-2 [wings]

484 21 27
                                    






"kim taehyung"


Aku kenal suara ni.


suara malaikat.


suara yang bergema dari semua arah tanpa ada punca tetap.


"ya saya?"


"selamat kembali"


selamat kembali? biar betul ni. macam nak gelak pun ada.


"hehe ya. terima kasih(?)"


"sama sama"


cool.


baru aku perasan, suara malaikat ni tak macam yang sebelum ni. suara dia tak garau, bahkan lembut. angelic voice.


keadaan sunyi seketika sebelum malaikat tu sambung berkata kata dalam bahasa baku yang sangat bosan.


"kau telah merasai ketenangan jiwa?"


oh. ya. ketenangan jiwa tu.


"uhm— ya . rasanya"


"kau sedar bahawa segalanya tidak dapat dimiliki secara mutlak. betul?"


betul lah tu. aku sedar yang jimin tak boleh jadi milik aku selamanya, dan mama...


mama tak selamanya boleh ada disamping aku.


"ya. saya. sedar"


"bagus"


"ya"


aku mengaku. betapa bagus dan hebat aku rasa sekarang.


"nampak pintu tu?"


"pintu?"


"belakang kau. ada pintu"


aku pusing ke belakang dalam keadaan yang terapung di udara. kalau betul lah udara. aku tak rasa tempat ni ada udara memandangkan aku dah tak perlukan benda tu sekarang.


aku tak nampak sebarang pintu pun, tapi apa yang aku nampak adalah cahaya putih.


"oh my god... apa tu?"


"sila masuk ke dalam, malaikat teragung"


malaikat? malaikat teragung? aku tak salah dengar kan?


dengan penuh tanda tanya, aku masuk kedalam cahaya putih tu.  setelah aku melepasi cahaya putih tadi, keadaan serta merta berubah. semuanya serba putih, tak macam kawasan tadi yang macam lohong hitam.


tanpa mengetahui apa fungsi aku masuk sini, dan apa yang aku perlu buat, aku hanya berjalan dan terus berjalan tanpa arah tuju.


chance | vmin Where stories live. Discover now