menjadi lumrah kita semua memiliki masalah. hidup tanpa masalah bukanlah dipanggil kehidupan. tetapi adakalanya masalah yang kita hadapi membuat kita lemah; sering menangis, hilang keyakinan.
kita memiliki masalah yang sama; ibu bapa, adik beradik, keluarga, sahabat, dan masalah diri. tetapi yang membezakan kita, isu yang menjadikan ia suatu masalah. menghadapi masalah dengan ibu bapa. itu satu topik yang sama dengan semua orang. bezanya, ibu bapa yang terlalu mengongkong sehingga anak anak memiliki sikap keras kepala dan ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan sehingga anak anak sukar dikawal. seperti yang aku cakap. kita memiliki topik yang sama iaitu ibu bapa tetapi isu tentang masalah itu berlainan.
yang benar,
-D-
