2

477 25 6
                                    






bantal di kepala aku betulkan posisinya supaya rasa lebih selesa.


kepala aku sakit. mungkin sebab hentakkan kuat tu.


tadi sebelum jimin bawak aku balik rumah dia, doktor ada jumpa aku. dia kata...


"bahagian hadapan otak kamu mengalami kecederaan serius"


aku tak tahu nak buat apa. aku hanya tunduk ke bawah memandang meja dengan pandagan kosong.


doktor itu sambung lagi.


"kalau kamu tak jaga kesihatan dengan betul, kecederaan itu mungkin boleh merebak dan memberikan kerosakkan total kepada otak kamu. ia boleh menjejaskan nyawa"


aku cepat cepat geleng kepala. aku tak bagitahu jimin pasal ni. aku taknak dia risau.


mungkin aku tak dapat hidup lama, selepas aku dihidupkan semula.


tapi malaikat tu tak bagitahu pun berapa lama masa yang aku ada dalam kehidupan kedua aku.


"aaaah!"


aku ramas kepala aku. rimas lah. aku ingat aku akan ada banyak masa untuk bersama jimin.


tapi aku tak rasa macam tu.


"termenung apa tu?"


kedengaran suara jimin dari belakang. aku terus berpaling ke arah datang suara itu, dan pandangan aku jatuh pada kedua belah tangan jimin yang sedang memegang dua cawan berisi hot chocolate.


jimin duduk di sebelah aku.


"nah. aku buat hot chocolate special untuk kau" dia menghulurkan cawan yang berwarna peach kepada aku.


"thanks" aku hirup sedikit hot chocolate tu.


wah, manis bukan main.


"woi! berapa banyak sudu gula kau letak ni?" cawan tadi aku letak atas lantai kayu.


jimin terkejut memandang aku.


"li—lima" dia jawab dengan gagap.


aku geleng kepala.


"kenapa? special lah tu"


"kalau special, kau tambah la ice-cream ke atas dia. buat macam float. bukan tambah gula"


gula tak bagus untuk kesihatan, bro.


cukuplah kau sorang je yang manis. tu pun dah cukup buat aku sesak nafas.


jimin memutar bola matanya. cawan aku yang berada di atas lantai di ambil.


"eh... nak bawak pergi mana air manis aku tu?"


tiada jawapan. jimin berlalu begitu sahaja.


merajuk ke?


aku tukar posisi duduk kepada berdiri. aku mendekati penghadang kaca di beranda rumah jimin.


udara yang segar dan sejuk aku hirup dalam dalam. mata aku terpejam menandakan aku berasa sangat selesa dengan suhu pada malam ini.


setelah aku membuka mata, kelihatan jimin sudah ada di sebelah. di tangannya terdapat cawan berwarna peach tadi.


cawan hot chocolate aku.


"nah..." jimin hulurkan semula cawan itu.


aku ambil tanpa banyak soal.


chance | vmin Kde žijí příběhy. Začni objevovat