3

428 20 0
                                    






"aye taehyung... lama kamu tak datang?"


kedatangan aku disambut baik oleh lelaki yang berumur dalam lingkungan 40an.


pakcik nim. pemilik kedai buku ni.


dia sedang mencari sesuatu dalam bilik stor. banyak kotak kotak yang dah terbuka dan berhabuk bersepah disekelilingnya.


aku tunduk, usap belakang leher dan jawab


"saya... masuk hospital"


segala aktiviti yang dialakukan pakcik nim terhenti. dia menghampiri dan menyentuh bahu aku.


"selama seminggu?" wajahnya berkerut.


"ya. dan. saya baru keluar dari hospital semalam"


pakcik nim menggeleng kepala. "kalau macam tu, kenapa datang sini? pergi balik rumah. berehat"


dia sambung semula kerjanya; mencari sesuatu dalam stor. atau lebih tepat, menyemakkan kedai buku ni.


"alah pakcik... saya rindu bau kedai buku ni. saya rindu bau buku buku lama kat sini dan..."


aku melangkah ke arah kolam ikan koi di luar kedai.


"....saya rindu ikan koi pakcik" kataku sambil tersengih.


dari dalam kedai, pakcik nim memjawab


"ikan ikan tu tak rindukan kamu" serentak itu, kedengaran suara ketawa beserta suara orang batuk. pakcik nim gelak dengan lawak dia sendiri.


aku masuk semula kedalam kedai, memerhati pakcik nim yang kelihatan begitu bersungguh mencari sesuatu.


aku mengangkat sebelah kening.


"pakcik nim. cari apa?"


"jam"


"jam?"


"ye, jam. jam lama. jam antik. pakcik lupa letak mana. dah bertahun pakcik tak cuba cari jam tu. entah ada lagi ke tak" kedengaran keluhan selepas itu.


aku memuncungkan bibir. "mmm, nak tolong boleh?"


"ahh~ ini dia"


nampaknya pakcik nim dah jumpa apa yang dia cari.


baru offer nak tolong.


"dah jumpa?"


senyuman terukir di wajah tua itu. "sudah"


pandangan dijatuhkan ke arah jam antik itu.


bentuknya seperti sebuah kapal layar, yang diperbuat daripada kayu. ukiran berbentuk ombak pada kapal itu kelihatan sangat kemas. keadaan jam itu masih seperti baru, walaupun sudah bertahun ia tersorok di dalam kotak.


pakcik nim berjalan ke arah kaunter; tempat aku menjalankan tugas setiap kali ada pelanggan yang nak membeli atau meminjam buku.


aku bersandar pada meja kaunter. bersebelahan dengan jam antik tadi. pakcik nim letakkannya di situ. cantik.


"taehyung" dia bersuara. "kenapa tak balik lagi?"


aku membetulkan kedudukan sling bag yang tersilang di dada. "waktu bekerja saya belum habis. mana boleh balik. pakcik yang cakap macam tu masa saya pertama kali kerja dekat sini. uhm... lebih kurang setahun lepas"


chance | vmin Where stories live. Discover now