Malaysiaaa PT3

1.5K 98 1
                                    

Isha bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik bangtan boys. Pintu dikuak dari dalam. Lihat sahaja aksi bangtan sedang tidur nyenyak dengan pelbagai gaya. Jin tidur dengan statik. Taehyung tidur dengan gaya bajunya sudah ternaik sampai menampakkan perut. Jhope tidur dengan meniarap. Jimin dan Jungkook tidur berpelukkan. Suga tidur berdengkur. Isha senyum dan menggelengkan kepala. Mata ditumpukan kepada rapmonster. Huh. Rapmonster sedang mengigau sambil melakukan gaya kuak lentang. Terabur ketawa isha.

Namun masih dikawal suara. Tak mahu ahli yang lain terkejut. Lantas isha menggerakkan ahli lain untuk bersahur. Semua akur dan bangun. Mungkin sudah biasa dikejut awal pagi supaya berkerja.

"Ha meh sini makan. Karang lambat." Mak siti membebel. Semua makan. Tiba-tiba mak siti ketawa melihat Aerim yang makan sambil tidur. Mata terpejam. Tangan menyuap nasi. Tersengguk2. Sampai muka tercelup dalam pinggan. Semua ikut ketawa. Suga yang ada berhampiran terus mengelap muka aerim lalu membasahkan sikit muka aerim. Dari mamai terus segar mata aerim dibuatnya.

"Mak? Malam ni mak pergi terawih?" Isha bertanyakan soalan.

"Pergilah. Dah tua ni mak nak cukupkan ibadat." Mak siti tersenyum cuma.

"Kejap. Terawih tu ibadah yang korang orang islam buat bila waktu puasa kan? Tapi pada waktu malam." Suga meminta kepastian. "Haah. Mana oppa tahu?" Isha ragu. "Well orang genius selalu guna ni." Suga menunjukkan phone dia. "Ouh."

"Hm. Kami dah nak balik lusa." Jin menunduk. "Tak apa. Cuti nanti datang lagi." Mak siti cuba memujuk. "Hm." "Dah makan. Lagi 5 minit nak imsak." Semua akur.


Short update.
Please vote. Comment. And follow.

Me and My 7 weird oppaWhere stories live. Discover now