Bab31

9.7K 385 8
                                    

"Kenapa dengan Raihana tu tiba-tiba pengsan?" tanya Betty acah prihatin lerr tu.

"Korang lah cakap dekat dia benda bukan-bukan sampai dia stres." marah Zahirah.

"Ma..mana ada."

"Kak Irah kenal ke doktor tadi?" soal Danish pelik.

"Kawan kak Irah tu. Dulu kak Irah bekerja dekat hospital yang sama dengan dia tapi dia dah pindah hospital lain. Kak Irah tak ingat pulabhospital mana dia pindah rupanya hospital ni." terang Zahirah.

"Boyfriend kak Irah ya?" usik Edlyn. Belum sempat Zahirah ingin membalas doktor sudah keluar dari wad.

"Em suami Wan Raihana?" Zahir lantas mengangkat kepala apabila dirinya disebut. Dia menghampiri doktor yang bernama Adrian.

"Pesakit sekarang dah okay. Buat masa sekarang pesakit tidak boleh terima ramai pelawat. Hanya penjaga je yang boleh masuk. Dia perlukan rehat yang secukupnya dan ubat jangan skip." kata doktor Adrian.

"Sayang baru je sedar tapi jadi macam ni pulak. Abang minta maaf sayang." Zahir menggenggam tangan Raihana dan dikucup sekilas.


"Zahir?" panggil Raihana. Sekarang dia baru sedar bahawa dirinya suka memanggil nama Zahir. Entah kenapa. Mungkin nama dia sedap dipanggil? Eh?!

"Awak dah bangun?" selesai Zahir mengelap mukanya yang basah, dia melangkah menghampiri isterinya.

"Dah."

"Sayang nak apa-apa? Nak makan?" Zahir duduk di atas kerusi di sebelah katil Raihana.

"Saya menyusahkan awak ke?" spontan ayat itu keluar dari bibir Raihana. Zahir sudah berkerut keningnya.

"Apa awak tanya ni? Tak lah. Awak tak pernah langsung susahkan saya. Cuma berat awak yang susahkan saya sebab sakit pinggang saya ni bila angkat awak. Berat sangat." Zahir cuba membuat lawak namun malangnya isterinya sudah menjeling. Aduh lawak tak jadi!

"Maknanya saya ni memang menyusahkan awak." Raihana memuncungkan mulut. Sebak pula rasanya sebab dah susahkan orang.

"Eh tak! I'm just kidding dear. Sayang tak susahkan abang lah. Sayang susahkan abang bila abang dah lemas dalam hanyutan cinta sayang. Susah tau nak survive asyik terhanyut je. Kesian abang." Zahir cepat-cepat memujuk Raihana apabila isterinya itu seperti mahu menangis.

"Abang ni main-mainlah!" Raihana menepuk bahu Zahir. Suka betullah suaminya mengusik dirinya. Nanti blushing susah nak sorok!

"Sayang Raihana abang ni tak menyusahkan abang langsung. Abang ikhlas buat semua ni." kali ni baru Zahir menjawab dengan serius. Raihana apa lagi? Tersengih-sengihlah.

"Zahir! Saya pening ni. Kita ni sekejap bahasakan diri saya awak, sekejap abang sayang. Haduh, mana satu ni?" Raihana menepuk dahinya.

"Sayang tu cakap sekejap saya awak lepas tu abang sayang." balas Zahir.

"Eh kenapa saya pula?" Raihana memeluk tubuh. Aikk kenapa aku pula dipersalahkan? Jap fikir jap.

"Tak kisahlah apa pun asalkan hubungan kita tak terjejas dengan kebahagiaan yang baru mula." ujar Zahir sambil tersenyum. Auch! Handsome gila dia senyum aaaaaa!

"Eh wait! Selama ni kita tak bahagia ke?" Raihana meruncingkan mata. Dia berpeluk tubuh.

"Bukan tu maksud saya. Kita memang happy sebelum ni tapi kali ni kita akan betul-betul happy sebab kita saling menyayangi dan mencintai." Zahir mengenyit mata kanan sambil tersengih. Raihana jangan cair sekarang pleaseeeeee.

"Orang tak sayang and tak cintakan dia pun. Perasan." Raihana memandang ke arah lain. Dia bukan apa dia ni tak kuat tau bila berhadapan dengan orang yang buat jantung dia macam nak terkeluar.

"But your action show that." suka dia melihat Raihana yang sudah ceria sekarang.

"So betul lah ni kan awak sayang and cintakan saya? Bukan sekadar kata-kata kan?" Raihana melihat ke arah Zahir. Hampa Zahir hanya diam.

"Tak apalah. Tak payah jawab dah tahu jawapan dia." Raihana membaringkan tubuhnya. Dia ingat Zahir betul-betul maksudkan kata-kata cintanya tapi hm. Raihana please jangan berangan and jangan kuat perasan. Nanti kau terluka tau!

What?! Si Zahir ni suka ke tak sebenarnye dkt si Raihana ni?Haduihh. Jangan lupa vote kalau nk thu kisah seterusnya tau! Stay tuned!

Inspektor Itu Milik Aku?!✔️Where stories live. Discover now