Psycho ex2

1K 70 2
                                    

Aerim pov;

"home already my baby?"

Aku jadi kaku. Lidah aku kelu. Hati aku sebak. Enam tahun baru kau nak muncul? Apa semua ni?

"apa kau buat dekat rumah aku ni ha penyamun? Suka hati je masuk rumah orang pakai kasut pulak tu adab mana adab?" jungkook si mulut laser mula mengeluarkan kata-kata pedas. Dia peduli apa janji hati dia puas.Macam lah aku tak kenal dia.

"aku tunggu korang balik lah lama aku tunggu. Akhirnya aku masuk je lah dulu." kata dia selamba. Kaki dia silangkan di atas meja kopi. Tv sedia terpasang. Ewah buat macam rumah sendiri nampak?

"baby buat apa kat depan pintu tu duduk lah sini dengan namjachingu awak ni tak rindu ke enam tahun terpisah? Erm?"

Hati aku sakit. Muka aku merah menahan amarah. "kau bukan namjachingu aku lah! Jangan perasan." lengan jungkook yang sasa tu aku paut. "ni namjachingu aku. Dia seratus peratus lagi baik dari kau." jungkook terkaku dengan tindakan aku.

Dia terkaku namun segera senyuman sinis dia hadiahkan. "nampak nya kau tinggalkan aku ya park aerim? Dan kau lupa siapa aku?"

"kau yang tinggalkan aku!" aku teriak. Kemarahan selama enam tahun aku tahan aku hambur dengan teriakkan tersebut.

Flashback

Aku termenung ke luar kelas. Sudah dua tahun aku memasukki sekolah menengah rendah Harmony Seoul tapi seorang teman lelaki pun aku tiada. Sedangkan semua kawan aku sudah berpacaran.

"erm hai?" lamunan aku terhenti saat sedar yang meja aku diketuk. Pandangan aku kalih ke pemilik suara. "park aerim kan?" dia tersenyum manis. Muka dia kacak macam lelaki cina. Lesung pipit di kedua belah pipi mengingatkan aku kepada namjoon oppa. Mata dia sepet bertambah sepet lagi apabila dia tersenyum. Aku mengangguk mengiakan soalan dia.

"nae park aerim imnida." aku membahas senyuman. "ah erm awak lapang minggu ni?"

Skip time 2 month later

Aku duduk tenang di bangku kayu berhadapan tasik ini. Di riba aku ada sebuah kotak hadiah yang kemas bereben biru.

Dari tadi aku tak boleh henti bersenyum. Hari ini adalah ulang tahun percintaan aku dan teman lelaki aku.

"anyeonghaseyo." mendengarkan suara itu membuatkan aku tersenyum manis. Segera aku menoleh pandangan ke belakang.

"hi opp-a?" aku terpinga-pinga memandang gadis di sebelah dia.

"kenalkan, ini shin hayong,tunang saya"

Aku terkaku,terpempan.

Dia sebut tunang ke tadi?

"t-tunang?"

Serta merta dia mengangguk. Telapak tangan gadis tadi dia raih dan digenggam erat.

"a-apa semua ni?" aku seakan tak percaya. Oh mungkin ini gurauan dan prank yang dia rancang memandangkan ini hari ulang tahun kami?

"mungkin awak fikir saya menipu dan ini rancangan untuk kenakan awak tapi awak salah park aerim. Ini betul-betul tunang saya. Kami baru bertunang minggu lepas dan majlis kami akan diadakan selepas tamat persekolahan." dia tersenyum manis.

Kemudian kedua-duanya berjalan meninggalkan aku keseorangan. Kotak hadiah tadi terjatuh. Serta merta air mata aku jatuh.

Mungkin hari ni hari malang aku. Hujan pun dengan lebatnya turun membasahi bumi. Aku basah kuyup. Baguslah. Hari memang malang.

End flashback

Aku tersenyum sinis

"mana tunang kau tu? Dah tinggalkan kau ke Lee Jooheon?"

Me and My 7 weird oppaWhere stories live. Discover now