Ayah

1.4K 7 1
                                    

  "Alahai, lama lagilah buka puasa ni... Lagi 2 jam... Perut dah lapar macam nak mati ni." Man merungut. Ini pertama kali dia bernekad untuk berpuasa penuh. "Man, nak ikut kakak pergi bazaar Ramadan tak? Kakak nak pergi dah ni!" Mira menjerit. Man yang tadi lembik terus bangkit dengan bertenaga apabila mendengar perkataan 'bazaar Ramadan'. Sudah lama dia teringin nak pergi tapi Kak Mira membiarkan Man tidur sewaktu hendak pergi ke bazaar akibat kepenatan. "Cepat sikit siap, kalau tak Kak Mira tinggal Man, " Mira mula bergurau.

  Di bazaar, Man melihat seorang lelaki dewasa sedang membelikan air tebu untuk anak lelakinya. Man teringat akan arwah ayahnya. Ayahnya dahulu pernah membawa Man pergi bazaar. Man sentiasa dilayan istimewa oleh arwah ayahnya. Ayahnya membeli apa yang Man mahu. Mira melihat Man yang sedang murung. Tahulah dia yang Man teringat akan arwah ayahnya yang meninggal setahun lalu.

  Setelah selesainya 'urusan' mereka, mereka pun kembali tanpa seseorang pun bersuara. Man terus membawa makanan dan minuman yang dibeli ke dapur. Man teringat lagi kenangan dulu ketika mana arwah ayahnya senyum apabila Man menolong dia meletakkan barang yang dibeli.

  Setelah sebulan berpuasa, tibalah Hari Raya Aidilfitri ataupun dikenali sebagai Hari Bebas untuk Man. Ketika Man menyalam ibunya Mak Juriah, Man memohon maaf kepada ibunya bersungguh-sungguh. "Ibu, Man nak minta maaf sangat-sangat kat ibu dan.... Man nak tanya satu je soalan." "Ye, ibu maafkan. Apa dia nak?" "Ayah, apa jadi kat Ayah?" Mak Juriah yang mendengar soalan itu terus menangis sehingga air matanya menitik ke baju kurungnya. "Man, ayah, dia seorang yang berani. Dia sanggup berkorban untuk anak-anaknya, walaupun dia perlu menggadaikan nyawanya. Waktu itu tengah malam, Man dan Kak Mira tidur lena dalam bilik ibu. Ayah baru pulang dari kerja seperti biasa dalam diam." Mak Juriah diam seketika.

  "Lepas tu ibu?" Tanya Man yang tidak sabar mendengar cerita. "Lepas tu, ibu dengar ketukan pintu. Ibu pun pergi buka pintu kerana tidak sedar yang ayah telah pulang. Ibu terus ditikam di perut oleh penjahat. Ibu menjerit kesakitan. Ayah yang ada di bilik terus lari ke ibu. Ayah menumbuk penjahat itu sehingga hidungnya berdarah. Ibu cuba menelefon polis untuk bantuan. Tetapi penjahat itu cuba menikam untuk tetapi dihalang oleh ayah." Mak Juriah menangis teruk ketika hendak menyambung ayat seterusnya.

  "Ayah, dia, meninggal depan mata ibu. Penjahat cuba lari tetapi polis sempat menangkap dia." Man yang mendengar ayat terakhir itu terus menangis. "Ibu, Man janji yang Man akan sentiasa bersama ibu walaupun ujian berat menimpa pada Man atau ibu." "Mira pun janji kat ibu yang Mira akan sentiasa bersama ibu." Mira yang mendengar perbualan mereka dari awal turut berjanji. Kelihatan sedikit air mata mengalir di pipi Mira. Tahun itulah tahun paling gembira untuk Man dan Mira.



Cerpen MelayuWhere stories live. Discover now