyar tu.Baik budaknya.Handsome pulak tu.Mimi rasa dia tu macam mana pulak?'

   'Entah.' balas Mimi pendek.

   'Haihla budak ni.Sabar jela.'balas Dato'Sri Zaqwan.

Keadaan kembali senyap di dalam kereta selepas pertanyaan bapanya dijawab.Hanya kedengaran suara dj radio Hitz Fm yang berceloteh.

***

Ha dah lama lah tak tengok drama korea.Tengok japlah.

Mimi membuat keputusan untuk melihat drama ulangan The Inheritors.Walaupun cerita itu sudah lama tapi kalau tengok lagi tak sah tak meleleh air mata.Sedih.

   'Eei handsomenyaaaa Lee Min Ho ni.Park Shin Hye pon cantik.Untungnya dapat laki handsome.Aku harap laki aku handsome ah.' kata Mimi dalam nada teruja sambil merapatkan kedua-dua tangannya.

Tiba-tiba telefonnya berdering.

Mimi menghiraukan kerana menunggu drama korea itu habis barulah dia akan mengangkat panggilan itu.Memang jenis Mimi ni kalau dia tengok drama korea memang takkan berganjak melainkan mendengar pekikan dari mamanya barulah dia akan bergerak.

Bunyi telefonnya berdering lagi tapi tetap dihiraukan oleh Mimi.

Beberapa jam kemudian,Mimi melihat jam di skrin Iphone X sudah menginjak ke 3.00 pagi.Untung sahaja dia tak ke mana-mana esok.

Baru hendak terlelap,bunyi telefon menjerit meminta untuk diangkat.

   'Ye ada apa baby?'.jawab Mimi apabila melihat nama Shuhada terpapar di dada skrin Iphone nya.

   'Babee,em esok keluar nak?Jomlah jomlah.Pleaseeeee'

   'Em okayla pukul berapa tu?.'

   'Around 4.45 p.m. okay?Lepas solat asar lah keluar.'

   'Oh okay babe.See u tomorrow.Goodnight.'jawab Mimi dengan nada ceria lalu meletakkan talian.

Dia tidak sabar ingin berjumpa dengan babes pada hari esok.Sungguh dia rindu akan rakannya itu.

Keesokan harinya...

Mimi menggosok matanya lalu mengeliat sebelum bangun dan duduk bersila di atas katil empuknya.Jam di skrin telefon dikilasnya.Lalu,

   'WHATTTTTT.DAH PUKUL 12 TENGAHARI.OMG TERLEPAS SUBUH.' jerit Mimi.

Mimi bergegas masuk ke bilik air dan membersihkan diri.Itulah padahnya layan drama korea sampai pagi.Ha amik kau.

Usai mandi,Mimi turun kebawah.Rambut panjang blonde miliknya dibiarkan lepas.Rambutnya itu selalu disalah anggap oleh orang lain yang ternampak rambutnya.Dia sendiri pun tidak tahu asal usul rambutnya.Hm,mungkin kerana dia ada kacukan Sepanyol.HAHA.

Aik,senyap je rumah.

   'Mak Jah,mana mama dengan papa?' tanya Mimi lalu duduk untuk makan.Lapar.

   'Tuan keluar pegi padang golf.Puan pula teman Tuan main golf.'jawab Mak Jah.

   'Oh.Mak Jah taknak makan sekali ke?Jomlah teman saya makan.'kata Mimi sambil mengerdipkan matanya.

Mimi memang rapat dengan Mak Jah sejak kecil lagi.Bila mama dan papanya keluar outstation , Mimi sering makan bersama dengan Mak Jah.Kadang-kadang sampai bawa Mak Jah ke shopping mall untuk membeli baju untuknya.

Dia , JodohkuWhere stories live. Discover now